Judul : PADI - KOS PENGELUARAN PADI
link : PADI - KOS PENGELUARAN PADI
PADI - KOS PENGELUARAN PADI
TANAMAN PADI (Oryza sativa) di Malaysia merupakan satu aktiviti penting yang membekalkan beras kepada penduduk Malaysia. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2010 adalah seluas 673,745 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Hasil pengeluaran padi adalah sebanyak 2.458 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.165 billion (Laporan Statistik Agromakanan , Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2011). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,782 kg sehektar dengan penghasilan peling tinggi mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padie tersebut diproses kepada beras, hasilnya sebanyak 1.265 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimanasebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Artikel malam sabtu ini sambil menonton perlawanan bola pada TV Astro, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kos pengeluaran tanaman padi daripada buku rujukan iaitu Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Tanaman Makanan Jabatan Pertanian 2012.
Kos Pengeluaran tanaman padi di Malaysia boleh saya dapati boleh dibahagikan kepada dua kaedah penanaman iaitu Kaedah menanam secara tebur terus dan juga Kaedah menanam padi secara mengubah dengan 'transplanter'. Kedua-dua kaedah penanaman padi ini dibuat mengikut kesesuaian kawasan, pengurusan air sawah, varieti padi dan juga beberapa faktor lain. Bagi tujuan ini, saya ambil keluasan sebagai 1 hektar untuk analisa kos pengeluaran dengan jarak tanaman padi 0.75 cm x 0.75 cm atau kepadatan tanaman 2,400 pokok sehektar. Lazimnya padi jenis MR 219 dan MR 220 ditanam dalam masa 110 - 120 hari (3 bulan) dengan penanaman pada Musim Utama atau Luar Musim.
Sistem Penanaman Padi Tabur Terus (Termasuk kos subsidi kerajaan) memerlukan kos penanaman sebanyak RM 5,329.50 untuk keluasan satu hektar. Pecahan bagi kos pengeluaran adalah untuk menebas tunggul padi (RM 66.00), membakar jerami padi (RM 15.00), Membajak pertama (RM115.00), Membajak kedua (RM100.00), Menbajak ketiga (RM100.00). Kos untuk benih padi sah sebanyak 150 kg sehektar adalah sebanyak RM 300.00 dan kos subsidi benih sebanyak RM 154.50. Kos untuk untuk merendam dan menabur terus sebanyak RM 50.00 sehektar. Kaawalan rumpai dan bahan kimia bagi tanaman padi sebanyak RM 370.00 dan kos bagi keraja meracun untuk kawalan serangga perosak dan rumpai sebanyak RM 520.00. Kos racun subsidi DJBM (RM200.00), Kos baja tambahan (RM410.00)m Kos Baja Subsidi Sebatian (RM 432.00), Kos Baja Subsidi Urea (RM128.00), Kos Input Pertanian Insentif Pengeluaran (RM 140.00) dan Kos Baja Subsidi Tambahan NPK DJBM (RM 405.00). Kos pengaporan adalah sebanyak RM 970.00 (kos bahan kapor dan upah kerja dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun), menyediakan lorong kerja (RM25.00), mengawal padi angin (RM 250.00). Kos untuk menuai hasil dengan jentera sebanyak RM 280.00 (Anggaran hasil 7 mt/ha) dan kos pengangkutan hasil padi sebanyak RM 210.00). Sejumlah RM 5,239.50 diperlukan untuk penanaman padi tabur terus termasuk kos subsidi dari kerajaan. Ini menjadikan kos pengeluaran padi kaedah ini menyebabkan kos pengeluaran padi adalah RM 654.94 satu metrik tan atau sekitar RM 0.65 satu kilogram.
Bagi kos penanaman padi menggunakan kaedah transplanter pula, sebanyak RM 5,735.00 diperlukan termasuk kos subsisi kerajaan seperti para diatas. Perbezaannya keran terdapat sebanyak RM 1,000.00 dalam sistem penanaman cara ini untuk aktiviti menyediakan benih tanaman dan menyewa 'transplanter' untuk aktiviti penanaman. Kaedah penanaman cara ini mengakibatkan kos pengeluaran bagi padi adalah sebanyak RM 716.88 setiap satu metrik tan atau lebih mudah dikira sebanyak RM 0.71 setiap satu kilogram. Analisa mudah menunjukkan kaedah menanam padi menggunakan jentera 'transplanter' lebih mahal sedikit tetapi ianya adalah mudah dan moden. Kajian saya mendapati kadar bantuan subsidi harga padi di Malaysia adalah sebanyak RM 248.10 setiap satu metrik tan bersih yang ditentukan pada pintu kilang beras BERNAS atau pihak swasta. Sementara itu kadar subsidi sebanyak RM 650.00 bagi setiap satu metrik tan padi diberikan dibawah Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi yang ditentukan juga pada pintu kilang.
Terdapat beberapa subsidi lain untuk pesawah iaitu dibawah Skim Bantuan dalam bentuk input. Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan memberikan input baja padi kepada pesawah dengan kadar sebanyak 240 kg sehektar bagi baja sebatian. Ini bersamaan dengan 12 beg baja seberat 20 kg/ pesawah/ beg dan juga 100 kg baja urea setiap hektar penanaman padi (5 beg seberat 20 kg satu beg). Bagi Skim Insentif Pengeluaran Padi, kadar bantuam berbentuk input pertanian iaitu baja dan racun diberikan dengan kadar maksimum RM 140.00 sehektar semusim. Sementara itu kadar upah membajak sawah juga diberkan dengan kadar RM 100.00 setiap hektar semusim. Selain itu penanam padi juga layak menerima bantauan dibawah Skim Insentif Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (DJBM) seperti bantuan Kapor, Baja Tambahan NPK dan juga Bantuan Kawalan Makhluk Perosak. Bagi bantuan kapor kadar sebanyak RM 3 metrik tan/ hektar diberikan setiap 3 tahun penanaman dengan kadar maksima RM 250.00 sehektar iaitu pecahan kepada bahan input kapor sebanyak RM 150.00 dan Upah mengapor sebanyak RM 100.00. Baja tambahan NPK diberikan dengan kadar 150 kg sehektar atau sebanyak 6 beg baja seberat 25 kg satu beg dengan nilai RM 405.00. Akhir sekali adalah bantuan kawalan racun makhluk perosak dengan nilai R 200.00 sehektar semusim yang diberikan menggunakan sistem kupon di Pejabat PPK. Tanaman padi memerlukan kos yang tinggi untuk mempastikan negara mampu membekalkan bahan makanan beras untuk keperluan negara dengan kadar Kecukupan negara (SSL) sebanyak 70% setiap tahun. Wasallam!.
KOS TANAM PADI... BANYAK SUBSIDI....
SETIAP MUSIM... MENANAM MESTI...
TANPA BANTUAN... KOSNYA TINGGI...
TANAMAN PADI... MAKANAN RUJI...
By,
M Anem
Senior Agronomist cum Agriculture Economist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(23 RabiulAkhir 1434H)
Kemaskini pada 1 December 2o14
Demikianlah Artikel PADI - KOS PENGELUARAN PADI
Sekianlah artikel PADI - KOS PENGELUARAN PADI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PADI - KOS PENGELUARAN PADI dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/12/padi-kos-pengeluaran-padi.html