Judul : BUNGA SUNDAL MALAM
link : BUNGA SUNDAL MALAM
BUNGA SUNDAL MALAM
Dalam penulis cuba mengenali bunga ini, saya mendapati yang bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tumbuhan Tuberose dipercayai ia berasal dari Amerika Tengah. Kebanyakan bunga segar ini akan menghasilkan bau wangi diman ia akan mula kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya bergantung kepada cara penyimpanan. Bunga sundal malam mempunyai sifatnya berbeza sama seperti bunga melur dimana walaupun setelah bunga dipetik, ianya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Di negara kita dan negara jiran Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijadikan bunga rasmi dibeberapa lokasi. Kata “malam” yang melekat pada bunga ini kerana buunga ini memang mekar dan mengeluarkan wangi semerbak waktu malam hari. Tumbuhan yang tumbuh menegak dan cantik ini mempunyai kelopak bunga berwarna putih ini merupakan tanaman berumbisi atau tuber. Laporan menyatakan ada sebanyak 12 jenis bunga sundal malam.
Jenis pokok bunga sundal malam adalah berumpun seperti bunga bakung atau pokok 'spider lily'. Lazimnya ia mempunyai ciri ketinggian pokok kurang dari 3 meter. Lazimnya warna daun adalah hijau berkilat (Sila lihat foto disebelah) dan mempunyai bunga bewarna putih kekuningan dengan pelbagai bentuk. Apa yang unik adalah kerana bunga ini akan menghasilkan bau wangi terutama diwaktu malam dengan kuat. Kewangiannya tidak hilang apabila dipetik tetapi agak tahan lama sama seperti bunga melur. Penulis mendapati satu kaedah menanam adalah dengan menggunakan bebawangnya (bulb) dimana selalunya bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam dengan cara penyimpanan betul. Keperluan untuk menanam dimana pokoknya memerlukan pendedahan terus kepada cahaya matahari dan kurang sesuai dukawasan bernaung. Apa yang menjadi ciri kehebatan bunga ini adalah nilai minyak pati bunga ini adalah sangat mahal (oil extract) dimana ia sering digunakan sebagai bahan wangian untuk mengatasi masaalah stres sebagai penenang fikiran.
Dalam saya membuat banyak rujukan, didapati penggunaan bunga sundal malam ini telah dikomersilkan di negara India. Bunga sundal malam telah pun digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan 'mood yang romantik' terutamanya untuk pengantin baru atau yang baru kahwin. Dinegara India juga ada petua dimana anakgadis yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam. Ini adalah kerana dipercayai dan juga amat dikhuatiri aroma bunga ini ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Bunga ini dikenali dengan nama 'ratkirani' yang membawa maksud 'mistress of the night'. Dalam kajian mereka dipercayai bahawa bau bunga sundal malam dapat menambah dan meransangkan 'tenaga chakra'. Tenaga ini juga merupakan tenaga yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa Psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya). Minyak pati dari bunga ini boleh dihasilkan melalui proses 'extraction' dengan jumlah yang diperolehi amat sedikit. Bagaimana pun nilai mintak ekstrak amat tingi dipasaran antarabangsa dan ia memang tidak sama dengan minnyak wangi tiruan yang ada dijual. Wasallam!.
SUNDAL MALAM...TERUK BUNYINYA...
MUDAH DITANAM...BULB BENIHNYA...
DITANAM LUAS... DIBRISU MELAKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Executive Rome No 301, Mariner Hotel,
Jalan Tanjung Purun,
Labuan, W Persekutuan,
Malaysia.
(17 Zulhijah 1435H)
Demikianlah Artikel BUNGA SUNDAL MALAM
Sekianlah artikel BUNGA SUNDAL MALAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUNGA SUNDAL MALAM dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/10/bunga-sundal-malam.html