SEPAHAT - HIDANGAN ENAK

SEPAHAT - HIDANGAN ENAK - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEPAHAT - HIDANGAN ENAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel SEPAHAT - HIDANGAN ENAK, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEPAHAT - HIDANGAN ENAK
link : SEPAHAT - HIDANGAN ENAK

Kamu Bisa Download File SEPAHAT - HIDANGAN ENAK di bawah ini !

Baca juga


SEPAHAT - HIDANGAN ENAK

SEPAHAT (Ensis arcuatus) merupakan sejenis HIDUPAN SIPUT yang terdapat dipesisir air juga dipanggil sebagai Pepahat, Siput Buloh, Ambal, Razor Shell, Razor Clam daripada keluarga Pharidae. Pepahat ini terdapat dipersisir pantai dikawasan tropika dan juga kawasan laut negara sejuk. Ramai diantara kita yang mencari pepahat ini dikawasan tepi pantai untuk dimakan sendiri atau untuk dijual kepada peraih yang memang menjadikannya sebagai sejenis makanan laut yang eksotik. Kalau anda hendak menikmati keenakkan rasa pepahat bolehlah berkunjung ke restoren atau gerai makanan laut yang ada di Luala Sg Duyong, Crystal Bay atau Umbai di Melaka atau ke Claypot Top di Kucing, Sarawak yang pasti menghidangkan makanan tersebut. Harga sekilogram berbeza-beza mengikut kualiti dan cara hidangan disediakan tetapi diantara RM 30 - RM 40.00 sekilogram. Apabila dimasak pula harganya berbeza mengikut cara masakan. Pada saya rasa sepahat ini sama dengan jenis siput dan kerang-kerangan yang lain cuma ianya agak lemak sedikit dan pusan hati kerana isinya agak tebal dan mudah dimakan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan laut yang semakin popular iaitu sepahat atau pepahat yang enak dan menyelerakan.


Pepahat atau Ambal yang ada dinegara kita hanya terdapat dibeberapa lokasi pantai tertentu sahaja. Semasa bertugas di Sarawak dulu, ada beberapa kali saya ke pantai Bako di Kuching untuk mencari ambal atau pepahat ini pada musim-musim tertentu. Cara hendak mencarinya juga ada teknik yang betul kerana kalau tidak penat sahaja kita untuk pergi mencarinya ditepi pantai. Kini bekalan pepahat ini yang dijual di Melaka saya dapati banyak yang diimpot dari negara jiran. Ia mempunyai bentuk yang panjang lurus dengan kulitnya adalah berwarna coklat gelap bergantung kepada pasir disekelilingnya (Sila lihat foto disebelah). Panjangnya antara 5 - 10 cm dengan garispusat sekitar 1 - 2 cm. Isinya sepahat lembut berwarna putih krim danada yang terjulur keluar dari kulitnya. Bagaimana pun isinya akan menjadi kenyal apabila dimasak dan lemak rasanya. Sepahat yang dikutip akan digredkan mengikut saiz dan diikat sebelum disimpan atau untuk dijual kepada pemborong. Selalunya ia disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. 


Memakan Sepahat banyak resepi yang boleh kita cuba sendiri mengikut kegemaran. Antara yang paling popular adalah resepi masak sepahat dinamakan Sepahat Masak Cili Pedas. Antara bahan bahan 500 gm Sepahat (atau semasa dipasar orang panggil sebagai 'siput buloh')3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar, 5 cili padi, 2 cm halia, 2 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan cili kisar (kepada mereka kalau suka pedas), 2 sudu makan susu cair atau susu segar, 1 batang serai (ia perlu dititik) dan juga garam secukup rasa. Saya dapati memasak Sepahat memang mudah semudah mengeja ABC sahaja. Caranya dengan kita mengisar bahan tumis iaitu bawang besar, bawang putih, cili padi, halia sehingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga ia garing atau pecah minyak. Kemudian kita masukkan sos tiram dan susu cair atau segar untuk menambah keenakannya. Kacau dalam kuali rata. Selepas itu kita masukkan garam secukup rasa dan kemudian masukkan serai. Setelah itu kita masukkan siput buloh tadi yang telah dibasuh dan dibersihkan dari kekotoran (jika ada). Kacau semuanya dengan sudip sehingga sebati. Biarkan ia mereneh sehingga semua kulit siput terbuka sendiri dimana ini adalan menandakan sepahat telah masak.. Kemudian ditutup api dan dihidangkan untuk dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak bersama lauk lain yang disediakan. Enak dimakan ketika perut sangat lapar diwaktu tengahari atau petang. Wasallam.!



BELI SEPAHAT... BASUH DULU...
MASAK CILI PEDAS...ANDA TAHU...
MUDAH SAHAJA... RESEPI KU...
MARI MENCUBA... BARU TAHU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Gerai Hj Musa,
Medan Ikan Bakar Alai,
Melaka, Malaysia.
(24 Rejab 1435H)


Demikianlah Artikel SEPAHAT - HIDANGAN ENAK

Sekianlah artikel SEPAHAT - HIDANGAN ENAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEPAHAT - HIDANGAN ENAK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/sepahat-hidangan-enak.html