ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?

ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN? - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?
link : ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?

Kamu Bisa Download File ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN? di bawah ini !

Baca juga


ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?



Kajian menunjukkan bahawa menjelang tahun 2050 telah dijangkakan antara 70 hingga 80 peratus penduduk Malaysia akan mendiamai kawasan bandar. Pada masa itu rata-rata kawasan luar bandar akan berubah wajah menjadi bandar sekali gus menyebabkan kawasan pertanian semakin menyusut dan berkurang seperi beberapa negara maju di Asia iaitu Jepun, Korea dan Taiwan. Oleh itu sebagai impaknya maka Malaysia bakal mengalami penyusutan hasil pertanian dan bakal mencetuskan fenomena krisis makanan jika tidak dirancang dengan baik. Kementerian Pertanian dan beberapa kementerian lain semestinya sudah merangka bagaimana permasalahan ini akan diatasi dimasa akan datang. Penulis yang telah bertugas dalam sektor pertanian terutamanya dalam pengeluaran buah-buahan dan sayuran serta komoditi lain amat prihatin akan isu ini. Bagaimana isu keselamatan makanan adalah antara perkara yang perlu difikirkan secara serius di sedari mulai pada hari ini. Seorang pakar dari UPM iaitu Datuk Dr. Makhdzir Mardan pernah nyatakan dalam satu kertas kerja iaitu akan berlaku proses penyusutan kawasan pertanian dengan ketara pada hari ini dan perkara tersebut bakal berlanjutan. Oleh itu jika tidak ada sebarang perancangan awal kemungkinan negara terjerumus ke kancah krisis makanan adalah amat tinggi. Krisis mekanan dalam abad ini dirasai pada tahun 2008 dimana masa itu kebanyakan harga makanan dunia terutamanya bijirin (beras, tepong dan jagung) telah meningkat berkait dengan krisis harga minyak, bencana alam dan faktor peningkatan penduduk dunia. Penulis fikir memang wajar agar beberapa teknonogi baru digunakan untuk meningkatkan pengeluatan dan kualiti produk makanan kepada rakyat dalam negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perlunya teknologi sesuai untuk jaminan makanan dalam negara.


Negara kita Malaysia banyak bergantung kepada produk pertanian yang diimport dimana ianya meningkat perbelanjaan negara keluar. Antara barang makan import terbesar adalah jagung bijirin (untuk makanan haiwan), Kacang Soya, Buah-buahan temperate, bawang, cili kering dan banyak lagi. Nilai import akan terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan berlaku penghasilan produk pertanian dalam negara kini semakin berkurangan akibat penggunaan tanah untuk tujuan pembangunan. Kawasan padi sebagai contoh akan lebih ketara terjejas kerana proses pembangunan dikawasan jelapang padi seperti di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang (Sila lihat sawah di sebelah). Banyak kawasan sawah padi sewenang-wenangnya di tambak untuk dijadikan tapak perumahan dan lebih dahsyat lagi dijadikan tapak kilang perindustrian. Kes ini amat serius di Pulau Pinang dan beberapa negeri yang pesat pembangunan. Oleh yang demikian apakah penyelesaian terbaik bagi mengatasi isu ini?. Bagi saya konsep pertanian bandar adalah idea yang terbaik, lebih efisien, teratur serta menggunakan teknologi terkini dan perlu dilaksanakan dengan sistematik. Korea, Jepun dan Taiwan dapat melestarikan pertanian bandar dimana kawasan pengeluaran bahan makanan dapat disesuaikan dengan konsep perbandaran. Kawasan pertanian mereka dikelilingi dengan rumah flat yang dihuni oleh petani tanpa menjejaskan kebun mereka.


Konsep pembangunan pertanian bandar tidak memerlukan kawasan yang luas dan boleh difokuskan kepada tanaman yang biasanya diperlukan dalam kehidupan seharian bagi meringankan beban penduduknya. Teknologi SPH dan Fertigasi adalah antara pendekatan sesuai dimana diantara tanaman yang sesuai untuk pertanian bandar adalah sayur-sayuran dan beberapa jenis buah-buahan terpilih. Penggunaan konsep dan teknologi perladangan menegak (vertical farming) dilihat amat sesui dipraktikan di kawasan bandar kerana tidak memerlukan kawasan yang luas (Sila lihat foto disebelah). Walau pun kos permulaan sistem ini agak tinggi dan perlukan kemahiran khusus tetapi ianya masih praktikal dan mesra alam. Kini terdapat beberapa sistem SPH dan Fertigasi yang kecil dan mudah disesuaikan dengan konsep pertanian bandar. Penanaman cara hidroponik juga penulis dapti membantu menghasilkan sayuran dengan segar dan berkualiti serta selamat dimakan. Ia mudak dilakukan dan mampu dibeli oleh kebanyakkan penduduk bandar.


Pada masa ini juga penulis dapati ada isu pemanasan global dimana sebagai contoh telah menyebabkan kenaikan paras air laut sekali gus menyebabkan kandungan air masin akan membanjiri kawasan pertanian yang berdekatan persisir pantai dan muara. Kekurangan hujan menyebabkan tanah menjadi kering dan penanaman tidak dapat dilaksanakan (Sila lihat foto disebelah). Berlaku juga dimana kadar keasinan air ini pastinya 
akan menjejaskan tumbuhan dan 
menyebabkan produktivitinya merosot. Faktor hujan yang melampau, 
kemarau panjang juga menyebabkan sektor pertanian sering mengalami kerugian selain tanaman yang dihasilkan tidak begitu menjadi. Ke semua faktor tersebut dapat diatasi dengan teknologi rumah hijau iaitu suhu, kadar air, dan penyakit dapat dikawal oleh manusia. Memang benar bahawa teknologi ini agak mahal sekarang jika dibandingkan dengan kaedah tradisional dengan menanam tanaman secara terus ke atas tanah. Tetapi apa pilihan yang kita ada apabila negara semakin pesat membangun dan penggunaan tanah tidak dapat kita halang. Bagi mengatasi isu tersebut penulis fikir perlu semua memfokuskan kepada kajian dan mengembangan (RnD) untuk menghasilkan teknologi yang sama pada kos yang lebih rendah. Malaysia perlu memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada dan jangan membazir. Sebagai contoh penanaman sayur-sayuran boleh diintegrasikan bersama ternakan ikan agar hasil kumuh ternakan dapat digunakan semula sebagai baja kepada tanaman. Teknologi sedemikian telah diperkenalkan namun kekangan kos menyebabkannya tidak popular.


Menjadi tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat untuk mencari penyelesaian menerusi RnD agar kos tersebut dapat dikurangkan. Pengurangan kos pertanian bukan sahaja pada proses perladangan sahaja malahan ia juga turut melibatkan kos pengangkutan. Kos pengangkutan kini telah mencecah 60 peratus daripada keseluruhan kos dalam sektor pertanian. Keadaan tersebut juga turut menyebabkan kesan rumah hijau akibat pelepasan gas karbon semasa proses pengangkutan dilakukan. Semakin jauh sesuatu produk itu dihantar semakin tinggi kadar gas yang dilepaskan menjadikan fenomena pemanasan global semakin meningkat. Bagi mengelakka perkara ini sebaiknya negara seperti Malaysia mula melabur dalam sektor seperti penanaman kelapa sawit dimana negara-negara luar yang berdekatan dengan destinasi penggunanya. Kini kita boleh lihat Malaysia telah mengorak langkah membuat pelaburan di negara-negara membangun seperti Nigeria, Indonesia dan banyak lagi bagi mencari alternatif kawasan pertanian yang lebih luas serta menjimatkan kos pengangkutannya. Akan datang sektor pertanian tidak boleh hanya tertumpu kepada penghasilan dan pengeluaran produk semata-mata. Ia perlu menumpukan perhatian di sepanjang rantaian bermula daripada perladangan, pemprosesan, pemasaran dan pelanggan. Bagi memastikan rantaian ini bergerak dengan lancar kita memerlukan tenaga mahir dari semua bidang bermula daripada bidang pertanian, ahli ekonomi, jurutera, usahawan dan sebagainya.


Perlu ada idea untuk meningkatkan keupayaan dan juga peningkatan hasil di sektor pertanian dengan menghasilkan lebih ramai tenaga mahir di bidang pengeluaran sahaja tidak akan berjaya. Sebagai contoh beberapa universiti awam tidak boleh memfokus kepada bidang pertanian sahaja kerana apabila tenaga mahir tersebut menghabiskan pelajaran ruang untuk mereka bekerja adalah terhad. Penguasaan di bidang kejuruteraan, ekonomi, perniagaan, teknologi tinggi, pengurusan juga perlu dititik beratkan. Perkara ini penting kerana sepanjang rantaian tersebut memerlukan mereka-mereka di dalam bidang seperti yang dinyatakan. Penghasilan produk pertanian yang berkualiti tinggi memerlukan pakar dalam bidang pertanian namun untuk mencipta teknologi mekanisasi baharu, memasarkan produk, menguruskan pasaran, mengawal ekonomi memerlukan tenaga mahir di bidang lain. Penumpuan kepada teknologi dan konsep yang betul perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi menjamin kestabilan stok makanan di masa akan datang. Keselamatan negara juga amat bergantung kepada stok makanan dalam negara dimana ia mampu menjamin penduduknya cukup makanan. Teknologi pertanian baru dan adaptasi mampu meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara. Wasllam!.


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(18 Zulhijjah 1436H)


Demikianlah Artikel ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN?

Sekianlah artikel ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADAKAH TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN? dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/adakah-teknologi-bantu-tingkat.html