Judul : NANGKA - UNTUNG JUAL NANGKA
link : NANGKA - UNTUNG JUAL NANGKA
NANGKA - UNTUNG JUAL NANGKA
BUAH NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis buah tempatan yang semakin popular pada masa kini. Kalau dahulu mungkin ramai orang takut makan buah nangka kerana nanti 'perut kembung' atau 'ada angin' tetapi tanggapan tersebut semakin berkurangan sekarang. Ini mungkin kata-kata tersebut dikeluarkan oleh orang tua-tua kerana keenakkan buah nangka yang lazat dan mereka berkata begitu supaya orang tidak 'makan banyak'. Saya ada menulis banyak artikel mengenai buah nangka dan teknologi penanaman buah nangka dalam penulisan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan. Nangka adalah buah-buahan dari keluarga MORACEAE yang di tanam di Malaysia untuk di makan segar dan dii proses. Terdapat seluas 4,916 hektar tanaman nangka pada tahun 2015 dengan pengeluaran sebanyak 37,167 metrik tan (Sumber Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015). Penulis dapati ia meingkat dengan cara mendadak semenjak 2010 (hany seluas 3,962 hektar dengan pengeluaran sekitar 27,439 mt sahaja). Negeri Pahang merupakan Negeri yang paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 669 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2013. Daerah Temerloh di Pahang merupakan lokasi paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar (TKPM Lanchang satu daripadanya) diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka kini telah pun diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Nangka adalah tanaman saka yang mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencapai 15-20 meter. Daun nangka berwarna hijau gelap dan agak tebal serta mempunyai getah. Buah nangka terbentuk selepas pendebungaan yang keluar dari dahan dan batang pokok. Buah nangka adalah berbentuk bulat lonjong berwarna hijau ketika putik dan kuning kehijauan apabila masak. Bahagian ira nangka yang di makan lazimnya berwarna kuning kemerahan bergantung kepada varieti. Biji nangka berbentuk bulat dan mengandungi isi warna putih. Buah Nangka yang masak didapati sering mengeluarkan getah (latex) yang melekit ketika di kupas untuk mengeluarkan isinya. Isi nangka biasanya manis dan sesuai dimakan segar atau boleh diproses sebagai 'minimum process' dan disejukkan dalam peti sejuk. Buah nangka juga di proses untuk dijadikan "Vaccum Fry of jackfruit chip" dan mendapat pasaran sangat baik. Saya sangat minat makan nangka segar walau ada yang kata makan nangka nanti 'banyak angin' apa lagi kalau makan kerepek nangka vacuum fry. Artikel malam ini sekali lagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu analisa bagaimana menjual nangka segar boleh memberikan keunrungan yang besar jika benar-benar dijalankan dengan komersil.
Ungkapan 'Untung Besar Bisnes Nangka' ini mula didengar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Permandangan ujud gerai menjual nangka di tepi jalan atau persimpangan jalan mula dilihat sekitar lokasi strategik. Mereka akan meletakkan papantanda 'NANGKA MADU' dimana yang cerdik sedikit mungkin sudah tahu nama varieti poplar iaitu meletakkan tanda 'Nangka Tekam Yellow' atau 'J33' sahaja. Saya yakin yang anda pasti biasa melihat permandangan kebanjiran penjaja di tepi jalan yang menjual nangka. Sebagai daya tarikan selalunya kulit nangka yang telah dikopek dan dikeluarkan isinya akan dibentuk menjadi seperti bunga berwarna kuning terang yang sangat menarik (Sila lihat foto disebelah). Kalau mereka yang melalui jalan utama kepantai timur diantara Raub dengan Bentong pastinya biasa melihat banyak gerai menjual buah nangka segar yang siap dikopek dalam polistrin. Setiap gerai akan meletakan kulit nangka ini sebagai tanda yang amat mudah dilihat dari jauh. Ini kerana kawasan tersebut mempunyai kadar laluan trafik untuk kekelantan yang banyak dan potensi pembeli memang tidak putus-putus. KAwasan tersebut juga berdekatan dengan kawasan penanaman nangka madu (Nangka Tekam Yellow) iaitu disekitar Felda Mempaga dan kawasan Lembah Bilut.
Merujuk kepada tajuk utama artikel ini iaitu persoalan tahukah berapa agaknya keuntungan yang mereka peroleh oleh penjual nangka segar dalam sehari?, sebulan? atau setahun?. Penulis telah membuat sedikit kajian mengenai perkara ini bersama-sama dengan beberapa orang pegawai pertanian dareah di Jabatan Pertanian dan Penjual Buah Nangka ini di Pahang, Melaka dan Selangor. Hasil kajian mendapati pada masa temubual dilakukan harga borong nangka segar dikawasan utama pengeluaran adalah purata sekitar RM2.50/kg (Jenis Tekam Yellow, Crystal dan Mantin). Hasil kajian mendapati purata berat nangka J33 adalah sekitar 15kg/biji apabila cukup masak. Ada buah yang mencecah sehingga 30 kg sebiji (untuk jenis tertentu atau buah yang hanya sebiji dua sahaja sepokok). Jika dikira kos pembelian maka purata sebiji nangka bulat sekitar RM37.50 sahaja. Kita kira seterusnya bagaimana keuntungan diperolehi oleh peniaga buah nangka ini. Lazimnya bagi setiap 1 biji nangka boleh menghasilkan sekitar purata 16 pek polistrin (foto paling atas) yang mana lazimnya setiap pack mengandungi purata 5-7 ulas isi nangka. Kajian menunjukkan purata harga jualan runcit sekitar RM5.00 bagi satu pek. Jika sebiji nangka menghasilkan 16 pek maka jumlah anggaran purata jualan kasar adalah sebanyak RM80.00. Oleh itu bagi setiap biji nangka jika elok isinya, cukup beratnya dan semua laku dijual maka jumlah jualan kasar adalah sebanyak RM80.00. Bagaimanakah hendak mengira keuntungan seterusnya.
Secara kasar bagi setiap biji nangka dapat memberikan keuntungan sebanyak RM42.50 sebiji (Harga jualan - Harga belian) iaitu RM80 - RM37.50. Jika seorang itu mampu menjual sekitar 5 biji nangka sehari atau sekali jual di pasar tani atau pasar malam, maka ia akan memberikan pulangan kasar sebanyak RM400.00/hari. Kajian juga mendapati memang tidak sukar untuk menjual 5 biji nangka sehari iaitu bersamaan 80 pack. Lebih kurang melibat seramai 40 - 50 orang pembeli sahaja kerana mereka lazimnya membeli lebih dari 1 pek. Bagi penjual nangka ditepi jalan utama, katakan mereka menjual selama 25 hari sebulan (kena rehat juga sesekali) maka anggaran pendapatan kasar mereka adalah RM10,000.00/bulan. Kos membeli buah nangka dikebun adalah sekitar RM 4,687.50 sebulan. Ini akan memberikan pendapatan bersih penjual (tidak termasuk kos upah dan menunggu digerai) adalah sebanyak 5,312.50/bulan. Jumlah ini penulis fikir amat baik jika mereka tinggal dikawasan luarbandar atau dijadikan sumber pendapatan keluarga. Apa pun kajian diatas hanya satu temuan awal sahaja dimana banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Contohnya musim durian orang kurang makan nangka, musum hujan pun begitu juga. Selamat makan nangka segar. Wasallam!.
JUAL NANGKA... DITEPI JALAN...
KULIT DIKOPEK...JADI HIASAN...
HENDAK MAKAN....BELIKAN...
KAJIAN AWAL...JADI PANDUAN..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 405, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1436H)
Posted from Room 1124, Aseania Resort,
Langkawi, Kedah, Malaysia on 15 Sept 2015.

Demikianlah Artikel NANGKA - UNTUNG JUAL NANGKA
Sekianlah artikel NANGKA - UNTUNG JUAL NANGKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NANGKA - UNTUNG JUAL NANGKA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/nangka-untung-jual-nangka.html