KELULUT - CARA MULA TERNAK

KELULUT - CARA MULA TERNAK - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KELULUT - CARA MULA TERNAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KELULUT - CARA MULA TERNAK, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KELULUT - CARA MULA TERNAK
link : KELULUT - CARA MULA TERNAK

Kamu Bisa Download File KELULUT - CARA MULA TERNAK di bawah ini !

Baca juga


KELULUT - CARA MULA TERNAK

MENTERNAK  KELULUT (Trigona spp) merupakan satu jenis hobi yang boleh membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Kini telah ramai dikalangan masyarakat kita di Malaysia yang mula meminati menternak kelulut setelah mendengar bahawa kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee) dan akan menghasilkan jenis madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri kelokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil  di Malaysia. Ada kursus yang percuma diadakan oleh Jabatan Pertanian dan ada kursus berbayar yang dianjurkan oleh swasta dan pakar kelulut yang lain. Bagaimana pun sebelum memulakan penternakan lebah kelulut penulis fikir adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Perkara ini difikir penting agar mengurangkan kadar risiko kegagalan penternak nanti terutama jika anda adalah dari kumpulan penternak amatur. Penulis ada mendengar bagaimana beberapa pengusaha gulong tikar mengalami kerugian akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah kos bagi membeli koloni kelulut yang mahal (RM400 - RM1,200 satu koloni kelulut siap dengan kotak super). Tetapi setelah ia diletakkan dikawasan ternakan, kelulut tersebut mati atau ada kes dicuri orang atau dirosakkan oleh haiwan. Kes kecurian kotak kelulut juga semakin menjadi serius dimana beberapa laporan polis dibuat oleh pengusaha. Menternak kelulut perlukan komitment tinggi dan minat mendalam dan jangan jadi ikut-ikutan kerana seronok melihat pengusaha lain yang telah berjaya. Maklumat awal mengenai potensi menternak kelulut untuk menjana pendapatan telah pun diwar-warkan oleh pihak media dan berjaya menimbulkan minat ramai bakal usahawan baru. Banyak cabaran dan ilmu yang perlu ditimba untuk mengetahui pengurusan ternakan kelulut daripada awal sehingga mampu menghasilkan produk madu yang berkualiti. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa yang perlu dilakukan oleh bakal usahawan menternak kelulut.

Apa yang paling asas adalah seseorang itu mesti tahu mengenai marfologi, biologi dan perbezaan diantara Lebah Madu dengan Kelulut. Ini kerana kedua-dua spesis ini adalah berbeza iaitu diantara Jenis Apis spp dan Trigona sppPerbezaan jelas antara spesis lebah kelulut dan lebah Apis adalah berkaitan marfologi, warna, tabiat dan juga saiznya. Kumpulan Lebah Madu di Malaysia terdiri daripada Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera), Lebah Hutan/ Lebah Tualang (Apis dorsata). Kelulut mempunyai banyak spesisd dan genus daripada yang sesuai diternak sehingga kelulut liar (Sila anda baca mengenai jenis kelulut - Sila klik disini). Sarang kelulut lazimnya didalam tunggul kayu secara semulajadi tetapi kini telah disesuaikan dengan kotak dan kotak super tetapi sarang lebah madu kebanyakannya kini menggunakan haif kotak komersil. Lebah kelulut membuat sarang berbentuk seperti tempayan dengan satu pintu masuk yang dibuat daripada propolis (Sila lihat foto disebelah). Lebah Apis membuat sarang dengan bentuk heksagon dan dalam cara moden diletakan kos dalam susunan bingkai yang disusun antara 8 -10 bingkai dalam haif. Kedua-duanya akan menyimpan madu dalam haif super yang disediakan. Kebanyakan kelulut adalah berwarna hitam tetapi lebah madu kelabu kekuningan mengikut jenis dan spesis. Bagaimana pun seseorang bakal penternak mesti perlu untuk menghadiri kursus atau setidak-tidaknya buat lawatan belajar kelokasi ternakan kelulut.


Perkara asas adalah pemilihan lokasi untuk menternak kelulut dimana ia amat penting di kaji tentang banyak faktor terutamanya kesesuaian, keselamatan dan juga mempunyai sumber makanan mencukupi. Asasnya adalah tempat yang sesuai untuk diternak kelulut perlulah tempat yang kaya dengan pokok bunga, redup, ada sumber air dan tiada musuh semulajadi. Pokok bunga tersebut perlulah pula kaya dengan nektar dan pollen serta ada jenis tumbuhan yang menghasilkan resin. Bunga-bungaan yang lebah kelulut suka hinggap lazimnya mempunyai nektar dan debunga serta sumber resin untuk dijadikan propolis. Jika kekurangan sumber makanan, penternak perlu tanam tumbuhan yang sesuai seperti Honolulu Creepers, Tunera, Rumput Israel, Pokok Pinang, Pokok Ceri Hutan, Kelapa, Ciku, Rambutan, Duku, Belimbing, Dokong dan sebagainya. Masa ini banyak spesis yang sesuai untuk diternak yang terdiri daripada kelulut tempatan. Terdapat lebih daripada 80 spesis kelulut di Malaysia dan kurang dari 10 spesis yang sesuai diternak dan dikomersilkan. Bukan semua spesis kelulut yang kita jumpa boleh diternak untuk madu. Ada juga kelulut yang diternak hanya untuk menjadi agen pendebungaan terutama buah-buahan seperti belimbing. Apabila ada agen pendebungaan lazimnya pokok dusun seperti durian, rambutan, kelapa, langsat dan lain-lain mampu menghasilkan buah sehingga 3 kali ganda hasilnya. Bayangkan jika sebelum ini hanya ada sepuluh biji buah sepokok tetapi dengan bantuan kelulut hasil akan meningkat sehingga tiga puluh buah. 


Penternak yang berkursus pastinya akan kenal dan tahu apakah spesis kelulut yang hendak di ternak. Setiap nama kelulut ini ada nama saintifiknya dan juga kelebihan serta kelemahannya. Secara umumnya saya dapati dua jenis kelulut sahaja yang mendapat permintaan tinggi dan kelulut tersebut adalah natif tempatan. Kelulut memang serangga yang tidak bersengat yang menghasilkan madu (Stingless bee). Penulis dapati dua spesis yang popular adalah terdiri dari spesis Heterotrigona itama (disebut itama) dan spesis Geniotrigona thoracica (disebut torasika). Permintaan kedua-dua spesis ini amat tinggi dimana pada masa artikel ditulis berlaku kekurangan bekalan kelulut spesis ini. Spesis ini amat diminati penternak kerana pengurusan menternak yang mudah dan penghasilan madu dan roti lebah yang banyak. Bagaimana pun ada yang suka menternak T. laeviceps, T apicalis dan juba T. terminata. Ramai juga yang mencari spesis thoracica kerana ia lebih besar, cepat menghasilkan madu dan mampu terbang lebih jauh sekitar lebih dari 1 km radius dan terbang lebih tinggi. Spesis itama pula saiznya kecil sedikit dan bergerak perlahan tetapi sesuai untuk jangkamasa panjang kedua-dua spesis ini memberikan hasil pulangan madu kelulut dan produk lain yang sama sahaja. Bagaimana pun kos kelulut membeli koloni spesis  thoracica memang lebih mahal.


Produk lebah kelulut terdiri daripada tiga produk utama iaitu madu, roti lebah dan propolis. Setiap produk tersebut ada cara pemprosesan yang betul. Perkara ini amat penting kerana jika salah proses maka madu tersebut boleh menjadi racun kepada pengguna. Ramai yang menuai madu kelulut tanpa gunakan alat yang betul. Elakkan daripada memberikan madu lain dalam 'cup plastik' untuk ditutup oleh kelulut yang dijual sebagai madu kelulut asli (Anda boleh baca artikel tersebut - Sila klik disini). Sebaiknya dipastikan bahawa kadar kebersihan memproses produk madu mestikan memuaskan dan elok. Jika makanan produk kelulut dijual kepada pengguna kena pastikan cara menuai madu kita betul mengikut MyGAP. Kebersihan adalah yang utama untuk menghasilkan madu berkualiti dan tidak berlaku fermentasi ketika proses penyimpanan dan jualan. Pemasaran produk kelulut dan produk hiliran masih ditahap tidak stabil dan tidak ada kawalan atau panduan harga. Jangan melihat produk kelulut sekadar madu, roti lebah dan propolis sahaja. Tingkatkan diri untuk mempelajari juga produk hiliran lebah kelulut seperti membuat sabun, syampu dan kapsul. Pastikan strategi pemasaran lebih awal agar produk kelulut akan dapat dijual secara berterusan dan dijamin. Wasallam!.


TERNAK KELULUT...LOKASI ADA...
BELI KOLONI... MESTI DIPERIKSA...
ADA ILMU... HADIR KURSUS JUGA...
BACA ARTIKEL...MINAT MEMBARA...

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Petak Pemerhatian Kelulut,
Pusat Pertanian Lundang,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(19 Rejab  1436H) 


Demikianlah Artikel KELULUT - CARA MULA TERNAK

Sekianlah artikel KELULUT - CARA MULA TERNAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KELULUT - CARA MULA TERNAK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kelulut-cara-mula-ternak.html