TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2)

TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel TERNAKAN IKAN PUYU, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2)
link : TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2)

Kamu Bisa Download File TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2) di bawah ini !

Baca juga


TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2)

TERNAKAN IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan satu usaha yang boleh manjana pendapatan dengan usaha bersungguh-sunggu dan sedikitilmu pengetahuan yang baik. Pengenalan penternakan ikan puyu boleh diperolehi daripada lamanweb, kursus rasmi atau melalui tinjauan teknologi kekawasan projek sedia ada. Kini say adapati memang tidak ramai dikalangan kita di Malaysia yang menjalankan ternakan ikan puyu seperti di negara jiran Thailand. Penulis dapati Ikan Puyu dikenal juga dengan nama ‘Ikan Betok’ dan ada setengah-tengah orang pula memanggil ‘Betik’. Ikan Puyu adalah jenis ikan yang pada umumnya hidup liar di perairan air tawar berukuran kecil dan panjangnya hingga sekitar 25 cm. Setengah-tengah orang memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau mereka menjadikannya platform menghalang kuasa jahat. Ikan ini juga sering dijadikan ikan hiasan didalam rumah kerana ia dipercayai boleh menghalang TOYOL daripada mencuri duit kita (Itu kepercayaan dikampong saya dahulu di Muar, Johor). Maka boleh dikatakan setiap rumah akan memelihara sekurang-kurang seekor ikan puyu dalam rumah terutama apabila dikatakan banyak duit hilang dicuri toyol. Kini kepercayaan tersebut sudah terhakis. Ikan Puyu biasanya menghuni disawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana rupa bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama diatas darat walaupun tanpa air. Artikel beberapa siri ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menternak ikan puyu uuntuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Pembenihan Ikan Puyu boleh daripada proses Pembenihan Semulajadi atau buatan. Benih ikan boleh dihasilkan tanpa suntikan atau secara semulajadi. Untuk menunggu mendapatkan hasil tanpa suntikan sememangnya memerlukan jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun penantian ini berpadanan kerana ikan yang dipelihara dapat mengeluarkan hasil tanpa perlu menyuntik. Untuk menunggu pembenihan ikan, harus menyimpan sepasang ikan puyu dalam air yang kotor dan membiarkan selama 6 bulan. Pemberian sejenis hormon khas membantu meningkatkan peratus ikan puyu betina. Hormon ini diberikan semasa anak ikan puyu dilepaskan didalam kolam tanah yang dibina bagi tujuan penternakan ikan puyu secara komersil. Selepas itu barulah dimasukkan kedalam kolam pembesaran, ia harus di beri makan secukupnya iaitu 20 peratus dari berat badan dan di beri 4-5 kali sehari. Waktu makan 4-5 kali sehari perlu di lakukan selama 2-3 minggu pertama dan mengikut jadual.


Ikan puyu betina jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. Kita yang biasa dengan ikan ini akan mendapati perbezaan ketara dari segi marfologi ikan puyu jantan dengan betina apabila menelitinya (Sila lihat foto disebelah). Dalam kita hendak memahirkanproses ini, aktiviti menggredkan ikan puyu dilakukan selepas sebulan dengan mengasingkan puyu jantan yang agak kecil dan panjang. Walaupun ikan ini di ternak sehingga 6 bulan, lazimnya ikan puyu jantan susah membesar dan susah hendak di jual. Ikan puyu boleh memakan apa saja kerana ia jenis omnivour dan ini menyebabkan ikan ini daiketegorikan sebagai ikan yang lasak. Sebaiknya untuk kita berjaya kena menternak puyu betina. Puyu betina memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan-ikan yang lain kerana ikan puyu betina menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur. Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makanan berlemak dan berminyak bagi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu. Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih. Ini membolehkan mereka yang ada kemahiran untuk menghasilkan benih puyu tidak bermasaalah untuk mencari benih puyu dengan syarat ia mempunyai kemahiran dan kelengkapan.


Kaedah Penyuntikan ikan puyu perlu dilakukan seperti teknik pembiakan ikan yang lain. Penyuntikan hormon terhadap ikan Puyu dilakukan bersamaan antara induk jantan dan betina (penyuntikan dilakukan hanya sekali). Penulis dapati jenis hormon yang digunakan dalam penyuntikan ini adalah hormon ovaprim dengan dos yang di berikan pada penyuntikan tersebut sebanyak 0.4 ml/Kg induk sama ada ia dos untuk induk ikan betina mahu pun untuk suntikan bagi induk ikan jantan. Setelah selesai dilakukan penyuntikan antara induk ikan puyu jantan dan induk ikan puyu betina maka induk ikan tersebut diletakkan pada bekas pembiakan (kolam mengawan dan bertelur) bertujuan untuk melakukan proses mengawan dan bertelur dengan kadar populasi disyorkan dan perbandingan 3 : 1 (3 ekor puyu jantan dengan sebanyak 1 ekor puyu betina). Setelah ikan Puyu mengawan dan bertelur dalam masa selama antara 10-12 jam maka induk ikan jantan dan betina diangkat atau dikeluarkan daripada bekas mengawan. Sebaiknya telur ikan puyu yang telah dikeluarkan perlu dibiarkan balam bekas tersebut. Penetasan telur yang telah dihasilkan oleh induk ikan puyu dilakukan pada bekas penetasaan yang diberi udara (aeration) menggunakan pam pengudaraan akuarium sebagai cara untuk menambah oksigen terlarut di dalam air. Debaiknya masa ini dibuat pemerhatian teliti untuk kita dapat mempastikan kadar peratus kejayaan penetasan. Lazimnya telur ikan Puyu akan menetas antara 10 hingga 12 jam selapas proses ini. Sila baca artikel Part 3 untuk mengetahui proses seterusnanya untuk mengetahui ilmu penternakan ikan puyu yang boleh dilakukan oleh usahawan berminat di Malaysia. Ikan Puyu atau Ikan betuk mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan aktiviti pertanian yang menguntungkan. Wasallam!  


IKAN PUYU.. BETUK PUN SAMA...
MUDAH DITERNAK...OLEH SEMUA...
PILIH TAPAK...BENIH DARI MANA...
MASA SINGKAT...DAPAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1523, Hotel New York,
22, Jalan Abdullah Tahir,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(17 Muharam 1436H)


Demikianlah Artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2)

Sekianlah artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 2) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/ternakan-ikan-puyu-part-2.html