Judul : KOPI PUTIH VS KOPI HITAM
link : KOPI PUTIH VS KOPI HITAM
KOPI PUTIH VS KOPI HITAM
KOPI PUTIH (White Coffee) dan KOPI HITAM (Black Coffee) merupakan dua nama yang sering kita dengar mengenai kualiti produk kopi. Penulis sebelum ini tidak berapa faham mengenai kedua-dua jenis kopi ini kerana selama ini memang kurang minat minum kopi dan tidak suka kopi jenama Nescafe. Kalau minum kopi akan ada kesan pening kepala beberapa jam dan memang ia ujudkan rasa kurang menyenangkan. Tetapi sejak awal tahun 2014 saya mula minat minuman kopi dan menulis lebih daripada 35 artikel dalam blog "Anim Agro Technology". Kesemua artikel adalah mengenai kopi dipostingkan kebanyakannya pada sepanjang bulan Disember 2014. Penulis mula minat akan industri kopi ini dan kini blog ini merupakan antara blog yang banyak menyumbangkan ilmu teknologi pertanian berkaitan kopi di Malaysia. Dalam pasaran kita boleh jumpa beratus-ratus jenama kopi daripada yang dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa, syarikat bertaraf nasional dan juga banyak syarikat tempatan berskala kecil. Kajian penulis mendapati terdapat sebanyak 85 kilang kopi yang mengimport biji kopi mentah dengan jumlah import sekitar 97 juta mt setahun. Selain itu banyak iklan yang dikeluarkan dikaca TV, Papan Iklan, Media Cetak, Iklan Promosi ditepi lebuhraya setempat dan sebagainya dilakukan bagi tujuan penggunaan kopi. Dalam kawasan bandar kita dihidangkan dengan beberapa kedai berjenama kopi seperti Starbuck, Kopitiam dan banyak jenama lagi. Bagaimana pun industri kopi negara terus meningkat saban tahun tetapi tidak kepada penanaman kopi tempatan. Laporan Jabatan Pertanian 2014 cuma ada melaporkan seluas 3,764 hektar sahaja kebun kopi yang masih ada dengan kadar pengeluaran sekitar 16,550 mt sahaja. Kopi tempatan dari jenis liberica ini mempunyai buah yang besar dan rasa pahit yang kuat dengan aroma yang sederhana. Kopi tempatan liberica ini diproses untuk dijadikan serbuk kopi hitam atau serbuk kopi putih mengikut kehendak pengilang kopi. Kopi liberica ini mempunyai resepi berbeza antara pengilang untuk menghasilkan kopi berkualiti dengan harga yang mampu bersaing dipasaran. Artikel malam Ahad ini saya gembira dapat menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 3,114 mengenai bagaimana untuk kenal kopi putih dan kopi hitam berdasarkan proses pembuatan yang penulis perolehi daripada pengilang kopi tempatan.
Proses membuat kopi adalah penting dalam menentukan produk akhir kopi. Terdapat beberapa teknik dalam proses membuat serbuk kopi dimana bahan utama membuat serbuk kopi terdiri daripada Biji Kopi, Gula Pasir, Majerin, Biji Bijan dan juga Garam (Sila lihat foto diatas). Formula dalam memproses kopi ini bergantung kepada jenis produk akhir dan pasaran. Ada produk kopi yang disasarkan untuk pasaran kelas atasan yang kualitinya tinggi sesuai dengan kadar harganya dimana ia menggunakan biji kopi premium. Ada produk kopi yang dikeluarkan untuk pasaran kelas pertengahan dan banyak juga produk kopi untuk masayarat biasa seperti produk kopi untuk kedai kopitiam. Apa juga pun teknik penggorengan dan mengisar kopi menentukan kualiti dan juga penerimaan oleh pengguna. Terdapat peralatan menggoreng kopi yang tradisional atau konvensional. Ada juga jenis yang 'Semi-Automatic' dan ada mesin yang 'Fully Automatic'. Pilihan jenis mensi memproses kopi ini juga bergantung kepada modal, pasaran, kuantiti dihasilkan dan kemahiran pekerja. Bagi pengilang yang mempunyai modal tinggi mereka memilih kesemua teknologi terbaik sehinga sanggup membeli mesin yang mahal (harga lebih RM1 juta satu mesin) untuk produktiviti yang mampu memenuhi kehendak syarikat.


KOPI HITAM... RAMAI YANG SUKA...
SEMUA ENAK ... IKUT PROSESNYA...
YANG PASTI ...BERBEZA HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kilang Kopii Rengit,
Rengit, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(29 RabiulAwal 1436H).
Demikianlah Artikel KOPI PUTIH VS KOPI HITAM
Sekianlah artikel KOPI PUTIH VS KOPI HITAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOPI PUTIH VS KOPI HITAM dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kopi-putih-vs-kopi-hitam.html