APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA

APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA
link : APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA

Kamu Bisa Download File APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA di bawah ini !

Baca juga


APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA

APIKULTUR (Apiculture) adalah aktiviti penternakan lebah madu komersil dan lain-lain penghasilan produk daripada lebah dan haif lebah seperti produk propolis, lilin lebah, royal jelly, venom lebah, debunga dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris dan saintifik ia disamakan dengan "Penternakan Lebah" atau dalam bahasa biasa sebagai "BEEKEEPING". Ini kerana koloni lebah telah diternak didalam rumahnya yang dipanggil sebagai Haif (Hives) dan diuruskan dengan satu sistem pemeliharaan yang komersil. Kalau zaman dahulu lebah madu lazimnya liar dan membuat sarang dimana-mana dalam ekologinya, kini aktiviti menternak lebah madu dan kelulut di Malaysia menjadi satu industrii yang semakin mendapat perhatian kerajaan. Kini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Program Ternakan Agropreneur Muda Lebah Madu membolehkan golongan muda berumur diantara 18 - 40 tahun dilatih dan diberikan bantuan pinjaman untuk menternak lebah madu dan kelulut. Ternakan lebah madu merupakan satu daripada High Impact Project (HIP) yang dikenalpasti oleh kerajaan sebagai satu pendekatan dalam Agriculture Transformation Program (ATP) iaitu Inisiatif ke 7. Pada masa ini terdapat seramai sekitar 600 - 700 orang usahawan lebah madu dan kelulut di Malaysia yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2014 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 730 metrik tan madu setahun. Mereka merupakan usahawan yang menternak Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera), Pemburu Lebah Tualang (Apis dorsata) dan juga Usahawan Kelulut (Trigona spp).  Dua spesis kelulut yang popular diternak secara komersil di Malaysia adalah Trigona itama dan Trigona thoracica. Industri apikulutr di Malaysia masih jauh dibelakang berbanding dengan beberapa negara jiran yang lebih ramai usahawan dan pengeluarannya. Walau pun industri ini diletakkan dalam ATP melalui HIP tetapi tidak ada projek khusus dengan jumlah peruntukkan untk pembangunan industri ini. Industri apikultur amat sensitif dengan alam sekitar dimana jika berlaku perindustrian dan pencemaran persekitaran maka aktiviti perlebahan juga akan terjejas dan tidak praktikal. Artikel petang Ahad ini say amenulis lagi mengenai Apikultur di Malaysia dalam "Anim Agro Technology" untuk bahan rujukan pembaca semua.


Industri Apikultur di Malaysia masih perlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya. Malaysia mengimport 80% daripada keperluan madu lebah dari luar negara (terutama daripada negara China, Vietnam dan Australia) dengan jumlah import sebanyak 2,912 metrik tan pada tahun 2012 (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia). Nilai import adalah sebanyak RM42 juta untuk kegunaan domestik dan industri. Jumlah pengeluaran tempatan madu lebah pula hanya 730 metrik tan atau pun cuma 20% sahaja daripada keperluan tempatan. Walau induatri lebah ini telah dimulakan semenjak tahun 1980'an (masa itu saya baru keluar universiti) tetapi tidak banyak pencapaian dalam pengeluaran madu lebah tempatan. Masa dahulu hanya sumbangan pemburu lebah tualang dan penternakan lebah keran sahaja yang dibuat. Kini dengan cara memperkenalkan Lebah Import dan aktiviti Penternakan Kelulut ianya telah sedikit sebanyak mengubah senario apikultur di Malaysia. Walau pun begitu Malaysia mencatatkan data eksport madu lebah sebanyak RM 21.2 juta mungkin dalam bentuk produk akhir atau pun madu segar ke Singapura. Persaingan madu lebah tempatan dengan madu lebah import dari segi kualiti, harga, promosi, pembungkusan dan kepercayaan pengguna masih perlu ditambah baik. Lebah madu import terutama daripada Australia masih mempunyai kepercayaan pengguna berbanding dengan madu lebah daripada China dan Vietnam (Laporan Kajian Madu Lebah Jabatan Pertanian Malaysia 2012). Kehadiran madu lebah tiruan dikatakan mencecah lebih dari 60% dipasaran tanpa diketahui oleh pengguna. Walau telah ada beberapa kes tangkapan dilakukan tetapi pengedaran dan penjualan madu lebah tiruan masih berlaku.


Penulis yang terlibat lama dalam industri lebah ini mendapati terdapat 45 peratus usahawan sedia ada lebah menternak Lebah Keran (Apis cerana) yang selalu dilakukan secara kecil-kecilan dikawasan dusun dan tanaman kelapa (Sila lihat foto sebelah diambil penulis di Jasin, Melaka). Lebah Keran adalah natif atau berasal dari negara kita yang bersaiz kecil dan liar dikawasan dusun, kelapa dan tanaman campuran. Dahulu ia diperangkap dengan memasang gelodog (Sila baca arikel saya sebelum ini - Sila klik disini).  Lebah liar ini akan dimasukkan kedalam haif papan yang dibuat dengan ada kotak super diatasnya. Bagaimana pun hasil daripada lebah keran adalah sangat rendah dan ia dikategorikan sebagai 'lebah garang' kerana suka menyengat terutama jika ada banyak madu. Penternakan Kelulut (Trigona spp) meliputi 26% daripada jumlah keseluruhan usahawan perlebahan di Malaysia yang direkodkan pada 2014. Bagaimana pun jumlah ini meningkat berganda pada tahun 2015 akibat kempen dan minat ramai usahawan baru. Ini disebabkan kelulut adalah serangga tidak menyengat (Stingless bee) yang menghasilkan madu walau pun sedikit tetapi harganya jauh lebih mahal. Kini Kelulut menjadi tarikan ramai kerana ia mudah diternak berbanding dengan lebah madu. Ketiga adalah penternak Lebah Import 
iaitu seramai 27.2% daripada jumlah penternak di Malaysia. Mereka kebanyakannya tertumpu di kawasan Hutan Akasia, Kawasan Hutan Gelam dan beberapa ladang Nenas di Johor. Lebah Import ini lebih produktif dan menguntungkan jika usahawan tersebut mempunyai kemahiran dalam penternakan komersil ini. 


Laporan juga menyatakan hanya sekitar 11 orang (0.8%) yang terlibat dengan aktiviti memungut madu dari Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang melipakan lebah liar yang hanya bersarang dikawasan hutan diatas dahan pokok tualang yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Pokok Tualang dihutan kawasan utara Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Kedah dan Terengganu lebih banyak populasi lebah ini berbanding dengan hutan kawasan lain. Aktiviti memungut lebah tualang ini adalah sukar dan merbahaya dan lazimnya ia menghasilkan kualiti madu premium dan berharga tinggi. Lebah tualang tidak boleh diternak seperti lebah lain dan kelulut. Malaysia dijangka akan memajukan seramai 500 orang usahawan penternak lebah madu dan kelulut komersial dalam tahun 2020 yang mampu mengeluarkan 3,500 metrik tan madu melalui program khas seperti dinyatakan dalam Bulu Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Program Agropreneur Muda Lebah dan kelulut yang mula diperkenalkan pada 2012 telah pun mampu menghasilkan seramai 15 orang usahawan muda lebah madu dan 20 orang usahawan muda kelulut sehingga 2015. Mereka diberikan latihan dan bantuan kewangan melalui pinjaman dari Agrobank dan TEKUN serta bantuan input 30% daripada kerajaan pusat. Adalah menjadi harapan agar industri Apikultur di Malaysia dimana akan datang mampu menyumbangkan pendapatan kepada negara. Wasallam!.

NAMA APIKULTUR... APA MAKNA...
MENTERNAK LEBAH.. RUPANYA....
CARA KOMERSIL... ADA CARANYA..
BACA ARTIKEL... MINAT RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah Madu,
Taman Pertanian Pahang,
Indera Mahlota, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(29 Syaaban 1436H)


Demikianlah Artikel APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA

Sekianlah artikel APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APIKULTUR -POTENSI DI MALAYSIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/apikultur-potensi-di-malaysia.html