TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1)

TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel TERNAKAN IKAN PUYU, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1)
link : TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1)

Kamu Bisa Download File TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1) di bawah ini !

Baca juga


TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1)

TERNAKAN IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan satu usaha yang boleh manjana pendapatan dengan usaha bersungguh-sunggu dan sedikitilmu pengetahuan yang baik. Pengenalan penternakan ikan puyu boleh diperolehi daripada lamanweb, kursus rasmi atau melalui tinjauan teknologi kekawasan projek sedia ada. Kini saya dapati memang tidak ramai dikalangan kita di Malaysia yang menjalankan ternakan ikan puyu seperti di negara jiran Thailand. Penulis dapati Ikan Puyu dikenal juga dengan nama ‘Ikan Betok’ dan ada setengah-tengah orang pula memanggil ‘Betik’. Ikan Puyu adalah jenis ikan yang pada umumnya hidup liar di perairan air tawar berukuran kecil dan panjangnya hingga sekitar 25 cm. Setengah-tengah orang memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau mereka menjadikannya platform menghalang kuasa jahat. Ikan ini juga sering dijadikan ikan hiasan didalam rumah kerana ia dipercayai boleh menghalang TOYOL daripada mencuri duit kita (Itu kepercayaan dikampong saya dahulu di Muar, Johor). Maka boleh dikatakan setiap rumah akan memelihara sekurang-kurang seekor ikan puyu dalam rumah terutama apabila dikatakan banyak duit hilang dicuri toyol. Kini kepercayaan tersebut sudah terhakis. Ikan Puyu biasanya menghuni disawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana rupa bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama diatas darat walaupun tanpa air. Artikel beberapa siri ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menternak ikan puyu uuntuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.

Ikan Puyu dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan. Pengalaman penulis yang suka makan ikan puyu dan ikan haruan mendapati ia mempunyai rasa lemak. Ikan Puyu memang mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal untuk jualan runcit iaitu melebihi RM8.00 sekilogram bergantung kepada masa dan kesegarannya. kajian menunjukkan bahawa tahap permintaan spesis ikan puyu ini terus meningkat. Bagaimana pun sebenarnya ikan puyu adalah sejenis ikan yang paling mudah diternak kerana kebanyakan penternak merasakan bahawa ikan ini tahan (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan apa saja.


Walau pun penulis dapati belum ramai yang menceburi bidang ini tetapi sebenarnya usaha menternak ikan puyu mampu memberi hasil lumayan kepada mereka sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang. Harga bagi puyu siam dan tempatan juga berbeza. Atas permintaan yang tinggi kini harga runcit ikan puyu tempatan kini boleh mencecah RM 7.00 hingga RM9.00 sekilogram pada harga ladang dan RM10.00 - RM15.00 sekilogram pada harga runcit dipasaran tempatan dan kadangkala boleh mencecah pada kadar harga RM20.00 - RM30.00 sekilogram. Ikan puyu popular dikalangan penduduk tempatan kerana boleh dibuat Pekasam. selain digoreng rangup dan dimakan dengan nasi putih. Bukan orang Melayu sahaja yang meminati memakan ikan puyu tetapi orang Siam dan Bangladesh juga meminati makan ikan puyu. Saya perhatikan di Pasar Tani Mega Putrajaya bagaimana sekumpulan warga Bangladesh membeli sampai 10 kg ikan puyu untuk dimakan. Kepada mereka yang tidak pernah lagi makan ikan puyu mesti kena cuba akan keenakannya.

Mempelajari sedikit mengenai ikan puyu saya nyatakan bahawa ikan ini adalah dari  famili Anabantidae dan dari genus : Anabas dan species ini mempunyai nama saintifik sebagai Anabas testudineus Bloch. Beberapa spesis Ikan Puyu yang lazim kita dengan meliputi kepada 2 jenis ikan puyu yang biasa diternak iaitu Jenis Ikan Puyu Siam dan Ikan Puyu Kampong. Spesis Ikan Puyu Siam ini boleh didapati dikawasan paya air payau. Ikan ini berwarna coklat. Mulutnya runcing sedikit dan terdapat bintik bintik. Puyu jenis coklat ini memang ada di seluruh negara bukan sahaja di Siam, tapi di malaysia kita di panggil ‘Puyu Siam’. Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm seekor. Anak ikan puyu siam lebih tahan lasak dan pembesarannya lebih cepat berbanding ikan puyu kampong tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Jangkamasa ternak dalam tempoh 3.5 – 4.5 bulan dipelihara dalam kolam. Puyu Kampong. Ialah puyu yang berwarna agak kehijauan dan berbintik-bintik hitam di badan. Puyu jenis ini lambat sedikit membesar untuk mencapai tahap 200 gram. Ikan puyu yang betina mengambil masa 6 bulan. Tetapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklat atau puyu siam. Selalu dikatakan terbukti lebih enak rasanya dari baka siam. Tempoh matang ikan puyu puratanya antara 120 – 150 hari bergantung pada saiz benih, pemberian makanan dan cara pengurusan air. Sementara ikan puyu jantan beratnya purata 150 gram seekor berbanding puyu betina antara 180 gram - 250 gram seekor. Kajian menunjukkan satu populasi sebanyak 60% adalah ikan puyu betina dan 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan.

Kawasan habitat ikan puyu adalah di sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, ikan ini hidup berkumpulan dan mudah di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang banyak. Spesis ini boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air. ia perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Spesis ini sangat aktif pada waktu petang dan gemarkan stuktur sungai atau parit. Teknik menternak puyu dalam kolam adalah paling signifikan. Lazimnya kepadatan kolam yang sesuai adalah sebanyak 3 - 4 ekor setiap sekaki persegi dengan kedalaman air 3 - 4 kaki. Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan puyu siam yang saiznya agak lebih besar sedikit daripada baka ikan puyu tempatan yang ada di Malaysia. Mengadakan keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik. Adalah digalakkan dipermukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting, kangkung, kiambang dan kemeling. Mengikut kajian, kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana habitat ikan ini datangnya dari persekitaran neutral dari tanah. Untuk kolam tanah 20′ x 40′ boleh memuatkan ikan puyu lebih kurang dalam 10k. Untuk pembesaran ikan air tawar, kolam tanah memberi jangka masa pembesaran lebih cepat berbanding kolam-kolam lain. Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyu mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air. Pengurusan kolam yang baik dapat mengekalkan suhu air pada 28C. Bersambung Artikel Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
IKAN PUYU.. BETUK PUN SAMA...
MUDAH DITERBNK...OLEH SEMUA...
PILIH TAPAK...BENIH DARI MANA...
MASA SINGKAT...DAPAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Ikan 
Kelompok sg Buloh,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(3 Muharam 1436H)


Demikianlah Artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1)

Sekianlah artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/ternakan-ikan-puyu-part-1.html