KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI

KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI
link : KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI

Kamu Bisa Download File KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI di bawah ini !

Baca juga


KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI

KOPI (Cofea spp) merupakan tanaman minuman yang ditanam daripada keluarga Rubiaceae yang ditanam secara tunggal atau selingan. Tanaman kopi didunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan Brazil merupakan negara penanam terluas didunia iaitu 2.15 juta hektar (19%) diikuti dengan Vietnam (1.057 juta hektar ) dan Colombia (0.88 juta hektar). Malaysia hanya mencatitkan keluasan 3,764 hektar tanaman kopi dengan pengeluaran sebanyak 14,739 mt bernilai 11.79 juta pada tahun 2013. Kawasan penanaman kopi utama di Malaysia adalah di Sabah iaitu seluas 2,220 hektar (59%) diikuti dengan Johor seluas 1,116 hektar (30%), Sarawak (193 hektar) dan Selangor (64 ha). Selain itu terdapat seluas 0.4 hektar ditanam di Kedah (Jenis Robusta) dan hanya 0.4 hektar di Pahang pada tahun 2013 (Sumber: Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia). Cantasan pada tanaman kopi merupakan aktiviti penting kerana jika tidak dibuat cantasan maka pokok kopi akan tumbuh meliar, tinggi dan kurang cergas serta kurang mengeluarkan hasil. Terdapat dua jenis cantasan pada pokok kopi iaitu jenis CANTASAN LATIHAN dan kedua adalah CANTASAN KAWALAN. Cantasan Latihan atau pun sering juga dipanggil cantasan pembentukkan adalah pemangkasan berbatang tunggal dan pemangkasan berbilang batang. Pemangkasan Kawalan adalah cantasan keatas cabang-cabang. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai musuh tanaman kopi berdasarkan risalah Pertanian Bil 44d dan pengalaman penulis sendiri yang pernah memberikan kepakaran teknikal mengenai penanaman kopi di Johor.

Musuh tanaman kopi terdiri daripada serangga perosak dan penyakit serta haiwan. Kajian penulis dibeberapa lokasi penanaman kopi di Johor antara haiwan yang sering makan buah kopi adalah musang dan monyet serta tupai. Bagaimana pun kadar serangan haiwan ini kurang signifikan kerana ia berlaku dalam masa-masa tertentu sahaja dan kesannya kurang serius. Kalau di Indonesia memang mereka suk akan buah kopi yang dimakan musang kerana biji yang dikeluarkan bersama najis musang merupakan produk "Kopi Luwak" yang merupakan Kopi Premium. Terdapat ramai petani di Indonesia yang menternak musang dalam sangkar dengan memberikan makan buah kopi untuk dijadikan kopi luwak (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Monyet  dan tupai yang lapar kadang-kadang ambil buah kopi yang masak untuk dimakan. Terdapat juga laporan di Kota Tinggi, Johor menyatakan ada serangan babi hutan yang makan buah kopi masak pada dahan yang rendah. Kejadian kecurian buah kopi jarang-jrang dilaporkan bermakna tanaman kopi adalah selamat. 

Serangga Ulat Daun Kopi (Cephonodes hylas L.) merupakan serangga dimana larvanya suka makan daun kopi. Ulat ini akan memakan daun kopi terutama kepada daun muda yang masih lembut dan manis. Teknik kawalan adalah dengan mengutip ulat ini pada daun jika populasinya masih sedikit.  Bagaimana pun adalah disyorkan untuk membuat semburan dengan racun Malathion atau Gamma BHC (0.1%) bahan aktif jika berlaku serangan yang serius.  Perosak kedua adalah Kumbang Pengorek Buah Kopi (Cryphalus hampei) lazimnya akan menebuk buah dan ulatnya akan memakan tisu buah kopi. Akibatnya buah kopi akan menjadi rosak dan tidak berkualiti. Cara kawalan dengan mengutip dan musnahkan buah-buah kopi yang diserang atau lakukan semburan racun kimia iaitu dengan Endosulfan bahan aktif (0.1%) jika serangan serius. Penulis juga merujuk kepada perosak ketiga iaitu Ulat Pengorek Batang (Zeuzera coffea) dimana ulatnya akan mengorek batang pokok dan dahan kopi. Akibatnya pokok akan terencat dan dikawal dengan meletakkan hablur racun perosak jenis paradichlorobenzene pada lubang dan disubat dengan tanah liat. Pengawasan dan pemanauan terhadap musuh tanaman kopi perlu dilakukan selalu untuk mengelakkan kadar serangan yang serius. 

Keempat adalah serangan Teritip Hijau (Coccus viridis) yang menghisap sap pada pokok muda, daun muda, tangkai tulang daun, tangkai bunga dan juga buah kopi. Akibat serangan ini maka pokok akan terencat dan bahagian yang kena serang akan layu dan mati. Serangga ini akan mengeluarkan manisan dan ini menarik pertumbuhan fungus dan juga menarik minat sama sang semut. Lazimnya kes serangan yang penulis dapati banyak berlaku pada musim kemarau dan panas. Kawalan teritip hijau ini adalah dengan semburan bahan 'white oil' (Kada 1wo:50air) kebahagian pokok. Semburan racun Dieldrin (0.1%) juga boleh mengawal perosak ini. Ada dua jenis serangga Beluncas (Parasa nitens Walk) dan Setora nitens iaitu merupakan perosak jenis makan daun dimana larva memakan bahagian tepi tisu dan akhirnya keseluruhan tisu daun. Kawalan dengan membiakkan musuh semulajadi ulat beluncas dan jika perlu disembur dengan racun seperti Malathion, Trichloropon dan Endosulfan mengandungi 0.1% bahan aktif.   

Tanaman kopi di Malaysia sering diancam oleh 6 jenis penyakit. Penyekit tersebut adalah Penyakit Karat Daun, Penyakit Akar Perang, Penyakit Hawar Bebenang, Penyakit Bintik Hitam Buah dan Penyakit Mati Pucuk). Penyakit Karat Daun (Hemifeia vastatrix) menyerang dengan simptom ada bintik-bitik daun berwarna jingga. Permukaan bawah daun lazimnya diselaputi dengan spora (seperti tepung gandum). Warna daun akan bertukar kepada perang dan kemudian gugur. Penulis juga teliti kena pastikan bahagian belakang daun dibasahikerana spora-spora akan mudah bercambah dalam keadaan lembab dan suhu tinggi. Teknik kawalan adalah dengan menanam jenis yang tahan seperti jenis kopi robusta. Semburan racun seperti Cuprous oxide selang 2-3 minggu iaitu pada permulaan musin hujan. Kedua adalah Reput Akar Perang atau Akar Putih (Phellinus noxius) dan akar Putih akan merebak daripada pokok lindungan dan bekas kawasan tanaman getah. Ia menyerang dan merosakkan bahagian akar kopi. Kawalan agronomi dengan menggunakan pokok lindungan yang bebas penyakit, saliran yang baik, elakkan dari lindungan terlalu teduh kerana ia lembap. Perlu dilihat semasa menuai pada hasil kopi kerana jika hasil terlalu kurang berkemungkinan akar pokok telah diserang. gali pangkal popkok dan sapu dengan PCNB pada bahagian akar yang diserang. Bakar semua punca-punca jangkitan daripada pokok yang diserang.

Penyakit Hawar Bebenang disebabkan oleh Marasmius sp yang sering menyerang batang dan dahan dikawasan yang lembab tetapi suhu panas. Peringkat pertama serangan terdapat jalinan benang kasar berwarna gelap yang melekat pada batang dan memanjang sehingga keranting. Peringkat kedua ia meebak kekiri dan kanan seperti sarang labah-labah sehingga ke permukaan bawah daundan menyelimut buah-buah hijau. Daun dan buah kopi diserang akan menjadi hitam dan gugur. bagaimana pun ia akan bergantungan pada bebenang tadi dipokok. Jika dibiarkan dan tidak dikamal maka keseluruhan pokok yang diserang akan mati. Kawalan dengan memangkas dan musnahkan bahagisn yang diserang dan buat semburan racun kulat jenis Cuprous Oxide selang 2 minggu yang dilakukan sebanyak 3-4 kali.  Seterusnya adlah Penyakit Antraknos atau Bintik Berpusar (Collectotrichum coffeanum) yang berlaku bila keadaan panas kering dan cuaca lembap. Ia menyerang buah kopi hijau dan iaitu pada setiap peringkat tumbesaran. Tanda dengan bintik hitam dikulit kemudian ia menjalar masuk kebiji dan akhirnya buah akan kering.  kawalan dengan memangkas bahagian diserang dan sembur dengan racun kulat seperti Benomyl atau Capto; selang 3-4 minggu sekali.

Penyakit Bintik Hitam Buah Kopi (Cephaleuros viresnnes) menyerang  pada bahagian kulit buah. Kawalan penyakit ini dengan membuat semburan racun kulat Benomyl atau Captatol dengan kadar ai 0.1% selang 3-4 minggu sekali. Penyakit yang ke 6 dinamakan sebagai Penyakit Mati Pucuk Kopi yang disebabkan oleh Botryodiploidia theobromae dan Fusarium spp. Serangan lazimnya bermula daripada bahagian pucuk pokok yang menyebabkan daun-daun akan menjadi kekuningan dimana ia akan merebak kebahagian pangkal pokok dan akhirnya pokok akan mati. Kawalan boleh dilakukan dengan melaksanakan cantasan agar ujud sistem pengudaraan yang baik dan sempurna. Kawalan dengan menyembur racun kulat seperti Cuprous oxide adalah disyorkan jika perlu iaitu apabila serangan pada tahap seriuos. Penulis faham untuk menjaga tanaman kopi tidak semudah disangkakan dengan banyaknya serangan perosak dan penyakit. Kalau harga kopi jambu hanya RM 0.60 - RM1.20 sahaja sekilogram, adakah petani akan mendapat keuntungan berbanding dengan tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah atau kelapa Matag?. Kajian mengenai cashflow tanaman kopi perlu di buat semula (costing lama yang saya jumpa diterbitkan pada tahun 1983). Industri kopi kini dikelaskan sebagai 'sun set' kerana keluasan semakin menurun dan pengimpotan meningkat setiap tahun. Fikirkanlah.......... Wasallam!.



PEROSAK KOPI... SENANG KAWALNYA...

PENYAKIT KOPI... ADUH BANYAKNYA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARA...
KOPI DITUAI...ADAKAH UNTUNGNYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Ma;aysia.
(12 Safar 1435H)


Demikianlah Artikel KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI

Sekianlah artikel KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOPI - MUSUH TANAMAN KOPI dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/12/kopi-musuh-tanaman-kopi.html