Judul : RHUBARB - APA DIA
link : RHUBARB - APA DIA
RHUBARB - APA DIA
RHUBARB (Rheum rhabarbarum) merupakan sejenis tanaman renek daripada keluarga Polygonaceae yang ada ditanam di beberapa negara sub-tropik. Ia merupakan sejenis tanaman parenial yang tumbuh daripada batang rizom tebal yang pendek berwarna ungu kemerahan (Sila lihat foto diatas). Dilihat daripada bentuk daunnya ia adalah besar dengan berbentuk segitiga dan tebal dengan tangkal panjang (long fleshy petioles). Jika ia berbunga lazimnya hanya bersaiz kecil berkumpulan yang berwarna putih kehijauan atau merah ros dibahagian jambaknya. Kita di Malaysia amat jarang makan dan menanam pokok Rhubarb dan mungin ada sedikit ditanam di tanah tinggi Cameroon Highland atau sekitar Kundasang. Dari segi kegunaan lazimnya batang rhubarb (leaf stalk) adalah rangup dimakan mentah sebagai salad (sama dengan celery) dengan rasa dan bau yang agak kuat. Kegunaan lain adalah batang ini diambil dan diproses atau dimasak dengan campuran bahan guna untuk dijadikan inti kuih Pai (Pie), Kuih Tart dan juga makanan pencuci mulut yang lain (desserts). Kajian dari beberapa sumber mendapati terdapat beberapa varieti rhubarb yang telah dikomersilkan untuk ditanam dan dipasarkan sebagai bahan segar atau diproses. Varieti yang palib banyak ditanam secara komersil adalah jenis Rheum x hybridum yang diktiraf oleh Royal Horticultural Society. Artikel subuh ini saya menulis sejenis tumbuhan dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Rhubarb yang kurang kita rakyat Malaysia kenal tetapi banyak ditanam di beberapa negara beriklim sederhana yang lain.
Rhubarb sebenarnya dikelaskan sebagai jenis sayuran dimana di mahkamah USA pada tahun 1947 telah diputuskan bahawa tumbuhan ini dikategorikan sebagai 'buah-buahan' berdasarkan kepada kepenggunaan dan peraturan. Cara ini membolehkan yang membantu untuk pengurangan tarif pengimportan bahan rhubarb di USA kerana tarif bagi sayur-sayuran adalah lebih tinggi daripada tarif untuk buah-buahan. Kajian menunjukkan Rhubarb menganduni bahan seperti Anthraquinones termasuk bahan Rhein danEmodin serta Glycosides (e.g. glucorhein). Bahan-bahan ini adalah dikategorikan sebagai mengandunhi sifat sebagai 'impartcathartic' dan bahan 'laxative'. Ia sangat berguna dalam kes-kes 'cathartic' dan juga 'constipation'. Tumbuhan ini boleh ditanam dikawasan tanah terbuka atau pun dalam Rumah Kaca (Greenhouse). Cara rumah kaca ini membolehkan rhubarb ditanam sepanjang tahun dimana rumah kaca ini selalunya mempunyai sistem pengudaraan panas untuk rhubarb dituai pada musim bunga (spring). Ia kemudian ditanam diluar atas tanah terbuka sepanjang Spring dan Summer selepas itu.
Lazimnya tanaman rhubarb akan dituai apabila cukup matang dimana batangnya akan kelihatan ungu kemerahan dengan saiz batang cukup besar dan rangup (Sila lihat foto disebelah). Penuaian rhubarb dari rumah kaca lazimnya bermula apabila yang diluar sudah habis dituai pada musim sejuk. Dikawasan yang mana suhu sesuai ia boleh ditanam sepanjang tahun. Ia mudah ditanam dengan menggunakan keratan rizom dengan jarak penanaman sekitar 80 cm - 120 cm didalam barisan atau antara barisan berbentuk empat segi sama. Antara perosak didapati menyerang tumbuhan ini adalah Kumbang yang mekan daun dan batangnya serta masaalah Gumosis. Dikawasan Eropah dan USA oleh kerana penanaman bermusim, maka jadual penanaman rhubarb perlu disesuaikan dengan cuaca. Bagaimana pun beberapa lokasi di Australia didapati mampu menanam rhubarb sepanjang tahun dengan teknologi yang betul. Ia juga boleh ditanam didalam pasu dan dijaga disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri.
Ada laporan kajian jika pokok rhubarb rosak akibat suhu sejuk melampau, maka ia dikatakan mengandungi Asid Oxalic tinggi yang pindah dari bahagian daun dan boleh menyebabkan keracunan dan sakit. Warna batang rhubarb yang elok lazimnya berwarna ungu kemerahan (Crimpson red) atau pun Merah Jingga Terang (Light Pink) dan ianya rangup (Sila anda lihat foto disebelah). Warna unik ini dikatakan akibat kandungan Anthocyanin yang tinggi dimana ia bergantung kepada varieti dan kematangan tumbuhan tersebut. Warna ini juga ada hubungkait dengan lesesuaian untuk dimasak. Bagaimana pun varieti batang hijau dikatakan lebih lasak dan hasil produktiviti lebih tinggi. Kajian menunjukkan jenis yang berbatang merah lebih digemari oleh pengguna (Sila lihat foto paling bawah). Hasil utama tumbuhan ini adalah bahagian batangnya yang secara teknikal dipanggil sebagai 'Petiol'. Ia boleh dimakan segar tetapi lebih didigemari diproses dengan gula dijadikan sebagai inti pie. Terdapat beberapa jenama seperti 'Rhubarb Pie' yang menerima permintaan baik daripada pengguna. Ia juga mampu menghasilkan bahan perwarna (Brown dye) untuk pelbagai kegunaan lain. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
NAMA RHUBARB... RENEK POKONYA...
BERWARNA UNGU... BATANG UTAMA...
DIPROSES DIA... INTI PIE JADINYA...
DIMALAYSIA... AMAT SUSAH JUMPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1436H)

Demikianlah Artikel RHUBARB - APA DIA
Sekianlah artikel RHUBARB - APA DIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RHUBARB - APA DIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/rhubarb-apa-dia.html