BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI

BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI
link : BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI

Kamu Bisa Download File BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI di bawah ini !

Baca juga


BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI


BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih KelapaTerpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses Emaskulasi bunga jantan pokok induk betina untuk membuat benih hibrid kelapa Matag bagi pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Proses EMASKULASI (Emasculation) adalah satu kerja yang penting dilakukan iaitu dengan membuang bunga jantan pokok induk betina MYD/MRD pada setiap mayang. Ini dibuat bagi kita mempastikan tidak ada pencemaran berlaku dalam proses pendebungaan bagi menghasilkan benih kelapa hibrid Matag. Beberapa peralatan yang perlu disediakan untuk proses ini adalah Tangga Aluminium, Alas Plastik Hitam, Pisau Cantuman dan Gunting Pemangkas (Scateurs). Kerja ini perlukan kemahiran (skill) dan kesabaran serta keberanian untuk memanjat pokok yang tinggi (dengan tangga aluminium). Langkah pertama adalah memilih pokok induk yang telah ditanda sebagai induk untuk dijalankan pendebungaan bagi menghasilkan kelapa hibrid Matag. Penulis telah beberapa kali membuat kerja amali emaskulasi di Jorak dan Lekir untuk memehirkan skill yang ada. Panjat pokok kelapa induk dengan tangga dan pilih seludang yang telah matang (Tandanya adalah ia telah membengkak dan merekah - ada bonnjolan). Toreh dengan pisau cantuman dan buang seludang. Kemudian potong bahagian tangkai yang mengandungi bunga jantan (spikelet) dengan berhati-hati agar tiada debunga jatuh pada pelepah atau tanah. Pemotongan adalah 5 - 10 cm daripada bunga betina. Bersihkan dan kumpulkan baki bunga jantan yang berada ditangkai, dicelah-celah pelepah dna diatas tanah kerana ditakuta ada serangga (semut) akan membawanya kelak. 


Seterusnya adalah proses memasukkan semua bunga jantan yang telah dipotong kedalam plastik dan bawa keluar dari kebun benih. Rekodkan tarikh emaskulasi, jumlah bunga betina, nombor mayang bagi tahun semasa dengan mnoreh pada pelepah kelapa. Proses emaskulasi ini dilakukan dengan cermat oleh pekerja yang ada kemahiran. Kegagalan membuat emaskulasi yang betul membolehkan berlaku gangguan debunga asal pokok induk betina MRD/MYD diterima oleh bunga betina. Ini menyebabkan ia akan menghasilkan kelapa renek sama seperti pokok induknya. Peranan cuaca penting semasa menjalankan emaskulasi dimana jika hujan elakkan dari membuat aktiviti ini. Kebun benih induk betina seperti artikel sebelum ini sebaiknya terasing )isolated) dengan mempunyai jarak lebih dari 1 km daripada keujudan pokok kelapa lain agar tidak berlaku pendebungaan silang dari pokok kelapa lain setelah proses emaskulasi. Proses membuat benih kelapa hibrid Matag merupakan satu proses yang rumit, mengambil masa lama (1.5 tahun) dan kos yang agak tinggi. Itulah sebabnya harga benih hibrid Matag mahal dijual dengan harga RM30.00 sepokok bagi benih yang tulin. Wasallam!.

EMASKULASI... PROSES UTAMA...
BUNGA JANTAN... BUANG SEMUA...
BERSIH ... DITANAH PUN TIADA...
KETULINAN... PASTI DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Jorak,
Pagoh, Muar,
Johor, Malaysia.
(11 RabiulAwal 1436H)  


Demikianlah Artikel BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI

Sekianlah artikel BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BENIH KELAPA MATAG - PROSES EMASKULASI dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/01/benih-kelapa-matag-proses-emaskulasi.html