Judul : DOI WAWEE REST HOUSE, CHIANG RAI
link : DOI WAWEE REST HOUSE, CHIANG RAI
DOI WAWEE REST HOUSE, CHIANG RAI
WAWEE REST HOUSE di dataran tanah tinggi Doi Chaang di pergunungan Chiang Rai merupakan satu tempat yang unik untuk dikunjungi. Rumah rehat ini terpencil dan ianya dikelilingi dengan hutan yang mana disekitarnya ditanam dengan pokok kopi jenis arabica yang subur. Penulis telah berpeluang sampai ketempat pengeluaran kopi organik terkenal di Chiang Rai ini pada Ogos 2015 bersama rakan delegasi dari ASEAN dan tinggal di Wawee Rest House ini dilereng gunung. Foto diatas diambil dari bahagian anjung tempat Rest House ini yang menunjukkan view bertapa luas mata memandang dikawasan pergunungan yang dingin ini terletak 1,500 meter dari aras laut. Kawasan ini juga dikenali sebagai 'coffee pradise' kerana terdapat aktiviti penanaman, pemperosesan, stesyen penyelidikan kopi tanah tinggi dan juga kedai kopi untuk dikunjungi. Kawasan ini masih lagi terpelihara lagi dimana kawasan hutannya aktif dengan aktiviti penanaman kopi dan tanaman kontan yang lain serta masih mengekalkan hutan. Konsep 'agro forestry' iaitu cara penanaman kopi dibawah pokok hutan menjadikan ia mampu mengelakan kerosakan tanah dan hakisan. Penduduk asli dikawasan ini juga mengekalkan budaya tradisi mereka dan terus tinggal dikampong mereka dengan pengeluaran kopi sebagai punca pendapatan penting. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti pertanian dan perlancongan dikawasan tanah tinggi ini untuk makluman dan menambah ilmu pengetahuan.
Penanaman kopi dikawasan ini dilakukan oleh kaum Akka dan ada sebahagian dikawasan lain oleh kaum Karen. Mereka telah mengusahakan tanaman kopi menggantikan tanaman popi (opium) yang mana dahulu dikenali sebagai kawasan 'Golden Traingle'. Tanah dilereng gunung yang memang jauh dipendalaman ini dahulu digunakan oleh kaum tempatan untuk menanam popi bagi menghasilkan dadah dan amat sukar dikunjungi. Kini telah ada jalanraya yang baik dimana hanya sekitar 2.5 - 3.0 jam sahaja daripada Bandar Chiang Rai melelui jalan sempit curam kita sudah boleh sampai. Kerajaan Thailand pada tahun 1983 telah memberikan bantuan anak benih kopi arabica (Coffea arabica) kepada penduduk dikawasan ini dimana tanahnya subur dan mendapat suhu sejuk kerana lokasi dan kedudukannya di utara Thailand. Pada peringkat awal perlaksanaannya, industri penanaman kopi disini juga dikatakan gagal kerana hasil buah kopi yang dihasilkan telah di'permaikan' oleh orang tengah dari segi kawalan harga dan pengedaran. Akibat ia berlanjutan maka mereka akhirnya dapat bersatu untuk mengujudkan jenama 'Doi Chaang Coffee' yang kini terkenal diseluruh Thailand. Kini komuniti mereka berjaya maju setapak lagi dengan mengujudkan apa yang dikatakan sebagai 'kopi organik' dimana ianya didapati melibatkan daripada aktiviti dikebun sehingga kepada aktiviti pemprosesan biji kopi dan pengedaran. Penulis tutut menikmati rasa sebenar kopi arabica organik dikawasan pergunungan ini bersama rombongan ASEAN.
Kawasan ini mempunyai beberapa pusat untuk dilawati diantaranya adalah sebuah kilang memproses kopi terletak ditepi jalan utama. Disini terdapat juga restoren kopi dimana pelancong akan dapat menikmati permandangan yang indah sambil minum kopi panas yang 'fresh'. Sama ada anda memilih kopi 'Capuccino', Kopi 'Americano' atau pun jenis Kopi 'Expresso' semuanya memang enak diminum dalam suhu sekitar kurang dari 20 celsius. Terdapat sebuah kilang memproses kopi dimana kilang ini memproses dengan kapasiti sehingga 5,000 kg seminggu dengan kaedah 'wet fermentation' yang mengikuti peraturan organik. Terdapat lebih dari 10 persijilan organik antarabangsa ditampal pada dinidng kilang tersebut yang diiktiraf oleh IFOAM (International Federation Organic Acredation Movements). Ianya termasuk dari USA Organic, ERROGAP, ATC, Bio Cert Int dan beberapa lagi. Terdpat juga kilang pembungkusan yang mampu memproses kopi dan seterusnya akan dihantar ke Chiang Rai dan lokasi-lokasi lain dengan menggunakan lori truck kecil. Produk kopi Doi Chaang ini selain daripada pasaran domestik juga dieksport keluar negara seperti USA, Eropah, Jepun dan beberapa negara maju lain. Ini kerana harga kopi organik jenama Doi Chaang buka murah kerana mendapat harga premium dipasaran domestik dan antarabangsa. Mereka mengikuti peraturan dan mampu mengekalkankualiti kopi arabica yang memang asidik dan kuat aromanya. Lawatan kekawasan Wawee Doi Chang Rest House memberikan banyak info baru mngenai tanaman kopi dan industri kopi bagi penulis. Tidur malam amat lena bersama rakan Encik Idrus walau pun ditemani dengan bunyi dari cengekerik dan ungas lain yang nyaring dimalam hari sehingga subuh. Ini dinamakan kedamaian sebenar!. Wasallam!.
SUDAH SAMPAI...TANAH TINGGI...
DOI CHAANG... NAMANYA DIBERI...
TEMPAT BERGUNUNG...ADA KOPI...
ADA KERJA... IA JAUH SEKALI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1, Wawee Rest House,
Doi Chaang, Chiang Rai,
Thailand.
(20 Ogos 2015)

Demikianlah Artikel DOI WAWEE REST HOUSE, CHIANG RAI
Sekianlah artikel DOI WAWEE REST HOUSE, CHIANG RAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DOI WAWEE REST HOUSE, CHIANG RAI dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/doi-wawee-rest-house-chiang-rai.html