Judul : TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2)
link : TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2)
TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2)
PENANAMAN BULOH MINYAK (Bambusa vulgaris L) atau Buluh Kuning merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae (dulu Graminae) untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman Buloh Minyak / Buloh Kuning sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.
Buluh Minyak (Bambusa vulgaris Schrader ex Wendland) atau di Indonesia ia dipanggil sebagai pring ampel, bambu ampel, haur adalah jenis pokok buluh yang mana ketinggiannya mampu mencapai 10 -20 meter dari pangkal tanah. Ia mempunyai jenis batang agak berbulu sedikit dan sangat tipis. Jika dilihat tentang ketebalan dinding batang adalah sekitar hanya 7-15 mm sahaja (sangat nipis) berbanding dengan buluh lain. Selain itu ia mempunyai ukurlilitan batang sekitar 4 -10 cm dengan jarak antara ruas (nodes) pula sekitar 20 - 45 cm. Ia mempunyai warna batang yang terang iaitu kuning muda bergaris jalur hijau tua (Sila lihat foto sebelah). Buloh ini mudah hisup di dataran tanah rendah hingga ketinggian tanah sehingga 1,200 meter. Ia juga tumbuh dengan tahap marginal di sepanjang sungai dan di tanah yang mudah tenggelam air. Tanah yang mempunyai tahap keasidan atau pH 5.0 - 6.5 merupakan sesuai untuk pertumbuhan buloh ini sama ada untuk tujuan penghasilan batang buluh, rebung atau sebagai tanaman landskap sahaja.
Buluh Minyak sesuai ditanam dikebun menggunakan rizom atau anahbenih yang diambil daripada pokok induk. Jarak tanaman yang sesuai adalah sekitar 8 meter x 4 meter yang memberikan kepadatan sebanyak 312 rumpun/ha). Pastikan kawasan kebun tidak ada tanaman lain kerana lazimnya ia akan kalah dengan pokok buloh. Adalah baik untuk memberikan baja organik dan baja asas semasa menanam. Pemberian baja NPK juga mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman buluh. Kadar disyorkan adalah 20-30 kg N, 15 kg P, 10 -15 kg K dan 20 - 30 kg Si (Silika). Pembersihan batang pokok kering pada pangkal perdu rumpun tua akan meningkatkan penghasilan batang buluh dan ia akan memudah proses menuai hasil. Cara menuai hasil adalah dengan menebang batang buluh pada pangkal perdu apabila okok telah berumur 3 tahun. Kajian penulis mendapati buluh minyak mengeluarkan hasik tertinggi apabila berumur umur 6 - 8 tahun. Rebung buluh minyak pula boleh dikutip dalam masa 1 minggu setelah keluar dari permukaan tanah. Satu rumpun buluh mampu untuk menghasilkan diantara 3 - 4 batang baru atau rebung buloh setiap musim. Pokok buluh minyak yang sihat mampu untuk menghasilkan sekitar 2,250 batang buluh atau sekitar 20 mt berat kering/ sehektar. Kegunaan batang buluh minyak selain daripada dijadikan buluh landskap adalah untuk dijadikan bahan binaan rumah tradisional, pagar, rakit, kilang kertas, jembatan dan banyak lagi. Air rebusan rebung muda buluh kuning dimanfaatkan untuk mengubati penyakit hepatitis. Begitulah hebatnya dan uniknya buluh minyak atau buluh kuning yang boleh dijadikan tanaman yang boleh dimajukan. Wasallam!.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH DURI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Barisan buloh minyak di taman bunga. |
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH DURI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)
Demikianlah Artikel TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2)
Sekianlah artikel TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/08/tanam-buloh-buloh-minyak-part-2.html