Judul : LEMPENG KABOL
link : LEMPENG KABOL
LEMPENG KABOL
LEMPENG KABOL adalah sejenis makanan berasaskan tepung yang popular di Johor terutamanya di daerah Muar untuk dihidangkan semasa sarapan pagi. Makanan ini amat mudah disediakan diwaktu pagi tetapi memerlukan sedikit masa untuk membuatnya dan perlu ada kemahiran, ada bahan mencukupi dan ilmu pengetahuan atau pengalaman membuatnya. Penulis memang amat suka akan Lempeng Kabol ini yang boleh dimakan terus begitu sahaja atau dimakan bersama kuah kari. Kari yang sesuai pula pelbagai daripada kari daging lembu, kari daging kambing, kari ayam, kari ikan dan paling mudah adalah menyediakan kari ikan sardin. Lempeng Kabol pernah dijadikan hidangan kepada penanggah atau perewang didalam majlis perkahwinan di sekitar Muar dan Batu Pahat untuk hidangan sarapan pagi. Selain daripada memang disukai oleh masyarakat tempatan, lempeng kabul amat mengenyangkan perut dan tahan lama tidak perlu makan lagi. Lempeng kabol yang disimpan dalam keadaan biasa pun boleh tahan beberapa hari walau pun rasanya ada sedikit berubah dan teksturnya juga sedikit lembik serta tidak rangup lagi. Ia sesuai dihidang kepada semua ahli keluarga kerana dengan makan 1-3 keping sahaja sudah mencukupi dan akan rasa cukup kenyang. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan kegemaran penulis mengenai lempeng kabol mana tahu akan ramai yang suka akan makanan ini dan mencuba resepi istimewa ini.
Terdapat dua peringkat menyediakan Lempeng Kabol ini iaitu menyediakan 'Lempeng' dan 'Kari' sebagai kuahnya. Bagi menyediakan lempeng perlu disediakan bawang merah yang diracik halus dan digoreng dalam minyak panas. Bawang goreng ini dengan sedikit minyak masaknya akan dituang kedalam tepung sebelum dimasukkan air suam untuk diuli. Adunan doh tepung perlu diuli sehingga sebati dan dibiarkan sekitar 10 minit. Buat doh dengan saiz sekitar antara bola ping pong dengan bola tenis. Saiz ini untuk mempastikan ia tidak terlalu kecil atau terlalu lebar apabila dileperkan menjadi lempeng. Doh tersebut akan dileperkan dengan menggunakan peleper plastik sebagai alas dan kayu peleper sehingga ia berbentuk bulat dengan ketebalan sekitar 2- 3 mm sahaja. Susunkan doh yang telah leper ini pada bekas khas ebelum digoreng dalam minyak panas. Pastikan susunan ini tidak akan melekat diantara satu sama lain. Semasa meleperkan doh selalunya ditaburkan tepong putih agar proses meleperkan mudah dan ia tidak melekat.
Menggoreng lempeng kabol memang mudah dan ada seni tersendiri. Gunakan kuali yang sesuai dan iaikan minyak masak dengan kuantiti agak banyak. Pastikan kawal api agar tahap kepanasan adalah sederhana sebelum memasukkan doh leper tersebut. Apabila minyak cukup panas maka doh dimasukan dalam minyak dan ia perlu digoyang dalam minyak menggunakan sudip. Apa yang anda akan lihat adalah lempeng tersebut akan mengelembong tinggi atau mengeluarkan gelembongan udara kecil pada permukaan lempeng kabul. Terbalikan lempeng tersebut sehingga kedua-dua belah mencapai warna coklat kekuningan yang sesuai. Jika masih belum masak ia berwarna keputihan dan jika terlebih masak ia berwarna coklat gelap. Angkat dan toskan dulu dalam kuali agar minyak yang ada dalam lempeng tos. Susunkan lempeng kabol dalam bekas secara menyendeng agar minyak didalamnya boleh mengalir keluar dalam bekas yang dilapok dengan kertas serap minyak. Lempeng Kabol boleh terus dimakan begitu sahaja dan sesuai juga dimakan bersama kuah kari. Enak dimakan semasa suam panas bersama isi keluarga.
Bagi menyediakan kari untuk lempeng kabol paling mudah adalah Kari Daging Ayam, Kari Ikan atau Kari Sardin. Ini kerana ia sama seperti menyedikan kari untuk makan nasi putih. Sediakan ramuan seperti bawang merah, bawang putih, serbuk kari dan sebagainya ditumbuk halus. Masukkan ramuan tersebut kedalam kuali atau periuk dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga terbit bau. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air seperti pes kari dan kacau sehingga kari masak dengan terbit bau. Masukkan sedikit air bersama santan cair kedalam kuali atau periok dan kacau sehingga panas. Apabila panas masukkan daging, ayam atau ikan kedalamnya. Bagaimana pun untuk menyediakan kari sardin boleh dimasukkan awal sebelum memasukkan santan cair. Biarkan direneh dan dikacau dan akhirnya tambah garam atau gula sebagai penamah rasa selepas dimasukkan santan kelapa pekat. Sentiasa kacau dan angkat kari apabila siap untuk dihidangkan.
Makan lempeng kabol ini boleh makan terus begitu sahaja atau dipotong kecil-kecil dengan tangan. Susun dalam pinggan potongan lempeng kabol dan curah kari (banjir style) kedalamnya. Ada juga yang suka cecah lempeng kabol kedalam kuah kari dalam mangkuk kari. Rasa sebenar keenakan lempeng kabol dan kari adalah semasa kita lapar untuk sarapan pagi. Lazimnya lempeng kabol yang baru digoreng dan masuh suam panas adalah rangup. Ia mempunyai rasa lemak, sedikit berminyak dan enak dimakan begitu sahaja. Bagaimana pun apabila kena dengan kari maka akan ujud rasa pedas, manis, masin, masam (dari asam jawa) dan juga mengenyangkan. Walau pun ada dikalangan masyarakat Jawa di Muar kenal akan hidangan ini tetapi mungkin cara menyediakannya agak berbeza. Penulis fikir ia boleh dijadikan makanan kegemaran ramai jika dikomersilkan kerana ia tidak sama dengan hidangan roti canai atau pun lempeng biasa. Selepas makan lempeng kabul ini memang kenyang dan boleh bertahan sehingga kepetang hari. Selamat menjamu selera dengan lempeng kabol semuga doa anda termakbul. Wasallam!.
LEMPENG KABOL... BUAT SENDIRI...
MAKAN TERUS...ATAU DENGAN KARI...
PALING SESUAI.....SARAPAN PAGI...
KADANG2 ADA... MASA KENDURI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1436H)

Demikianlah Artikel LEMPENG KABOL
Sekianlah artikel LEMPENG KABOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LEMPENG KABOL dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/lempeng-kabol.html