TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1)

TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel TANAM BULOH - SATU POTENSI, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1)
link : TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1)

Kamu Bisa Download File TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1) di bawah ini !

Baca juga


TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1)

PENANAMAN BULUH DURI (Bambusa bambos L) merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia.  Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea)Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh duri sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda. 


Buluh Duri (Bambusa bambosa) merupakan jenis buluh yang berduri dengan saiz batang yang besar diama ia juga digelar sebagai 'Giant Thorny Bamboo'. Ia timbuh dengan menegak sehingga mampu mencapai tinggi sehingga 30 m. Jenis buloh ini mempunyai lapisan dinding batang sangat tebal dan kukuh untuk dijadikan pelbagai kegunaan pembinaan dan perabut. Ketebalan batang buluh ini sekitar 15-18 cm pada bahagian biasa dan mencapai setebal 20-40 cm pada bahagian ruas (node). Batang buluh yang besar ini mempunyai warna hijau muda. Ia mudah tumbuh secara semulajadi terutama dikawasan tanah basah dan lembab di sepanjang sungai. Jika ada yang berminat untuk menanam buluh ini jarak tanam yang sesuai adalah 6 meter x 6 meter. Dari segi pembajaan ladalah digalakan umtuk memberi baja kompos pada kuantiti 5 -10 kg pada diperingkat penanaman untuk proses pertumbuhan awal. Pemberian baja sebatian NPK akan dapat meningkatkan kesuburan buluh dengan meningkatkan kadar biomass. Jenis ini kurang sesuai untuk ditanam secara meluas kerana batang dan rantingnya adalah berduri sehingga menyukarkan ketika hendak menuai dan menebang pokok. Penebangan dapat dilakukan dengan memotong setinggi 2 meter dari atas tanah. Hasil tuaian dari penanaman buloh ini dilakukan setelah umur pokok sekitar 3-4 tahun. Semasa menuai, tinggalkan 8-10 batang setiap rumpun untuk mempertahankan tahap pengeluaran. Elakkan daripada pengambilan rizom (rebung buloh) dengan kuantiti kerap dan banyak kerana dapat merosakkan perdu rumpun. Tahap produktiviti tahunan dapat buluh duri mampu untuk mencapai sekitar 5,000 - 8,000 batang sehektar dengan penjagaan yang baik. Batang buluh ini boleh dijual kepada pemborong atau kilang perabut berasaskan buluh. Tentang harga ladang batang buluh belum ada siasatan lagi.


Kegunaan dan manafaat buluh duri daripada pengeluaran adalah daripada pengeluaran rebungnya yang sesuai untuk dijadikan sayuran yang berkhasiat dan enak. Amat ramai tidak mengetahui bahawa bahagian daun buluh duri ini boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Paling banyak digunakan adalah batang buloh yang matang dimana ia merupakan bahan kayuan untuk membuat rumah, lantai, dinding, tiang, perabot, anyaman dan juga titi menyeberang sungai. Batang buloh juga boleh dijadikan rakit yang sangat baik. Jenis ini berguna sebagai tanaman penahan hakisan tebing sungai dan bila ditanam disepanjang sungai dan juga pelindung tanaman dari angin kencang. Batangnya juga sesuai dipakai untuk industri kertas (pulp), kertas dan kayu lapis. Jenis ini juga dapat dipakai sebagai bahan asas pembuatan kertas karbon dan kertas kraft yang tahan air. Dengen merendam daun buloh ini didakwa boleh diguna untuk menyejukkan mata dan mengubati penyakit lazim seperti jenis bronkitis, demam dan gonorrhoea. Penanaman Buluh Duri merupakan satu bidangusaha yang boleh dijalankan walau pun tidak ramai orang mahu melakukannya. Semuga artikel ini akan memberikan idea kepada bakal penanam buluh duri di Malaysia. Wasallam!.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH DURI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)


Demikianlah Artikel TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1)

Sekianlah artikel TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TANAM BULOH - BULUH DURI (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/08/tanam-buloh-buluh-duri-part-1.html