Judul : BUAH-BUAHAN DAN IKLIM
link : BUAH-BUAHAN DAN IKLIM
BUAH-BUAHAN DAN IKLIM
IKLIM DAN CUACA (Climate) merupakan perkara sangat penting dalam industri buah-buahan seluruh dunia. Keadaan iklim menentukan jenis buah-buahan yang sesuai ditanam disesuatu kawasan sama ada ianya dari jenis BUAH-BUAHAN TROPIKA (Tropical Fruit), BUAH-BUAHAN SUB-TROPIKA (Sub-trpocal Fruit) dan BUAH-BUAHAN BERIKLIM SEDERHANA (Temperate fruits) . Antara buah-buahan tropika adalah seperti pisang, durian, manggis, ciku, mangga, jambu batu, betik, lichi, rambutan, nenas, nangka, cempedak, duku dan banyak lagi. Sesetengah buah-buahan tropika adalah sangat popular sementara banyak lagi spesis yang dianggap buah kurang penting (Minor fruits). Buah-buahan tropika lazimnya tumbuh dikawasan latitude antara 23 darjah utara dan 23 darjah selatan di muka bumi. Buah tropika menguasai 65% daripada pengeluaran buah-buahan dunia kerana ia boleh ditanam dan bebuah sepanjang tahun terutama daripada kawasan tropika. Laporan daripada FAO menyatakan antara buah-buahan tropika yang polular seperti Pisang, Betik, Mangga, Nenas dan Durian Sementara itu buah-buahan trmperate yang popular adalah seperti Limau, Apel, Anggur dan juga Strawberi. Dikawasan ini perubahan cuaca dan suhu hanya berbeza sedikit sepanjang tahun. Purata suhu terendah kawasan ini hanya sekitar 18 darjah celsius atau tinggi sedikit sepanjang tahun. Terdapat beberapa spesis buah-buahan tropika yang toleran dengan salji sebarang masa dalam setahun walau perkara tersebut bukan menjadi perbincangan utama. Artikel kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' berkaitan iklim dan tanaman buah-buahan untuk bacaan semua pembaca blog ini.
Buah-buahan Sub-tropika pula terdiri daripada buah-buahan yang tumbuh pada sekumpulan jenis buah-buahan saka (perennial) yang menghijau atau bentuk pokok renek yang sesuai ditanam dikawasan subtropika. Buah tropika termasuk buah-buahan seperti Oren (Oranges), Lemon, Tangerines, Anggur dan sebagainya meliputi juga buah-buahan seperti buah zaitun, Fig, Pomem Granatesm Pisang Kaki, Feijoeia, Kurma (Dates), Pecans, Kacang Almonds, Pistachios, Mediars dan banyak ditanam di kawasan Rusia. Lazimnya pokok dikawasan subtripika tahan dalam keadaan susu sejuk atau sejukbeku. Ia memerlukan masa pertumbuhan yang lama dengan memerlukan keadaan stabil lama yang dorman ketika musim sejuk. Sesetengah pokok jenis ini adalah tahan pada keadaan bersalji. Pokok lemon diantara jenis tanaman yang paling tidak tahan pada cuaca sejuk (less winter hardy) dan ia tidak tahan dalam suhu sejuk sekitar 506 Celsius untuk selama 2 jam sahaja berbanding dengan tanaman lain. Tumbuhan lemon akan cedera pada suhu dibawah -7C atai -8 Celsius dimana pokok akan mati. Diantara buah-buahan paling tahan dalam keadaan suhu beku adalah buah Pisang kaki (Pessimon) dan Pokok buah Pomegranate yang teleran sihu sejuk dibawah minus 17 darjah Celsius. Buah temperate ini masih memerlukan suhu yang sesuai untuk pertumbuhan selanjutnya. Jumlah keperluan suhu untuk tumbuah sebenarnya sebanyak 4,000 darjah sehingga 4,500 darjah untuk kadar pertumbuhan dan menghasilkan buah yang dikehendakki.
Setiap jenis buah tropika dan juga buah subtropika memerlukan keadaan cuaca dan iklim yang berbeza untuk tumbesaran dan mampu menghasilkan bunga serta buah. Ia berasaskan kepada klimat setempat (Agro-climatic area effect) sepeti Suhu untuk Jangkamasa Siang (daytime temperature), Kelembapan (humidity), Taburan Hujan (Rainfall) dan juga had suhu rendah (Low temperature limit). Dalam menentukan pemilihan jenis buah-buahan perkara suhu dan iklim sangat penting dikaji terlebih dahulu untuk menentukan apakah jenis buah yang akan ditanam. Sebagai contoh di Malaysia, tanaman mangga Harumanis (MA128) dan Pokok Anggur hanya sesuai untuk ditanam di Utara Semenanjung Malaysia yang mempunyai cuaca panas kering hampir 3 bulan untuk memberi kesan pembungaan kepada buah-buahan tersebut. Buah ini kurang menjadi jika ditanam di negeri Johor yang banyak menerima hujan sepanjang tahun dan boleh dikatakan tidak berlaku kemarau dan suhu tinggi sepanjang tahun. Bagi tanaman jenis limau (Citrus tree) terdapat empat kategori cuaca yang boleh ditelitii sebelum menanam iaitu kawasan Subtropika, Kawasan Tropika, Kawasan Semi Tropika dan kawasan temperate.
Kawasan beriklim tropika adalah kawasan yang terletak ditengah2 globe dunia (Sila rujuk foto paling bawah sekali) yang banyak menerima hujan, kelembapan tinggi dan tiada kemarau berpanjangan epanjang tahun. Suhu tinggi (warm temperature) boleh dirasai sepanjanh tahun. Malaysia adalah sebuah negara tropika yang menerima 12 jam siang dan 12 jam malam sepanjang tahun dengan matahari terpacak diatas kepala. Jika dibuat perbanding dengan kawasan Sub-Tropika ia mempunyai taburan hujan tinggi tetapi kadar kelembapan sederhana. Mereka mempunya musim panas (summers), musim sejuk (winters) serta musim bunga dan musim luruh diantaranya. Kawasan ini amat sesuai untuk tanaman beberapa jenis buah-buahan dengan baik seperti dikawasan Mediterenean. Kawasan Sub-Tropical Regions pula mempunyai perbezaan yang ketara diantara musim dimana ia boleh menjadi panas kering atau apa dikatakan 'warm winters' atau pum berlaku banyak hujan pada musim salji adalah menjadi kebiasaan. kawasan Temperate pula dimana mereka dengan jelas mempunyai empat musim (four seasons) yang jelas sepanjang tahun. Penanaman buah-buahan diesuaikan dengan keadaan cuaca dimana sesetengah tanaman boleh dialihkan didalam struktue khas menahan kesejukan dimasa musim salji. Bagaimana pun kita boleh 'menipu' tumbuh-tumbuhan seperti sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan yang terpengaruh dengan cuaca dalam bangunan khas. Dalam bangunan ini akan diberikan cahaya dan haba untuk membolehkan seperti negara tropika secara 'artificial'. Cara ini membolehkan penanaman beberapa tanaman terpilih dapat dilakukan dalam rumah terkawal. Begitulan beberapa info mengenai buah-buahan dan peranan cuaca sebagai sumbangan daripada penulis kali ini. Wasallam!...
MENGIKUT IKLIM... LOKASI DUNIA...
POKOK DITANAM... SESUAI CUACA...
PASARAN DOMSTIK...EKSPOT JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan AETC,
ILPP Serdang, selangor,
Malaysia.
(11 Safar 1436H)
Demikianlah Artikel BUAH-BUAHAN DAN IKLIM
Sekianlah artikel BUAH-BUAHAN DAN IKLIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUAH-BUAHAN DAN IKLIM dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/12/buah-buahan-dan-iklim.html