Judul : TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT - ANALISA
link : TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT - ANALISA
TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT - ANALISA
PERTANIAN TEPAT (Precision Farming) kini semakin diberi perhatian dalam bidang pertanian terutamanya untuk tujuan pengeluaran bahan makanan. 'Pertanian tepat' atau dalam perkataan lain dinamakan sebagai 'Pertanian persis' (bahasa Inggeris - 'precision agriculture') merupakan satu konsep pertanian moden yang membolehkan petani mampu dalam mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti teknik pembajaan, sistem pengairan, kawalan makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi. Penulis fikir dengan kata lain istilah 'pertanian tepat' adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul dan pada masa yang betul. Pertanian tepat termasuk kaedah pengurusan pertanian atau kaedah penternakan baru yang disepadukan dengan teknologi maklumat merangkumi beberapa faktor asas termasuk sistem maklumat geografi dan tanah, pembajaan dan juga makanan haiwan, imunisasi dan racun perosak, sistem hasil dan sebagainya demi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, sekali gus ianya memberikan pulangan yang lumayan. Dalam usaha untuk beberapa penerangan pertanian tepat memerlukan teknologi baru seperti GPS, alat pengesan, satelit dan sistem teknologi maklumat yang dapat membantu petani memahami dan menilai keadaan seperti isu masa yang baik untuk menanam benih, berapa jumlah baja yang betul, kemampuan untuk meramal jumlah tuaian hasil tanaman secara tepat. Kesan daripada amalan ini akan membolehkan petani dapat menghasilkan pengeluaran hasil aktiviti peranian dengan lebih produktif dan berkualiti seterusnya dapat memberikan pulangan yang maksimum. Pertanian Tepat lazimnya akan juga dikaitkan dengan terminologi sebagai pertanian moden dimana penggunaan segala sumber dilaksanakan bersama. Antaranya seperti teknologi penggunaan jentera dan juga teknologi dalam industri tanaman padi dimana ia didapati banyak membantu meningkatkan kualiti dan hasil padi. Subuh ini saya sambil melihat lalulintas yang kurang dari aras 4 Hotel Adya, Jalan Pokok Asam, Langkawi saya berjaya posting dalam "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 3,458 mengenai teknologi pertanian tepat untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
Tanaman Padi (Oryza sativa) kini ditanam bagi menghasilkan beras yang merupakan makanan ruji bagi setiap rakyat di Malaysia dan beberapa negara-negara Asia yang lain. Dianggarkan daripada rekod rasmi setiap seorang dewasa di Malaysia memerlukan hampir 77 kilogram (kg) beras setiap tahun menjadikan makanan asas tersebut amat penting kepada negara (Sumber: Laporan Tahunan Agro Makanan, Kementerian Pertanian Malaysia 2014). Terdapat 8 buah jelapang padi di negara ini juga tidak kurang luasnya bagi menghasilkan bekalan beras untuk menampung 70% daripada keperluan beras dalam negara. Kawasan jelapang padi ini telah pun menggunakan baka dan varieti padi yang berkualiti tinggi setanding dengan negara-negara luar. Antara varieti padi yang banyak ditanam adalah MR220CL, MR219, MR220-CL2 dan beberapa lagi (Sila klik disini). Bagaimana pun jika dibuat perbandingan, kualiti beras yang dihasilkan dalam negara masih tidak dapat menandingi beras dari luar negara seperti beras Basmati dan Beras Wangi. Oleh itu ada alasan yang kukuh kenapa teknologi perlu terus memainkan peranan membantu memainkan peranan penting dalam usaha memperkasa lagi industri padi dan beras tempatan. Senario semasa menunjukkan bahawa tahap sara diri (SSL) keperluan beras negara masih kekal sebanyak 70 peratus manakala baki keperluan selebihnya adalah perlu diimport. Kerajaan telah menyasarkan kadar SSL meningkat sehingga 100 peratus menjelang 2015 apabila mendapati bekalan beras negara hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja semasa krisis makanan pada tahun 2008. Namun, bagaimanakah sasaran tersebut dapat dicapai sekiranya industri padi masih berada pada takuk lama? Malah industri tersebut juga sering dikaitkan dengan kadar kemiskinan. Kerajaan memberikan bajet yang besar untuk tanaman padi dengan beberapa insentif seperti insentif harga, insentif pengeluaran, insentif baja, input pertanian dan juga kemudahan sistem pengairan untuk tanaman padi.
Terdapat kajian dijalankan sekitar tahun 2010 dimana analisa mendapati kadar pendapatan pesawah di negara ini masih kekal pada kadar RM1,300 sebulan menunjukkan hasil pertanian tersebut yang diperolehi adalah tidak seberapa berbanding dengan aktiviti penanaman sayuran dan kelapa sawit. Analisa mendapati satu daripada kaedah pendekatan yang tidak boleh diketepikan ialah bagaimana teknologi mampu untuk memainkan peranan membantu memberi nilai tambah terhadap industri padi dalam setiap rantaian bekalan. Jabatan Pertanian bersama dengan UPM menerusi Fakulti Kejuruteraannya memperkenalkan dua lagi teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh industri dan juga penanam serta pengusaha tanaman tersebut. Teknologi tersebut ialah mengesan kematangan padi dan satu lagi berkaitan pemetaan tanah bagi menentukan bagaimana sesuatu tahap kesuburan tanah atau SoilPro boleh diaplikasikan. Amalan 'Rice-check' yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian perlu menjadi panduan penanaman padi oleh pesawah. Sebenarnya kualiti beras yang dihasilkan adalah bergantung kepada masa padi dituai dan amalan penuaian padi pada masa yang tepat dapat menghasilkan kualiti dan hasil beras yang terbaik. Namun bagaimanakah kita dapat menentukan dengan tepat kematangan padi yang akan dituai?. Rata-rata petani masa kini merupakan generasi baharu yang didapati masih kurang berpengalaman berbanding generasi petani dahulu. Petani generasi hari ini banyak bergantung kepada kemudahan teknologi, jentera serta sumber maklumat yang disediakan melalui teori yang kadang kala agak tidak tepat terutamanya apabila keadaan cuaca yang tidak menentu. Pergantungan kepada teknologi terkini tidak salah, malah itu adalah fenomena di seluruh dunia yang tidak dapat kita elakkan. Petani perlu berevolusi seiring dengan teknologi dan perkembangan tersebut dengan menghasilkan alatan khusus mahupun teknologi yang akan dapat menangani permasalahan yang dihadapi. Siapakah yang akan membantu dalam memberikan teknologi dan peralatan kepada pesawah dinegara kita kalau ianya merupakan peranan pihak kerajaan, institusi dan juga swasta?. Memang perlu ada kerjasama yang khusus seperti penggunaan 'drone' dalam menganalisa kawasan sawah luas untuk melihat prestasi tanaman padi.
Penyelidikan juga berjaya menghasilkan teknologi mengenal pasti masa tuaian padi dengan kaedah pemprosesan imej. Teknologi tersebut menggunakan konsep menjangka masa tuaian yang sesuai menerusi gambar padi yang dirakam pada setiap peringkat usia. Setiap warna memang mempunyai nilai yang tersendiri dengan menentukan warna kematangan padi dan daunnya sebagai satu ramalan masa penuaian yang tepat dapat diperoleh. Kajian ini dilakukan bagi membantu petani untuk menentukan masa tuaian yang tepat seterusnya meningkatkan produktiviti. Beras yang berkualiti dinilai berdasarkan peratusan 'head rice' yang tinggi dan yang sempurna hanya boleh didapati daripada padi yang benar-benar matang. Isi padi (beras) yang tidak matang adalah seperti kapur, rapuh dan mudah hancur apabila menjalani proses kisaran. Padi yang terlalu matang atau terlebih masak juga menyebabkan penurunan kualiti beras, mudah rapuh, dan berisiko tinggi dimakan oleh serangga dan burung. Oleh yang demikian penentuan masa yang benar-benar sesuai amat penting dan kritikal, malah perbezaan satu hari tuaian akan menyebabkan hasil yang diperoleh juga berbeza. Kaedah yang sering digunakan oleh petani sebelum ini adalah dengan mencatat tarikh benih disemai dan mengira secara manual masa yang sesuai untuk proses tuaian. Apabila hampir kepada masa menuai, petani akan meninjau keadaan padi dan memerhatikan perubahan tumbuhan tersebut daripada hijau kepada kuning keemasan secara manual. Walaupun demikian, tidak semua petani mampu menentukan kadar kematangan padi dengan tepat dan ia bergantung kepada pengalaman petani tersebut.
Kajian juga dilakukan berdasarkan kepada pemahaman terhadap maklumat morfologi padi yang sedia ada seperti kadar waktu perubahan warna padi dan kekerasan benih apabila menjelang masa tumbuhan tersebut matang. Untuk menentukan masa tuaian dengan lebih tepat, berat serta kekerasan beras perlu dikaji terlebih dahulu bertujuan untuk mengelakkan masalah beras rapuh. Setelah waktu beras mencapai berat dan kekerasan maksimum diperoleh maka maklumat tersebut akan dikaitkan pula kepada jangka masa selepas semaian. Menerusi maklumat dan data keadaan padi dan beras sebelum dan selepas peringkat kematangan maksimum, kadar waktu penuaian yang tepat dapat ditentukan. Mereka menggunakan format imej RGB (merah,hijau,biru) kerana format tersebut dapat menentukan kadar warna dengan lebih tepat. Kamera DSLR digunakan untuk merakam imej padi serta daunnya setiap hari dan akan diproses menggunakan komputer untuk mendapatkan nilai-nilai warnanya, manakala mesin penimbang diguna untuk mengetahui perubatan berat dan mesin tekanan untuk mengetahui kadar kekerasan beras. Menerusi kaedah tersebut, didapati berat padi meningkat menjelang tempoh kematangan namun akan menyusut selepas tempoh tersebut, manakala kekerasan benih akan meningkat secara mendadak dalam tempoh yang sama. Dianggarkan berat padi akan menyusut sebanyak 1.5 peratus hanya selepas dua hari tempoh kematangannya jika tidak dituai dan faktor tersebut berkait rapat dengan kadar harga yang akan ditentukan. Walau bagaimanapun, kematangan benih padi adalah tidak sekata bagi setiap tangkai iaitu, benih di hujung akan masak terlebih dahulu berbanding benih di sekitar pangkal tangkai. Perbezaan tahap kematangan di antara hujung dan pangkal memakan masa lapan hari, oleh itu teknik penentuan masa penuaian yang sesuai menerusi teknologi imej amat perlu bagi menentukan hasil yang maksimum. Teknologi tersebut masih di peringkat prototaip dan akan dimuatkan menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar. Diyakini petani generasi masa kini boleh menggunakan teknologi tersebut dengan baik kerana setiap dari mereka pasti memiliki telefon pintar yang boleh mengambil gambar dan memuat turun aplikasi ini. Teknologi itu juga diharapkan dapat mengatasi masalah penentuan masa penuaian yang sesuai terutamanya bagi mereka yang kurang berpengalaman sekali gus dapat mengurangkan kerugian yang sering dialami akibat penuaian yang tidak tepat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua mengenai apakah dia 'Teknologi Pertanian Tepat' khususnya untuk tanaman padi. Wasallam!.
TEKNOLOGI MODEN...PERTANIAN TEPAT...
TANAMAN PADI ... DIMERATA TEMPAT...
HASIL TINGGI... NEGARA BERMANAFAAT...
SATU AMALAN... DISEMUA PERINGKAT...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 4002, Hotel Adya,
Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(13 September 2015)

Demikianlah Artikel TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT - ANALISA
Sekianlah artikel TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT - ANALISA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT - ANALISA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/teknologi-pertanian-tepat-analisa.html