Judul : SUKUN - FAKTA SUKUN
link : SUKUN - FAKTA SUKUN
SUKUN - FAKTA SUKUN
Buah sukun mempunyai nilai ekonomi cukup baik kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Ada dikalangan petani yang menanam pokok sukun sebagai tanaman komersil yang memberikan pulangan menguntungkan. Disesetengah negara ketiga dilaporkan pokok sukun ditanam sebagai komoditi tanaman makanan kedua setelah beras. Selain dijadikan komoditi makanan untuk manusia ada juga dilaporkan buah sukun sesuai untuk dijadikan makanan ternakan yang berkualiti. Penulis juga pernah mempunyai pokok sukun sendiri dikebun dan rumah keluarga dikampong. Pokok sukun adalah pokok saka yang besar dengan sistem perakarannya yang luas dan intensif. Pokoknya mempunyai sifat baik untuk ditanam dimana ia juga sering dijadikan untuk tujuan penghijauan, konservasi kawasan kebun, mencegahan hakisan tanah dan sebagainya. Pokok sukun pada umumnya memiliki batang besar dan lurus dan boleh timbuh dengan mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Bagaimana pun dikampong pokok yang dijaga baik mempunyai ketinggian sekitar 10 - 15 meter sahaja. Penanaman pokok sukun dari benih cantuman membolehkan ia bercabang rendah dan pendek dengan ia mempynyai batang yang besar setinggi 8 meter dan akar yang melebar.
Pokok sukun mempunyai saiz daun yang besar tersusun berselang seli dengan lebar daun 20 -40 cm x 20 - 60 cm. Ia mempunyai bentuk tulang daun yang tirus dan berwarna hijau tua yang berkilat di bahagian atas (Sila lihat foto disebelah). Daun sukun seperti keluarga Moraceae yang lain adalah kasar dan berbulu halus di bahagian bawah. Bentuk daun adalah unik dengan terdapat lekukan ketara dan terdapat kuncup yang tertutupi daun asas besar berbentuk kerucut. Tanaman ini memiliki cabang mendatar dan pada semua bahagian. Penelitian mnunjukkan pokok sukun akan mengeluarkan getah berwarna putih apabila tergores atau dilukai dibahagian batang, dahan atau daunnya. Buah sukun merupakan buah yang tidak mempunyai biji ia dijadikan bahan makanan penting dibeberapa negara sebagai sumber karbohidrat. Buah Sukun sesuai dipotong dan digoreng. Bagaimana pun ada orang yang akan membakar, disangran (goreng tanpa minyaK atau pun direbus. Sukun yang sudah diproses tadi akan dihiiris kecil kemudian dikeringkan ke dalam oven ataupun di bawah sinar matahari untuk lebih tahan lama. Ada laporan dimana buah sukun akan ditapaikan (fermented) selama beberapa minggu di dalam lubang tanah. Kemudian hasilnya seperti pasta yang menyerupai dengan keju yang berzat dan tahan lama untuk diproses menjadi makanan berasaskan sukun yang lain. Pada saya Kerepek Sukun adalah hidangan paling disukai dan memang enak sekali dimana ada rasa lemak dan masin garam.
Sukun didakwa mengandungi sumber omega 6 dan omega 3 yang baik. Sesiapa yang memakan buah sukun dapat membantu kanak-kanak yang sedang membesar dengan membantu pertumbuhan otak besar mereka akibat kandungan asid lemak omega 3 di dalam buah sukun. Terdapat juga jenis asid lemak esensial ini yang amatbaik untuk kesihatan jantung. Kepada mereka yang sukar buang air besar disarankan makan buah sukun. Ini kerana kadar serat yang tinggi pada buah sukun dapat berperanan dalam melancarkan buang air besar. Makan buah sukun sekerap mungkin dimana ia juga membantu dalam mengeluarkan racun dari usus. Buah sukun sesuai digelar sebagai 'Makanan Diet'. Ia sesuai untuk orang yang menderita berat badan (obesiti) dimana makan buah sukun merupakan pilihan yang tepat. Ia mempunyai jumlah serat yang tinggi dan lebih sedikit kalori dimana ia sangat ideal untuk dimasukan ke dalam daftar menu diet. Kini buah sukun sudah dikaitkan dengan dunia kecantikan. Ini disebabkan oleh ujudnya kandungan omega 3 dan omega 6 dalam buah sukun dimmana ia sangat bagus untuk kecantikan kulit. Selain itu buah sukun juga kaya dengan kandungan vitamin C yang juga bagus untuk kesihatan kulit. Buah sukun memang sumber Antioksidan. Buah sukun dimakan secara teratur akan membuat kulit menjadi sihat baik luar ataupun dari dalam. MKajian menemui akan antioksidan dalam buah sukun yang baik untuk mencegah terjadinya infeksi kulit. Memakan buah sukun secara berhemah membolehkan akan seseorang mendapatkan kulit yang halus dan bersinar. Bagi mencantikkan rambut sesuai makan buah sukun kerana kandungan asid lemak omega 6 pada buah sukun sangat bermanfaat bagi kesihatan folikel rambut. Hasil kajian mendapati bahawa rambut tidak mudah gugur, sihat dan menguatkan akar rambut serta mencegah dari botak. Ada juga dilaporkan dengan makan buah sukun mampu mengusir timbulnya kelumumur pada rambut. Semuga artikel ini memberi fakta berguna kepada pembaca blog 'Anim Agro Technology' kali ini. Wasallam!.
POKOK SUKUN... MUDAH TANAMNYA...
BUAH SUKUN... TAK HENTI BUAHNYA...
DIMAKAN ENAK... GORENG SAHAJA...
TANAM SUKUN... BELI BENIHNYA...
By,
M Anem,
Seniro Agronomist,
Kg Parti Bengkok,
Ledang, Johor,
Malaysia.
Malaysia.
(1 Mei 2015 - Cuti Hari Pekerja)
Demikianlah Artikel SUKUN - FAKTA SUKUN
Sekianlah artikel SUKUN - FAKTA SUKUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SUKUN - FAKTA SUKUN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/sukun-fakta-sukun.html