ROSELLE - CARA TANAM

ROSELLE - CARA TANAM - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ROSELLE - CARA TANAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ROSELLE - CARA TANAM, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ROSELLE - CARA TANAM
link : ROSELLE - CARA TANAM

Kamu Bisa Download File ROSELLE - CARA TANAM di bawah ini !

Baca juga


ROSELLE - CARA TANAM

ROSELLE (Hibiscus sabdariffa) merupakan sejenis tanaman renek yang diperkenalkan di Malaysia untuk dikomersilkan di Terengganu sekitar tahun 1990'an. Tanaman ini pernah menjadi satu kejayaan besar di negeri tersebut terutama ditanam dikawasan tanah bris dimana tanaman lain kurang sesuai ditanam.  Rosel atau juga dipanggil sebagai 'asam raya' atau 'asam susur' di kalangan orang tempatan juga merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Kini beberapa varieti rosel seperti Varieti UMKL dan UMKL-2 telah menjadi tanaman penting dibeberapa negeri seperti di Johor (Kawasan Rengit dan Mersing), di Kedah (Daerah Sik), Perak (Sekitar Sungkai) dan beberapa negeri lain. Jabatan Pertanian melaporkan seluas 800- 1,200 hektar CHE tanaman osel ditanam pada tahun 2012 - 2014. Penulis juga merupakan pengasas penanaman rosel di Johor iaitu di Daerah Mersing pada tahun 1998 dan aktiviti penanaman tersebut masih aktif sehingga hari ini. Pada masa artikel ini ditulis, beberapa syarikat telah berjaya menanam rosel di sekitar Batu Pahat dan Pontian untuk pasaran domestik dan Ekspot. Syarikat Aslah di Johor merupkan antara pemain industri rosel yang aktif di Johor. Kini produk roselle telah masuk TV dimana sebuah syarikat daripada Kedah iaitu Al-Faiz telah menjadi penaja rancangan Pendakwah - Dai di TV3. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara menanam rosel sebagai satu forum rujukan penanam rosel di negara kita.

Tanaman rosel kini hanya ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Johor atas tanah gambut dan berkembang di beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang dan Perak. Syarikat Aslah menggunakan kaedah Ladang Kontrak dengan petani disekitar Rengit, Batu Pahat, Johor dalam penanaman rosel (Sila lihat foto disebelah). Penanaman rosel lazimnya akan menghasilkan bunga atau Kaliks (Calyx) atau kelopak dari bunga rosel yang boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli. Kajian makmal mendapati kehebatan rosel ia mengandungi kandungan vitamin C (Asid askorbik) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks. Kandungan vitamin C yang amat tinggi ini menjadikan ia lebih hebat daripada buah Oren dan Ribena. Bagaimana pun buah rosel yang baru dipetik perlu diproses segera untuk mengekalkan kandungan vitamic didalamnya.

Saya memberikan banyak ceramah teknikal mengenai tanaman rosel sekitar tahun 1998 - 2000 di daerah Mersing, Johor. Penanaman rosel masa itu disasarkan dikawasan tanah bris sekitar Endau dan Sri Pantai untuk tujuan menggantikan tanaman tembakau. Sebenarnya tanaman rosel merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 cm (Sila lihat foto disebelah). Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang akan keluar dari batang utama. Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Buah rosel berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang. Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.Rosel hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.

Penanaman rosel lazimnya hanya akan menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari. Rosel ditanam di atas batas berukuran 60 cm di tanah bris dan 90 cm di tanah mineral. Sistem ini akan memberikan kepadatan 7,400 pokok sehektar pada tanah mineral dan jumlah sebanyak 11,100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman rosel di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2. Ini kerana tanah bris memang kurang subur dan perlukan lebih baja organik. Pengairan adalah penting dalam menanam rosel kerana ia adalah jenis tanaman yang responsif terhadap air. Sebaiknya sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 cm dani permukaan tanah. Selalunya bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Kawalan penyakit dan perosak dilakukan dari peringkat menyemai sehingga hampir menuai. Penyakit kulat yang penulis biasa jumpa dan menyerang rosel adalah Reput Daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan Reput Batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan dan sistem saliran kurang sempurna. Cara Kawalan disyorkan dengan menggunakan racun kimia seperti jenis Carbendazim pada 0.05%. Serangga perosak yang biasa menyerang Rosel adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Kawalannya boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Rosel cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang.

Apa yang penting adalah petani dapat memungut hasil rosel setelah menunggu selama beberapa bulan. memungut hasil bagi rosel dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks. Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali. Kini dipasaran terdapat banyak produk jus dan kordial minuman rosel dengan harga 1 liter sekitar RM8.00 - RM15.00 bergantung kepada kualiti dan produk akhir dan lokasi jualan. Penanaman rosel merupakan satu industri yang perlu terus diberikan sokongan. Wasallam!.
TANAMAB ROSEL... DIJOHOR ADA...
DITANAM GAMBUT...SESUAI DISANA...
JUAL DOMESTIK.. DOEKSPOT JUGA...
SIAPA MINAT... HUBUNGI SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Rosel,
Rengir, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(28 Muharam 1436H)


Demikianlah Artikel ROSELLE - CARA TANAM

Sekianlah artikel ROSELLE - CARA TANAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ROSELLE - CARA TANAM dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/roselle-cara-tanam.html