KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA

KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA
link : KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA

Kamu Bisa Download File KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA di bawah ini !

Baca juga


KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA

KOPI (Coffea spp) merupakan satu jenis tanaman minuman yang dulu popular di Malaysia tetapi kini amat berkurangan diusahakan. Daripada seluas 15,600 hektar tanaman kopi pada tahun 1985 kini hanya tinggal sekitar 3,714 hektar sahaja yang masih diranam di Malaysia (Sumber: Laporan statistik keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Hampir 65% atau seluas 2,226 hektar tanaman kopi berada di Sabah sementara 1,112 hektar berada di Johor manakala negeri-negeri lain amat sedikit atau tiada langsung tanaman kopi dilaporkan. Semenjak 15 tahun dulu, tidak ada program pembangunan kopi dilakukan oleh kerajaan secara khusus sehingga Malaysia mengimport lebih daripada 97,000 metrik tan biji kopi mentah setahun daripada beberapa negara pengeluar utama. Walau pun jenis kopi yang banyak diimport adalah daripada jenis Arabica dan Robusta yang tidak ditanam di negara kita (Malaysia banyak tanam Liberica dan sedikit Robusta) tetapi permintaan untuk minuman kopi semakin meningkat setiap tahun. Nilai import biji kopi mentah mencecah RM1.0 billion setahun manakala kita berjaya mengeskport produk akhir kopi sekitar RM1.24 billion setahun. Selain daripada program penanaman baru, pembangunan industri kopi sedia ada boleh diusahakan melalui program pemulihan tanaman kopi sedia ada melalui CANTUMAN DEWASA KOPI yang dijangka boleh terus membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti. Negara pengeluar kopi di Asia Tenggara seperti Vietnam dan juga Indonesia telah banyak memulihkan tanaman kopi yang telah lama atau pokok tua dengan program cantuman dewasa (Di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Cara sambung pucuk'). Teknik melakukan cantuman ini agak berbeza dengan cara dilaukan untuk tanaman buah-buahan lain. Teknik sambung pucuk pada kopi ini selain berguna untuk mempertahankan sifat tanaman kopi yang baik ia juga didapati boleh dalam meremajakan tanaman kopi yang telh tua. Cara membuatnya juga didapati cukup mudah dimana penanam kopi boleh melakukannya sendiri dengan tunjukajar dan latihamal yang betul. Artikel petang 28 Ramadan 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi cantuman dewasa pada tanaman kopi untuk memberikan ilmu kepada semua.


Kopi merupakan tanaman saka jangkapanjang yang hasilnya menjadi bahan kegunaan yang penting. Jenis kopi yang ditanam dan dipasarkan diseluruh dunia 70% adalah jenis Arabica, 28% jenis Robusta dan hanya 2% sahaja Liberica. Jenis kopi yang banyak ditanam di Malaysia adalah Liberica (75%) dan bakinya Robustr (25%) dan boleh dikatakan tidak signifikan ada penanaman jenis arabica. Tanaman ini bukan tanaman asal di Malaysia sebaliknya ia adalah berasal dari Afrika dan dibawa ke Asia Tenggara oleh penjajah. Minuman kopi amat disukai oleh masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Minuman kopi dihidangkan di rumah, gerai minuman, restoren, pejabat, restoren dan juga dihotel-hotel sebagai satu benda yang sangat sukar untuk dipisahkan dalam kehidupan harian. Dari segi amalan agronomi, penanaman kopi dilakukan dengan tiga cara iaitu dengan Cara Semaian Biji yang merupakan perbanyakan secara generatif iaitu dengan Cantuman Biasa dan juga Cantuman Baji (Sambung Pucuk). Teknik cantuman mampu untuk meperbanyakan anak benih kopi secara vegetatif. Amalan masa kini yang banyak dilakukan ialah membiakan anakbenih kopi dengan kaedah cantuman matatunas pada pokok penanti (rootstock) dengan kaedah cantuman baji atau sambung pucuk. Ini disebabkan jika menanam anakbenih kopi daripada pokok penanti terus keladang maka kurang baik hasilnya disebabkan oleh kualiti benih tersebut yang tidak dapat dipastikan kualitinya kerana sering berlaku perubahan yang hasilnya tidak seperti induknya. Bunga kopi didebungakan secara silang (cross pollination) yang mungkin berlaku ketidaktentuan kualiti benih. Oleh itu proses membuat cantuman (biasa atau baji) amat menjamin kualiti benih. Pokok dewasa diladang juga digalakkan untuk membuat cantuman dewasa dikebun bagi menggantikan pokok yang kurang produktif dengan pokok lebih baik.


Cara membuat cantuman baji (Sambung pucuk) pada kopi ini sedikit berbeza dengan sambung pucuk pada tanaman yang buah-buahan atau bunga-bungaan yanglain. Batang atas pokok penanti yang ditampalkan dengan matatunas lazimnya itu tidak berdaun (Sila liohat foto disebelah). Bagaimana pun akhirnya setelah berjaya dengan teknik menyambung menjadi maka ia akan mengeluarkan tunas baru dan menjadi pokok dan dahan baru yang produktif. Perbezaan cara sambung pucuk pada tanaman lain (misalkan pada tanaman buah-buahan) adalah dimana calon batang atas pokok penanti perlu diambil dari tunas atau pucuk tanaman yang berdaun. Batang bawah pokok penanti benih untuk kerja sambungan berasal dari jenis-jenis kopi yang mempunyai perakaran yang tahan terhadap serangan serangga dan penyakit akar, tahan terhadap sifat-sifat tanah serta keadaan air tanah tertentu yang buruk. Biji kopi liberica yang ada dikebun boleh dikutip dan disemai untuk dijadikan pokok penanti. Mata tunas pula diambil daripada varieti yang telah disyorkan seperti MKL2, MKL3, MKL4, MKL5, MKL 6, MKL7 dan terkini MKL8 dan juga varieti MKR 4, MKR 5, dan MKR6. Pastikan mendapat matatunas daripada sumber ladang benih yang disahkan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI. MARDI Kluang didapati mempunyai sumber asal semua varieti kopi yang disyorkan untuk ditanam atau dijadikan benih tanaman. Pokok penanti yang berumur 6-9 bulan atau kira-kira sudah sebesar pensil batangnya boleh digunakan untuk dicantum. Manakala sumber mata tunas perlu diperolehi daripada tunas air yagn telah berumur 3-4 bulan.


Berbalik kepada cantuman kopi dewasa dikebun kopi yang telah lama ditanam, sebelum melakukan cantuman dewasa kopi dengan sambung pucuk perlu terlebih dahulu membuat persiapan awal. Ianya dengan memeriksa batang bawah atau dahan sesuai untuk dicantum. Tunas calon batang atas yang baik dipakai adalah ruas kedua sampai dengan ruas keempat. Ruas pertama masih terlalu muda dan ruas kelima atau yang lebih tua lagi telah keras dan berkayu. Tunas ini dipotong kira-kira tinggal satu ruas saja (5-6 cm panjangnya), tetapi ia harus masih mengandung ruas yang nantinya bisa diharapkan akan menumbuhkan tunas baru (Lihat langkah-langkkah dan  gambar dibawah untuk menjadi rujukkan).

Sebaiknya guna calon batang bawah iaitu dengan memilih dahan yang sesuai untuk dicantum. Sambung pucuk pada matatunas varieti benih klon terpilih. Sambungkan matatunas pucuk pada tanaman yang sesuai tidak terlalu tua. Pada sambungan perlu dibungkus plastik untuk kawal kelembapan dan mengelakkan kena air hujan atau siraman. Pangkalnya dihiris menyerong sepanjang 3-4 cm pada kedua sisinya, agar dapat ditampalkan pada calon batang bawah. Teknik untuk penyambungan yang dilakukan pada dahan kopi yang mudah. Caraioni adalah teknik sambungan celah atau cantuman baji. Sambungan celah ialah cara penyambungan tanaman di mana batang bawah dibelah menyerupai celah dimana ia digabungkan dengan batang atas. Tinggi untuk sambungan pucuknya kira-kira 10-15 cm dari permukaan tanah atau lebih kurang 2-3 cm diatas batas warna hijau dan coklat dari batang. Sepasang daun yang paling bawah perlu dibiarkan tertinggal. Calon batang atas yang telah dihiris cara menyerong akan diselitkan di celah batang bawah yang telah dibelah sepanjang 3-4 cm. Setelah batang atas dan batang bawah menyatu dengan selesa maka tempat sambungan diikat dengan tali rafia atau pita cantuman. Sambungan dibungkus dengan plastik buat ais kerim (tembus cahaya) berukuran 10 cm x 3 cm untuk mempertahankan kelembaban tempat sambungan. Pembenihan dengan sambung pucuk ini bertujuan untuk mempertahankan sifat tanaman kopi yang mempunyai potensi hasil tinggi.
Lazimnya kejayaan cantuman (penyambungan) ini dipengaruhi oleh ketepatan pertautan kambium antara batang bawah dan batang atas dan tahap kebersihan alat-alat yang dipergunakan dan kemahiran pencantum. Satu minggu setelah mencantum perlu diperiksa. Sambungan yang berhasil akan tetap berwarna hijau manakala yang mati akan bertukar kepada warna coklat. 


Sambungan pucuk untuk meremajakan pokok kopi selalunya dibincang oleh petani yang mempunyai pokok kopi yang kurang berhasil, varieti tidak menentu atau telah rosak diserang musuh. Ia perlu dipulihkan dengan varieti baru yang berhasil tinggi dan tahan penyakit asalkan pokok induknya masih sihat. Lazimnya pokok kopi sudah terlalu tua amat sesuai untuk diremajakan. Proses meremajakan kopii tyua ini boleh dilakukan dengan cara memotong batang tanaman kopi yang keadaanya sudah buruk. Bagaimana pun sebelum batang dipotong perlu dipastikan ada tunas air yang paling baik dan sesuai untuk aktiviti mencantum dibiarkan tumbuh terus. Tunas inilah yang disambung dengan klon atau varieti baru yang unggul. Setelah penyambungan berhasil dengan baik maka barulah batang pokok dipotong mendatar setinggi 50 cm dari titik cantuman atau titik penyambungan. Dalam waktu 3-5 tahun selalunya tunas kopi yang disambungkan sudah mampu berbuah. Proses meremajakan tanaman kopi dengan teknik sambung pucuk ini lebih murah dan lebih mudah dilakukan daripada menanam benih yang baru. Langkah mermajakan tanaman lama masih tetap akan memberikan hasil sementara kita menunggu tanaman muda berbuah walaupun hasilnya agak kurang daripada sebelumnya. Dalam masa 3 minggu setelah penyambungan maka plastik pembungkus sambungan dibuka untuk memeriksa hasil sambungan. Sambungan yang berhasil akan menumbuhkan tunas ortotrop (tunas yang tumbuh ke atas). Bila pembungkus sambungan terlambat diambil akan mengakibatkan tunas ortotrop ini akan jadi membengkok. Apabila dua tunas baru yang tumbuh sebaiknya dibuang dan tinggalkan hanya satu saja yang terbaik untuk dipelihara terus. Setelah lebih kurang 10 bulan aktiviti mencantum lazimnya ia sudah boleh ditanam dikebun.  Demikian kaedah meningkatkan penghasilan kopi dengan melakukan cantuman dewasa dan cantuman baji pada tanaman kopi. Semuga industri kopi di Malaysia akan terus meningkat dimasa akan datang. Wasallam!...
TANAM KOPI...TAHU VARIETI APA....
PERLU DIGANTI...POKOK KOPI LAMA...  
DIREMAJAKAN...CANTUMAN DEWASA...
PERLU BELAJAR... DAPATKAN CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Beringin, Melaka Pindah,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1436H)


Demikianlah Artikel KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA

Sekianlah artikel KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOPI - POTENSI CANTUMAN DEWASA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/kopi-potensi-cantuman-dewasa.html