Judul : KELULUT - JENIS SARANG KELULUT
link : KELULUT - JENIS SARANG KELULUT
KELULUT - JENIS SARANG KELULUT
KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan satu jenis serangga yang menjadi viral kepada ramai peminat dunia perlebahan di Malaysia masa kini. Dinegara jiran Indonesia serangga ini dipanggil 'Klanceng'. Serangga unik ini tidak menyengat ini atau dipanggil sebagai 'stingless bee' mampu menghasilkan madu kelulut, propolis, debunga yang boleh menjana pendapatan yang baik kepada pengusaha yang mampu menguruskannya dengan baik. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia yang saya rujuk menyatakan terdapat seramai lebih daripada 450 pengusaha atau penternak kelulut yang didaftarkan (dengan pemilikan bilangan koloni melebihi 10 koloni). Walau pun terdapat lebih daripada 30 spesis kelulut di Malaysia, hanya beberapa spesis yang polular diternak seperti Trigona itama, Trigona thorasica, Trigona apicalis, Trigona scaptotigona dan Trigona laeviceps. Beberapa spesis ini didapati sesuai diternak dan amat aktif semasa musim panas dimana banyak sumber makanan dihasilkan. Penggurusan koloni kelulut pada musim hujan bagaimana pun penting difahami dan dilakukan oleh penternak. Diperingkat awal sistem penternakan kelulut dulu dengan sarang secara tradisional sahaja dimana batang kayu yang ada koloni kelulut ini akan dibelah untuk mereka mendapatkan madu atau koloni kelulut tersebut. Kini terdapat berbagai-bagai jenis sarang penternakan kelulut di Malaysia hasil inovasi dan kreativiti banyak pihak terutama penternak kelulut sendiri. Apa juga sarang kelulut digunakan, kos dan kekuatan koloni serta jenis kelulut yang akan menentukan kejayaan aktiviti menternak kelulut ini. Berdasarkan daripada beberapa lawatan dan temubual dengan ramai penternak kelulut saya cubaa kongsi maklumat dengan anda mengenai beberapa jenis sarang koloni kelulut yang ada digunakan. Artikel subuh ini saya dapat luang masa untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa sarang, rumah atau haif kelulut digunakan di kalangan penternak kelulut di Malaysia untuk bacaan dan rujukkan.
(1) BATANG KAYU KECIL
Sarang Batang Kayu Kecil merupakan jenis sarang yang paling popular dan amat sesuai untuk penternakan kelulut. Ini kerana secara semulajadi kelulut suka mendiami batang kayu berlubang ditengahnya untuk bersarang, bertelur dan menyimpan makanannya (Sila lihat foto disebelah). Kayu pokok atau tunggul kering sering menjadi pilihan kelulut dalam keadaan liar dan semulajadi. Pemburu kelulut liar akan mencari tunggul kayu ini dan dibawa balik untuk dijadikan sarang semua dengan modifikasi dipasang kotak super atau dibelah untuk diambil koloninya. Batang Kayu Kecil berlubang ini lazimnya berukuran kurang dari 0.5 meter dengan ukurlilit batang antara 25 - 30 cm daripada beberapa jenis kayu hutan atau kayu pokok buah-buahan. Sarang jenis ini mudah dialihkan dan diangkat kelokasi-lokais lain yang mempunyai sumber makanan yang banyak. Ia juga mudah diuruskan kerana rendah dan saiz batang kayu juga kecil. Kelemahan sistem ini adalah ia rendah dan mudah rosak berbanding dengan jenis lain.
(2) TUNGGUL KAYU PANJANG
Tunggul Kayu Panjang (Lazimnya panjang lebih 1 meter) juga digunakan sebagai sarang kelulut yang amat baik dan cantik sesuai dengan tujuan landskap (Sila lihat fotoo disebelah). Kayu ini mempunyai lubang dibahagian tengah yang panjang daripada bawah sampai katas dimana akan diletakkan kotak super diatasnya. Kayu ini agak sukar diperolehi tetapi boleh menempatkan jumlah koloni yang besar. Ia amat cantik kalau diletakkan ditepi rumah dengan hiasan pokok bunga-bungaan yang lain. Lazimnya koloni yang aktif akan membuat lubang masuk dibahagian tengah atau bawah kayu ini. Walau pun ia berat dan sukar untuk dialihkan, jenis kayu tunggul panjang selalunya lebih tahan lama diambil daripada jenis kayu keras yang sesuai.
(3) HAIF 'MUSTAFA'
Rekabentuk haif MUSTAFA ini telah diistiharkan pemenang ketiga pertandingan inovasi pertanian Jabatan Pertanian pada tahun 2014. Kotak ini berukuran kecil dan sesuai digunakan untuk spesis T. itama tetapi kurang sesuai untuk T. thoracica terutama di musim puncak. Jenis ini dicipta oleh anak tempatan dan dijual dengan harga RM70.00 - RM100 bergantung kepada sama ada ia lengkap dengan kotak super atau tidak. Kotak ini mudah diuruskan kerana ia mudah dibuka dan mudah juga untuk dipindahkan kelokasi lain kerana kecil dan ringan. Kotak ini didakwa membolehkan kelulut akan 'pecah koloni' dimusim makanan banyak kerana ruang didalamnya adalah kecil dan sempit. Mereka yang baru mula menternak kelulut boleh gunakan sarang jenis ini.
(4) HAIF LEBAH (MODIFIED BEE HIVE)
Kotak Lebah ubahsuai ini mempunyai banyak bentuk, saiz dan cara untuk pengubahsuaian dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Pada asasnya ia merupakan Haif untuk ternakan lebah Apis mellifera atau Apis cerana dan didiami oleh kelulut yang suka mendudukkinya. Walau pun lazimnya ia bukan pilihan kelulut untuk mendiami haif seperti ini berbanding dengan kayu, kelulut yang selesa dengan haif ini mudah diselenggara. Kotak ini akan di letakkan super diatasnya atau pun ia akan menyimpan madu dan propolis didalamnya. Kotak jenis ini mudah dialihkan dan dibuka untuk menyedut madunya.
(5) BATANG BULOH
Batang Buloh merupakan satu kaedah menternak kelulut yang sangat mudah dan praktikal. Teknologi ini amat popular dilakukan di Indonesia secara tradidional. Batang buloh kering dipotong sepanjang 1 meter dengan ukurlilit batang melebihi 30 cm dan dibelah dua (Sila lihat foto disebelah). Pastikan buloh ini mempunyai dinding pemisah dikedua-dua hujung dan dibuatkan lubang untuk kelulut keluar dan masuk. Batang buloh ini diletakkan secara mendatar dilokasi menternak kelulut yang banyak sumber makanan. Batang buloh ini akan didiami oleh kelulut dan cara menuai dengan membuka bahagian atas batang buloh. Kedudukkan madu lebah didalamnya akan dikorek menggunakan sudu atau pisau dan madu serta produk lain dikulpulkan. Batang buluh mampu menghasilkan madu tetapi tidak sebanyak sistem lain yang lebij komersil dengan kotak super.
(6) PASU
Pasu Bunga juga boleh digunakan sebagai sarang untuk menternak kelulut. Dua buah pasu bunga yang dipilih dimana ia mempunyai rekabentuk bulat dengan lubangnya ditutup dengan propolis boleh digunakan untuk dijadikan rumah kelulut. Sebaiknya didalam pasu tersebut diletakkan kayu berlubang yang sesuai untuk kelulut tinggal. Walau pun mungkin pasu kurang disukai oleh kelulut diperingkat awal berbanding dengan tunggul kayu berlubang, apabila masa swarming ia akan masuk dan tinggal juga. Walau pun tidak ramai penternak menggunakan pasu bunga sebagai sarang tetapi mereka gunakan sebagai alas.
(7) KOTAK PANJANG
Kotak panjang ini sesuai untuk digunakan kerana inovasi ini telah dibuktikan berjaya di Kg Sg Terap, Kuala Selangor. Kotak yang berukuran 20 cm tinggi x 20 cm lebar dan panjang 40 cm ini (tanpa kotak super) sesuai digunakan (Sila anda lihat foto disebelah). Didalam kotak dibuat dinding dengan cermin atau bahan lain untuk memisahkan antara bahagian bertelur (brood area) dengan bahagian menyimpan makanan dan madu kelulut. Penutup kotak yang dinuka membolehkan kita melihat dua kompartment ini untuk membuat pemeriksaan dan menuai madu. Kotak ini mudah dibuat, kos yang murah dan mudah diselenggara serta senagn dipindahkan.
(8) KOTAK SUPER
Kotak Super merupakan satu teknologi yang membolehkan penternakan kelulut maju untuk dikomersilkan. Dahulu kita tidak tahu yang kelulut adalah sama dengan lebah madu yang akan menyimpan madu dibahagian paling atas dalam sarang agar lebih selamat dan mudah diselenggara. Kotak Super Kelulut mempunyai beberapa saiz dan ukuran. Untuk jenis Kelulut T. thorasica disyorkan menggunakan kotak super dengan ketinggian sekitar 6 inci sementara untuk jenis lain seperti T. itama memadai dengan ketinggian kotak super 3 inci sahaja. Ini kerana kelulut T. thorasica mampu mengumpulkan madu dengan cepat dimusim bunga. Jika aif rendah ia akan melmbuat kawasan simpanan madu dilokasi lain.
Diatas dikisahkan beberapa jenis sarang kelulut yang dapat penulis ketengahkan pada kali ini. Sebenarnya banyak lagi teknologi menternak kelulut yang tidak sempat penulis terangkan hasil pemerhatian. Penternakkan kelulut di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dengan khimat kepakaran sedia di Jabatan Pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk anda. Wasallam!
TERNAK KELULUT... CARI CARANYA...
TUNGGUL KAYU.. CARA TERKEMUKA....
GUNA HAIF... BOLEH KITA MENJAGA..
KUTIP MADUNYA... JUAL BERHARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, Hotel Ridel Beautique,
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu,
Kelantan,
Malaysia.
(19 Rejab 1436H)

Demikianlah Artikel KELULUT - JENIS SARANG KELULUT
Sekianlah artikel KELULUT - JENIS SARANG KELULUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELULUT - JENIS SARANG KELULUT dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kelulut-jenis-sarang-kelulut.html