KOKO - PENYAKIT VSD

KOKO - PENYAKIT VSD - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOKO - PENYAKIT VSD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KOKO - PENYAKIT VSD, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOKO - PENYAKIT VSD
link : KOKO - PENYAKIT VSD

Kamu Bisa Download File KOKO - PENYAKIT VSD di bawah ini !

Baca juga


KOKO - PENYAKIT VSD

KOKO (Theobroma cacao) merupakan sejenis tanaman industri yang menghasilkan buah dan bijii koko yang mana ia kemudian dijadikan produk berasaskan coklat. Pengeluaran biji koko dunia adalah sekitar 3.5 juta metrik tan setahun dengan Ivory Coast merupakan pengeluar utama biji koko sebanyak 1.238 juta mt setahun atau 34.5% dari jumlah dalam pengeluaran dunia. Negara kedua pengeluar biji koko adalah Ghana diikuti dengan Indonesia, Cameroon, Nigeria, Brazil, Ecuador dan Malaysia menyumbang sebanyak 32,000 mt setahun atau 0.9% dari pengeluaran biji koko dunia (Sila lihat jadual dibawah). Tanaman koko di Malaysia adalah tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Pada tahun 2009, komoditi ini menyumbang RM3.23 billion kepada pendapatan negara. Statistik jumlah keluasan tanaman koko di Malaysia adalah 20,561 hektar di mana pekebun kecil mewakili 87% daripada keseluruhan kawasan penanaman. Sarawak mempunyai kawasan penanaman koko paling luas iaitu 5,551 ha (40.4%) diikuti dengan Sabah seluas 5,050 (36.8%) dan Semenanjung Malaysia seluas 3,127 hektar (22.8%). Pengeluaran biji koko kering pada tahun yang sama adalah 18,152 tan dengan purata pengeluaran nasional 1.3 tan sehektar. Jumlah pengeluaran ini hanya mampu menampung 6.5% keperluan industri pengisaran semasa iaitu 279,000 tan pada 2009. Sektor pengisaran koko terus berkembang pesat dengan kapasiti pengisaran semasa adalah 360,000 tan biji koko kering setahun. Malaysia kini menduduki tangga kelima di antara negara pengisar koko utama dunia dan terbesar di kalangan negara Asia-Oceania. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai penyakit Mati Rosot Jejalur Vaskular untuk dijadikan bahan rujukan.


Patogen yang menyebabkan penyakit ini disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Oncobasidium theobromae Talbot & Keane. Kulat ini boleh hidup dalam lingkungan perumahnya sahaja. Di ladang koko lazimnya kulat VSD ini dapat dilihat melalui pembentukan sporofor pada parut-parut daun (petiol) di dahan yang berpenyakit. Ia berwarna putih seperti kapas yang terbentuk bila keadaan persekitaran lembap dan basah terutamanya selepas waktu hujan. Penulis membuat rujukan dan mendapati cara penyebaran dan jangkitan disebabkan oleh penyebaran basidiospora yang dibebaskan dari sporofor dan dibantu oleh angin dalam keadaan kelembapan yang tinggi. Pembebasan spora hanya berlaku di waktu malam kerana ianya sensitif terhadap cahaya matahari. Jika suhu sekitaran melebihi 26°C dan kelembapan di bawah 95%, pembentukan spora tidak akan terjadi dan ini secara tidak langsung akan menghalang pembentukan penyakit. Kejadian penyakit dan pembebasan spora akan meningkat dengan bertambahnya bilangan hujan harian di sesuatu kawasan. Jangkitan penyakit ini biasanya berlaku bila hujan bulanan yang diterima melebihi 200 mm dengan penerimaan sinaran matahari kurang dari 5.4 jam sehari. Jangkitan berlaku apabila spora yang dibawa angin jatuh ke atas permukaan pucuk (apex) atau daun muda. Dengan kehadiran air, spora-spora ini akan bercambah dan menembusi lapisan kutikel daun dan memasuki salur xilem ranting, dahan, batang dan akar. Tanda penyakit ini dapat dilihat selepas satu hingga tiga bulan dari mula jangkitan terjadi dan bergantung kepada ketahanan pokok serta keadaan persekitaran.


Penyakit VSD mempunyai simptom (tanda) dan kerosakan yang boleh dikenalpasti jika ada pengetahuan. Antara tanda awal yang dapat dilihat ialah berlakunya klorosis atau pun perubahan warna pada pucuk atau daun muda kepada warna kuning dengan bintik-bintik tisu yang masih hijau yang masih boleh dilihat pada pucuk kedua dan ketiga terakhir. Perubahan ini bermula samada dari bahagian pangkal atau hujung daun. Daun tersebut akhirnya akan gugur dan daun yang bersebelahan pula akan mengalami perubahan yang sama, menjadi kuning dan akhirnya gugur. Namun begitu, pada pokok dewasa, simptom ini boleh berlaku pada daun yang berada sehingga 1 meter dari bahagian pucuk. Bagaimana pun bagi anak benih koko, serangan boleh menyebabkan daun-daun gugur secara perlahan-lahan menyebabkan ia mati. Pada pokok dewasa, hifa kulat ini boleh menjangkiti dahan-dahan pokok kokko yang lain menyebabkan peluruhan daun yang banyak. Ianya merencatkan pertumbuhan dan pokok menjadi lemah kerana keupayaan pokok untuk menjalankan proses fotosentessis semakin berkurangan. Tanda luaran lain yang dapat dilihat ialah pembesaran lentisel pada batang anak benih dan pembentukan pucuk-pucuk muda pada dahan yang diserang. Namun begitu pucuk-pucuk itu mati sebelum ia sempat terbentuk dengan sempurna. Tanda nekrosis (kematian tisu) antara urat daun boleh terjadi pada pucuk anakbenih yang diserang. Namun begitu, ia sukar dibezakan kerana keadaannya seolah-olah kekurangan unsur Kalsium. Simptom dalaman (internal) juga boleh dilihat. Antaranya simptom lain VSD koko adalah dimana jika daun yang berpenyakit ditanggalkan atau dipotong pada bahagian petiol, maka 3 bintik perang akan jelas kelihatan pada tisu vaskularnya. Sementara itu jika dahan berpenyakit dibelah secara memanjang, jalur perang akan kelihatan dengan cepatnya pada bahagian xilem. Jika kulit dahan berpenyakit ditanggalkan dan didedahkan kepada udara, ianya akan menjadi perang dengan cepat. Kaedah mengenalpasti simptom-simptom ini amat berguna untuk mengesan jangkitan yang sedia ada pada kayu ranting matatunas yang hendak digunakan semasa kerja mencantum. Ini dapat mengelakkan petani dari mencantum bahan tanaman yang telah dijangkiti penyakit ini.


Cara-Cara Kawalan penyakit VSD ini dengan penggunaan bahan tanaman yang resistan (tahan) adalah kaedah kawalan utama dan paling berkesan bagi mengawal penyakit ini. Ketahanan kepada VSD adalah ciri utama dalam pemilihan bahan tanaman koko. Terdapat beberapa klon dan hibrid yang resistan kepada penyakit ini dan disyorkan untuk penanaman. Antaranya ialah klon KKM25, PBC123, PBC159, ICS95, QH37, QH441, QH1003, dan QH1560. Selain itu kaedah kawalan menggunakan racun kimia hanya sesuai pada anak benih di tapak semaian. Anak benih di tapak semaian ini boleh dilindungi dari serangan VSD dengan menutup permukaan atas tapak semaian menggunakan atap polythene. Ini kerana anakbenih dapat dilindungi dari hujan dan titisan embun yang merupakan faktor yang menggalakkan percambahan spora kulat VSD. Dalam penulis membuat rujukan dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM), mereka mengesyorkan kaedah kawalan dengan dahan-dahan yang berpenyakit perlu dicantas sekurang-kurang 2-3 bulan sekali. Cantasan hendaklah dibuat 30 cm dari tanda jalur perang pada bahagian vaskular. Tanamlah klon-klon koko yang tahan terhadap penyakit VSD
Fungisid sistemik boleh juga digunakan pada anak benih koko. Fungisid protectant tidak sesuai digunakan. Bagaimana  pun teknik membaja secukupnya dapat menghalang jangkitan penyakit VSD. Wasallam!...

PENYAKIT KOKO... ADA BERAPA...
MATIROSOT VSD... IA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...
POKOK SELAMAT... HASIL BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Plot Tanaman Koko,
Pusat Pertanian Janglau,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(28 Safar 1436H)


Demikianlah Artikel KOKO - PENYAKIT VSD

Sekianlah artikel KOKO - PENYAKIT VSD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOKO - PENYAKIT VSD dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/koko-penyakit-vsd.html