Judul : BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU
link : BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU
BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU
BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses pendebungaan berbantu untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.
Pendebungaan Berbantu adalah teknik menyediakan benih hibrid kelapa matag yang kritikal. Aktiviti ini memerlukan kemahiran pekerja yang tinggi kerana ia akan menentukan peratus kejayaan proses pendebungaan dan menjadi kelapa hibrid. Peralatan yang diperlukan untukkerja ini adalah Puffer, Serbuk Talkum, Debunga Jantan Tagnanan, Racun serangga berasaskan air, Berus dan Tangga Aluminium. Sebelum kerja penyemburan dilakukan, kawasan bunga induk betina pada induk MYD/MRD hendaklah disembur dengan racun serangga berasaskan air untuk menghalau serangga. Pendebungaan dilakukan keatas bunga betina yang telah matang sahaja. Waktu yang sesuai untuk melakukan proses pendebungaan adalah pada waktu pagi daintara jam 7.00 - 10.00 pgi kerana bunga betina reseptif pada waktu tersebut. Bunga betina yang matang boleh dikenalpasti dengan melihat pada hujungnya stigma terbuka dan ia mengeluarkan cairan jernih. Aktiviti ini tidak dilakukan jika hujan berlaku.
Pendebungaan pada pokok masih rendah dilakukan dengan menggunakan berus yang lembut. Teknik pendebungaan dilakukan dengan menyapukan debunga jantan tagnanan pada bunga betina MYD/MRD yang telah matang dan pada waktu yang betul. Proses pendebungaan ini perlu dilakukan setiap hari untuk selama 5 - 7 hari berturutan atau sehingga stigma akan menjadi warna kehitamanan. Aktiviti mendebunga ini berlainan untuk pokok induk yang telah tinggi dimana ia dilakukan dengan menggunakan 'puffer'. Campurkan debunga jantan tagnanan dengan serbuk bedak talkum pada kadar 1:10 (1 debunga:10 Talkum) dan ia disemburkan (semprot) pada mayang bunga betina dari bawah (ada galah panjang bertali) atau panjat pokok gunakan tangga. Proses ini diulangi bagi setiap mayang induk betina setiap hari sehingga semua stigma telah menjadi warna hitam. Kebiasaannya proses ini mengambil masa sehingga 28 hari. Setiap aktiviti pendebungaan hebdaklah direkodkan pada pelepah kelapa untuk tujuan kawalan rekod. Antara maklumat yang perlu dicatit adalah No Mayang tahun semasa, catitan tarikh emaskulasi, bulan dan bilangan bunga betina (Slia lihat foto sebelah). catitan ini sangat penting untuk menentukan jumlah jangkaan hasil kelapa, tarikh penuaian dan rekod aktiviti pengeluaran. Bersambung pada aktiviti penuaian dan proses semaian kelapa hibrid matag. Wasallam!.
PENTING...PROSES MENDEBUNGA...
ADA KEMAHIRAN... PERLU DIJAGA...
DISEMBUR DIBERUS... DEBUNGA...
PADA PELAPAH...PERLU DITANDA...
By,
M Anem,
Ladang Kelapa NLFCS,
Sungai Siput, Perak,
Malayssia.
(11 RabiulAwal 1436)

Demikianlah Artikel BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU
Sekianlah artikel BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BENIH KELAPA MATAG - PENDEBUNGAAN BERBANTU dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/01/benih-kelapa-matag-pendebungaan-berbantu.html