KELAPA LAUT - APA DIA

KELAPA LAUT - APA DIA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KELAPA LAUT - APA DIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KELAPA LAUT - APA DIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KELAPA LAUT - APA DIA
link : KELAPA LAUT - APA DIA

Kamu Bisa Download File KELAPA LAUT - APA DIA di bawah ini !

Baca juga


KELAPA LAUT - APA DIA

POKOK KELAPA LAUT (Borassus flabellifera) ialah sejenis pokok palma yang juga kita di Malaysia kenali sebagai pokok tal, pokok lontar, pokok tah, pokok tai, pokok ental dan pokok etal. Pokok kelapa laut terdapat dengan banyak dibeberapa negara seperti di India, Myanmar dan Thailand. Pokok Kelapa Laut ini juga banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Dalam beberapa kajian menunjukkan pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Antara kegunaan pokok kelapa laut ini dilaporkan dimana nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi sama seperti pokok kelapa biasa. Masa dahulu kala juga dilaporkan bahawa bahagian daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul terutama dikawasan kampong dipendalaman. Kita di Malaysia cuma kenali kelapa laut yang di jadikan Ubat Batuk dan juga Minuman Air Kelapa Laut sebagai penghilang dahaga yang dijual digerai atau dalam tin. Penulis dapati tidak ada maklumat keluasan penanaman kelapa laut di Malaysia (Sumber: Laporan Statistik Jabatan Pertanian). Bagaimana pun tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja. Teknologi dan Amalan Agronomi mengenai tanaman ini juga amat sukar dicari dinegara kita kerana ia adalah tumbuhan yang kurang popular atau kurang diberikan perhatian untuk dikomersilkan. Bagaimana pun sering kita lihat setandan buah kelapa laut diletakkan di tepi gerai jualan minuman aie kelapa laut ini sebagai satu daya terikan kepada pembeli. Artikel subuh sambil melihat ombak dipantai Lanjut ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan kelapa laut untuk dijadikan bahan bacaan dan info kegunaan umum.


Anda jangan keliru kerana tedapat jenis pokok kelapa yaut ramai yang kurang kenal di negara kita kerana ia ditanam sebagai pokok landskap sahaja dikawasan taman (Sila lihat pokok disebelah). Pokok ini (Lodoicea maldivica) mempunyai bentuk pertumbuhan yang menarik kerana mempunyai daun lebar dan tahan serangan perosak dan penyakit. Ia berbeza dengan pokok kelapa laut berbuah yang diproses untuk minuman dan perubatan dan ia juga merupakan ahli tunggal dalam genus Lodoicea yang merupakan sejenis palma yang berasal dari Seychelles. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesis pokok nadir yang terlindung akibat ancaman kepupusan. Pokok ini kini ditanam di negara Seychelles untuk membantu dalam proses pulihara spesis ini dimana ia juga ditanam di banyak kawasan tropika sebagai pokok hiasan. Lazimnya pokok ini boleh bertumbuh sehingga 25-34 meter tinggi. Daun-daunnyayang berbentuk kipas sepanjang 7-10 meter dan selebar 4.5 meter dengan mempunyai petiol yang panjangnya 4 meter. Pokok ini bersifat dioesius iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan. Bunga jantanadalah sepanjang satu meter. Ia sesuai juga ditanam dikawasan rumah sebagai pokok hiasan yang menarik.


Buah Kelapa Laut menghasilkan buah atau biji yang besar dalam alam tumbuhan. Lazimnya buah kelapa laut berbentuk bulat dengan diameter buah yang matang sekitar 40 - 50 cm dan anggaran berat adalah  antara 15-30 kilogram (Sila anda lihat foto disebelah). Buah yang matang mempunyai warna kulit Hitam umgu dengan sedikt hijau dibahagian tangkai. Ian keluar dalam tangkai buah diantara 3 - 10 biji satu tandan bergantung kepada umur pokok dan juga kesuburan tanaman. Dalam beberapa laporan ada dinyatakan buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai tahap kematangan dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga dipanggil sebagai 'double coconut' atau juga sebagai kelapa kembar. Dahulu buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun kini buah ini telah diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hbanyak dikawasn pantai dan pulau.


Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah kelapa laut atau buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul. Beberapa bahagian pokok ini didakwa boleh melawaskan masaalah kencing kepada mereka yang ada masaalah tersebut. orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperoleh dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi. Artikel mengenai kelapa laut yang ditulis oleh saintis pertanian dinegar akita amat sedikit jumlahnya. Perlu ada kajian lanjut mengenai kehebatan tumbuhan ini agar ia boleh dijadikan sebagai satu jenis pokok yang boleh beri nilai ekonomi dinegara kita. Wasallam!.


KELAPA LAUT... APA AGAKNYA...
POKOK TAL... SAMA POKOKNYA...
DIAMBIL BUAH.... JUGA ISINYA...
JSDI MINUMAN...BATUK TIADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 303, Lanjut Golden Beach Resort,
Kg Lanjut, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1436H)


Demikianlah Artikel KELAPA LAUT - APA DIA

Sekianlah artikel KELAPA LAUT - APA DIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KELAPA LAUT - APA DIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kelapa-laut-apa-dia.html