Judul : SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT
link : SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT
SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT
Buah KELAPA SAWIT (Ealeis guineensis) dihasilkan oleh pokok kelapa sawit yang matang merupakan hasil yang boleh dijadilkan pelbagai produk setelah diproses di kilang. Terdapat tiga bahan atau produk asas utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit iaitu Isirung kelapa sawit (Palm kernel), Minyak isirung kelapa sawit (Oil Palm Kernel) dan Minyak sawit mentah (Crude Palm Oil). Ini merupakan asas untuk bahan asas ini diproses seterusnya bagi menghasilkan pelbagai produk akhir yang bernilai. Bahagian buah kelapa sawit hanya sebahagian daripada hasil tanaman kelapa sawit selain daripada bahagian batang pokok yang ditebang untuk diproses menjadi pelbagai produk lain yang berasaskan bahan tersebut. Malaysia antara beberapa negara didunia yang mempelopori pengeluaran produk berasaskan kelapa sawit dengan nilai eksport banyak jutaan ringgit setahun. Tanaman ini merupakan tanaman paling popular di Malaysia sebagai tulang belakang daripada sumbangan sektor pertanian dalam KDNK. Terdapat banyak ladang dan kilang kelapa sawit yang didirikan diseluruh negara bagi memproses tandan kelapa sawit segar (Fresh fruit bunch) untuk dijadikan produk asas kelapa sawit. Selain daripada produk asas minyak masak, kini telah banyak jenis produk akhir berasaskan produk proses kelapa sawit telah dibuat dan dipasarkan diseluruh dunia. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kegunaan buah kelapa sawit uintuk bacaan anda.
Produk pertama yang penulis hendak nyatakan adalah Isirung Kelapa Sawit yang dihasilkan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya isirung kelapa sawit akan digunakan sebagai bahan makanan ternakan dan bahan bukan makanan. Bahan bukan makanan seperti alkhohol lauryl, bahan sabun pencuci dan asid lemak. Kedua adalah Minyak Isirung Kelapa Sawit yang diproses daripada bahagian isirung kelapa sawit. Minyak isirung pula digunakan untuk membuat bahan makanan seperti marjerin, lemak majmuk, krim, ais krim dan lemak masakan. Bahan bukan makanan boleh dihasilkan seperti membuat bahan sabun pencuci, alkhohol lauryl dan asid lemak. Kandungan minyak kelapa sawit dalam marjerin antara lapan peratus hingga 13.6%. Minyak sawit ini juga terkenal bagi membuat bahan bukan makanan, antaranya untuk membuat sabun, minyak gris, minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan. Kini telah ada perusahaan membuat sabun yang bermutu memerlukan minyak kelapa sawit yang berkualiti, manakala bagi minyak sawit yang rendah mutunya digunakan membuat sabun biasa. Kini, perkembangan teknologi dan pendidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) Dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah mendapati minyak sawit amat berguna sebagai bahan pembakar seperti diesel dan lilin.
Dalam industri kelapa sawit, hasil Minyak Sawit Mentah (Crude Palm Oil) adalah merupakan antara sasaran utama yang diambil kira dalam analisa ekonomi. Minyak sawit mentah adalah dalam bentuk separa pepejal (20% pepejal) atau lemak apabila diproses pada suhu 20ºC dan purata suhu air 36ºC. Justeru itu, minyak ini merupakan bahan yang tidak mudah masam dan mempunyai kandungan yang sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak masakan seperti keju sayur (Sila lihat foto disebelah). Minyak sawit juga terkenal sebagai bahan iaitu bukan makanan diantaranya adalah untuk membuat sabun, minyak gris, lilin, minyak pelincir, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan. Proses pepecahan minyak sawit mentah dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mendapatkan bahagian cecair, olein, sterin dan bahagian pepejal. Bagaimana pun bahan makanan berasaskan bahan ini amat meluas penggunaannya. Wasallam!.
BUAH SAWIT...BANYAK GUNANYA...
BUKAN MAKANAN...BANYAKNYA...
NILAI TINGGI... IKUT PRODUKNYA...
DIMALAYSIA...IA INDUSTRI UTAMA...
HARI INI HARI LAHIR SAYA.....!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 137, Hotel Super Cowbow (Pelik Bunyinya),
1, Jalan Malinja, Bukit Baru,
Melaka, Malaysia.
(26 Zulkaedah 1435H)

Demikianlah Artikel SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT
Sekianlah artikel SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/10/sawit-kegunaan-kelapa-sawit.html