Judul : PENGHARAMAN PARAQUAT - KENAPA
link : PENGHARAMAN PARAQUAT - KENAPA
PENGHARAMAN PARAQUAT - KENAPA
RACUN PARAQUAT (Paraquat dichloride) merupakan sejenis racun berbisa yang meluas penggunaannya sebelum proses pengharaman dimulakan semanjak 1996 lagi. Racun ini sangat berkesan dalam mengawal semua jenis rumpai dengan cepat dan sangat berkesan. Ramai petani amat menyukai penggunaan racun ini kerana ia sangat berkesan mengawal rumpai dan harganya amat berpatutan. Beberapa syarikat pengeluar racun paraquat telah mengaut untung semenjak sekian lama sebelum racun paraquat diharamkan untuk digunakan dikawasan kebun di Malaysia. Laporan mendapati banyak negara diseluruh dunia yang telah lama melaksana pengharaman penggunaan racun paraquat ini terutama dinegara-negara maju kerana banyak faktor. Di Malaysia usaha pengharaman racun paraquat dimulakan semenjak Mac 1996 untuk dikuatkuasakan mulai April 1996. Bagaimana pun oleh kerana banyak pertelingkahan pendapat dan juga permohonan daripada banyak pihak maka perlaksanaan sebenar pengharaman hanya berlaku pada Mei 2005. Sehingga kini penjualan dan penggunaan racun paraquat masih berlaku dengan SOP (Standard of Procedure) yang ketat. Pengharaman racun ini dipasaran sebenarnya akan berlaku pada tahun 2020 dimana tidak akan ada racun paraquat dijual dan digunakan lagi. Persoalan yang sering menyebabkan perkara ini berlanjutan dikatakan kerana ramai pengguna ingin tahu apakah jenis 'racun alternatif' yang setanding dengan racun paraquat. Sebenarnya terdapat beberapa racun alternatif yang boleh digunakan dan diluluskan oleh LRMP (Lembaga Racun Makhluk Perosak). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa perkara mengenai pengharaman racun paraquat untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda. Artikel teknikal seperti ini amat kurang ditulis di Malaysia.
Dalam kita hendak memahami kenapa racun PARAQUAT ini mesti diharamkan mungkin ramai kurang tahu. Penulia akan bentangkan beberapa sebab berdasarkan kepada laporan teknikal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai perkara ini. Pertama sekali adalah dimana racun paraquat diklasifikasikan sebagai racun perosak berbisa iaitu kategor Kelas Ib. Ini bermakna ia jatuh nombor 2 selepas kelas 1a iaitu AMAT BERBISA yang mempunyai label warna hitam. Racun Paraquat mempunyai kod label warna MERAH dengan amaran "Jauhkan daripadan kanak-kanak dan makanan". Ia mempunyai foto tengkorak disebelah label bermakna ia boleh menyebabkan kematian (Sila lihat foto disebelah). Sebab ke 2 adalah kerana racun paraquat amat mudah diserap melalui kulit dan kesannya mengakibatkan iritasi kulit dan mata yang serius. Ini akan menyebabkan bahagian kulit dan mata yang terkena akan racun akan terjejas jika tiada kawalan penggunaan dengan baik. Ke 3 jika berlaku proses pendedahan jangka panjang (Pekerja Ladang) maka ia akan mengakibatkan kerosakan kepada bahagian kuku sehingga mengakibatkan kuku tercabut. Ini bermakna ia meresap kedalam bahagian kuku dan merosakkan sel-sel dibahagian tersebut yang amat teruk kesannya. Ke 4 adalah jika berlaku pendedahan kepada kabus paraquat (mist spraying) ia boleh mengakibatkan pendarahan pada hidung. Kes seperti ini mungkin kurang disedari petani kerana ia disangka perkara biasa sahaja. Ke 5 adalah dimana untuk kesan jangka sederhana ia akan berlaku kejadian sesak nafas, tekanan darah meningkat, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru dan hati. Ini menunjukkan kesan racun paraquat pada manusia amat merbahaya.
Seterusnya ke 6 dilaporkan bahawa racun paraquat mudah terikat di dalam tanah dan dalam persekitaran akuatik akan terikat pada sedimen terapung dan mendapan. Ini mencemarkan kualiti persekitaran dan memusnahkan hidupan atau menghasilkan mutant yang merbahaya. Jika racun ini digunakan dengan kuantiti banyak dengan jangkamasa berpanjangan maka akan musnah hidupan akuatik dan lain-lain hidupan yang berkaitan. Sebab ke 7 adalah dimana telah menjadi banyak kes dimana racun paraquat ini telah menyumbang jumlah kes keracunan dimana kes kematian kematian tertinggi oleh sebab racun ini. Sama ada mereka yang 'TERMINUM' atau 'MAHU MINUM" kes kematian akibat 'racun kicap' ini amat tingi. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan kes-kes kematian akibat racun paraquat turun mendadak semasa dan selepas pengharaman ini dilaksanakan semanjak 2005. Bagaimana pun kes ini meningkat semula selepas penangguhan atau pembelian racun paraquat secara bersistem dilakukan. Ke 8 dan yang paling menakutkan adalah kerana racun paraquat ini memang TIADA PENAWAR dan ia menjadikan kes kematian jika ianya disalahguna. Ini bermakna jika terminum racun paraquat.. faham-faham sahaja lah akibatnya walau dibawa kehospital... Al Maut. Ke 9 adalah dimana racun ini tiada peralatan perlindungan diri (PPE) bersesuaian menjamin keselamatan pengguna semasa aktiviti aplikasi atau masa penyemburan. Ke 10 dimana memang masih tiada teknologi penyemburan boleh menjamin keselamatan pengguna di perkenalkan di Malaysia sehingga kini. Dinegara maju mereka menyembur menggunakan trektor bertutup dengan aktiviti semburan tidak kena pada operator.
Bagi mengatasi masaalah ini maka beberapa Pekeliling telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pengguna dan orang ramai tentang kawalan ketat yang dilaksanakan mengenai raacun paraquat. Pada masa ini pendaftaran adalah terhad kepada produk-produk yang telah didaftar sahaja dimana tiada permohonan pendaftaran baru dan kelulusan baru untuk racun paraquat. Peraturan kini menyatakan bahawa produk racun paraquat yang telah berdaftar dibenarkan untuk didaftar semula sehingga 31 Disember 2018. Pada masa ini adalah disyorkan agar penggunaan dihadkan hanya kepada tanaman kelapa sawit berumur dibawah 2 tahun, getah, padi bukit dan tunggul kelapa sahaja. Saiz Pek racun ini adalah dihadkan kepada 20 liter bagi produk perumusan dan 200 liter bagi kepekatan teknikal. Kenyataan juga menyatakan mulai 1 Jun 2015 maka semua pembelian paraquat oleh pekebun atau petani hanya boleh dibuat di Pertumbuhan Peladang Kawasan dengan kawalan khusus. Seterusnya peraturan juga menggariskan bahawa mulai 1 Jun 2015 semua pekebun atau petani perlu memohon permit untuk membeli dan mengguna paraquat di pejabat Bahagian Kawalan Racun Perosak di negeri-negeri masing. Oleh itu mereka perlu mengisi Borang Permohonan Pembelian RMP Terkawal yang boleh dimuat turun daripada Lamanweb www.doa.gov.my. Syarikat perladangan boleh membuat pembelian terus kepada pembekal, pendaftar atau sayarikat pengilang setelah mendapat kelulusan dari pejabat Bahagian Kawalan Racun Perosak di negeri-negeri. Seterusnya peraturan menyatakan bahawa syarikat-syarikat yang hendak mendaftar produk paraquat disyaratkan menjalankan dan melaporkan “stewardship program” (mendidik melatih pengguna untuk mengguna RP alternatif) setiap tahun. Begitulah mengenai fakta megenai menngapa racun paraquat diharamkan dan beberapa peraturan yang perlu diikuti mengenai racun ini yang penulis mungkin tidak tahu sebelum membaca artikel ini. Saya rasa maklumat seperti ini perlu disebarkan kepada semua pihak berkepentingan. Wasallam!.
RACUN PARAQUAT... BERBISA...
SALAH GUNA...IA MERBAHAYA...
ADA SEBAB... HARAM KENAPA...
BACA ARTIKEL ... BARU LEGA....
KEPADA PENULIS...SATU IDEA...
SEBAR MAKLUMAT...BOLEH GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 215, Hotel Season View,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 Syaaban 1436H)

Demikianlah Artikel PENGHARAMAN PARAQUAT - KENAPA
Sekianlah artikel PENGHARAMAN PARAQUAT - KENAPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENGHARAMAN PARAQUAT - KENAPA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/pengharaman-paraquat-kenapa.html