REKOD LADANG SOM (PART 3)

REKOD LADANG SOM (PART 3) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul REKOD LADANG SOM (PART 3), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel REKOD LADANG, Artikel SOM, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : REKOD LADANG SOM (PART 3)
link : REKOD LADANG SOM (PART 3)

Kamu Bisa Download File REKOD LADANG SOM (PART 3) di bawah ini !

Baca juga


REKOD LADANG SOM (PART 3)

REKOD LADANG (Farm record) merupakan satu sistem pengumpulan dan penyimpanan maklumat mengenaai aktiviti ladang yang penting didalam aktiviti ladang. Semua permohonan untuk persijilan SALM (Skim Ladang Baik Malaysia) dan SOM (Sijil Organik Malaysia) perlukan maklumat dalam rekod ladang sebelum permohonan akan diproses untuk diluluskan. Maklumat dalam rekod ladang sangat penting dibuat oleh petani, usahawan atau syarikat seperti buku simpanan kira-kira untuk menganalisa kewangan dan menganalisa untung- rugi sesuatu aktiviti perladangaan. Saya terlibat didalam mengajar mengenai Rekod Ladang semenjak mula bekerja dulu sekitar awal tahun 1980'an sehingga 10 tahun lamanya. Sasaran mengajar kepada semua pegawai pengembangan serta peserta projek kelompok. Sifu yang saya tidak akan lupa dalam ilmu 'Farm Management and Farm Record Keeping' ini adalah Encik Zainal (Kita lebih suka panggil sebagai 'Zainal Kojek'). Penggunaan rekod ladang dinegara kita oleh petani kecil dan pekebun kecil masih amat kurang diamalkan secara sistematik. Kebanyakkan mereka menggunakan kira-kira didalam ingatan sahaja (main congak-congak) dan yang lebih bijak menggunakan buku kecil (seperti buku 555). Antara faktur kenapa mereka tidak mahu menggunakan buku rekod ladang yang diberikan oleh Jabatan Pertanian dulu adalah mungkin lecehnya hendak menulis, ada yang kurang pandai menulis, saiz kebun atau perniagaan yang kurang komersil, tidak faham hendak mengisi buku rekod ladang dan tidak nampak kebaikan meengisi rekod ladang. Bagaimana pun pada hujung Rancangan Malaysia ke 10, apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan Bantuan Insentif Harga Tanaman Makanan dibawah Program DJBM (Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara), disyaratkan pemohon insentif mesti mengisi rekod ladang. Mereka yang memohon insentif telah mengisi buku rekod ladang dengan baik yang perlu dihantar bersama permohonan insentif tersebut sebelum di periksa untuk kelulusan. Artikel malam Isnin ini saya menulis mengenai sistem simpanan rekod ladang untuk sistem permohonan persijilan SOM dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan membuat rujukkan daripada website berkaitan.



Rekod Rawatan Lepastuai (SOM 4-9) merupakan satu rekod disediakan untuk mencatitkan semua aktiviti rawatan hasil ladang. Hasil ladang organik yang dikeluarkan jika ada dibuat rawatan perlu direkodkan meliputi tarikh rawatan, jenis rawatan dengan mencatitkan bahan rawatan dan kuantiti digunakan. Jenis hasil tanaman dan lokasi membuat rawatan juga perlu dicatit bagi tujuan melihat kesan rawatan terhadap produk organik yang dikeluarkan. Perlu dijelas dan direkodkan sebab-sebab rawatan tersebut dijalankan dan siapa yang menjalankan rawatan tersebut. Isu 'tracebility' produk organik akan dapat dikesan jika rekod ini dilengkapkan. 

Rekod Pelupusan Sisa Ladang (SOM 4 - 10) diperlukan untuk menyatakan bagaimana kita melupuskan sisa ladang dan bekas-bekas bahan input pertanian yang digunakan. Catitkan tarikh perlupusan dan namakan bahan-bahan yang dilupuskan dengan jelas pada ruangan. Sisa ladang mungkin boleh diproses untuk dijadikan kompos, FFJ, FPJ dan sebagainya. Catitkan kuantiti bahan yang hendak dilupus, bagaimana cara ianya dilupus sama ada di kitar semula atau dimusnahkan mengikut kaedah yang betul. Nyatakan lolasi dimana aktiviti pelupusan tersebut dijalankan. Perkara ini penting dicatit untuk mempastikan bahawa tidak berlaku pencemaran alam sekitar akibat aktiviti pelupusan sisa ladang. 



Rekod senarai pekerja (SOM 4 - 11) mencatitkan maklumat mengenai semua pekerja-pekerja ladang. Masukan data mengenai bilangan dan nama pekerja yang sah. Tuliskan nombor KPT (Warga tempatan) atau Nombor Passport (buruh asing) dan tuliskan tarikh lahir, jantina serta negara asal pekerja asing tersebut. Rekod ini perlu dikemaskini setiap kali berlaku perubahan kepada pekerja ladang atau semakan mengikut jadual.

Rekod Jadual Latihan Pekerja Ladang (SOM 4 -12) diperlukan untuk merekodkan latihan-latihan bagi pekerja-pekerja ladang. Catitkan bilangan dan nama-nama pekerja ladang dan jelaskan jenis latihan yang diberikan. Jenis latihan ini mengikut kesesuaian kemahiran pekerja tersebut dan perlu dicatitkan juga siapa yang memberikan latihan tersebut. Diantara latihan sangat perlu seperti mengenai keselamatan penggunaan racun, kaedah pembajaan yang tepat, keselamatan pekerja dan sebagainya.


Rekod Pemeriksaan Kesihatan Pekerja (SOM 4 -13) adalah rekod yang mencatitkan maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja ladang. Ini merupakan keperluan dalam rekod dimana ia menyatakan tarikh pemeriksaan dijalankan dan sebab-sebab rawatan diperlukan. Nyatakan juga dimana lokasi rawatan tersebut dijalkankan sama ada di hospital kerajaan atau swasta, klinik-klinik persendirian dan sebagainya. Pastikan dicatitkan bahawa pekerja ladang mendapat rawatan seperti yang diperlukan mengikut peraturan kesihatan sedia ada. Kebajikan pekerja ladang ini merupakan satu komitment kepada pekerja ladang sebagai amalan kebajikan.

Kesemua rekod ladang untuk persijilan Sijil Organik Malaysia (SOM) perlu disediakan dengan lengkap sebelum diperisa oleh auditor SOM. Kegagalan mengisi dengan lengkap rekod ladang boleh mengagalkan peluang kita mendapat akreditasi sijil SOM. Apa lagi kalau tidak ada rekod ladang langsung, memang tidak ada peluang untuk kita mendapatkan sijil. Faktur lain didalam syarat persijilan SOM juga perlu dipatuhi seperti ststus tanah, analisa sampel hasil di makmal, setor ladang, jangkamasa ladang diusahakan dan sebagainya. Semuga artikel ini membantu kita memahami apakah dia jenis rekod ladang untuk persijilan SOM yang perlu diisikan bagi memudahkan proses akreditasi ladang. Wasallam!.

REKOD LADANG...AMALAN KITA...
CATITKAN...MAKLUMAT ADA...
PEMERIKSA...SEMAK SAHAJA...
AKREDITASI... ADA NUKTINYA...

"SELAMAT HARI RAYA KORBAN 1435H"

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kawasan Perumahan Precint 11,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(7 Rabiul'Awal 1434H)


Demikianlah Artikel REKOD LADANG SOM (PART 3)

Sekianlah artikel REKOD LADANG SOM (PART 3) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel REKOD LADANG SOM (PART 3) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/10/rekod-ladang-som-part-3.html