Judul : HERBA - TEA TREE (Part 1)
link : HERBA - TEA TREE (Part 1)
HERBA - TEA TREE (Part 1)
TEA TREE (Melaleuca alternifolia Cheel) merupakan sejenis tanaman herba yang diimport dari luar negara khususnya Australia untuk ditanam di Malaysia sebagai sejenis herba berguna. Nama lain herba ini adalah Gelam wangi, Tea tree (lnggeris) iaitu daripada keluarga Myrtaceae. Kali pertama saya melihat tumbuhan ini semasa melawat projek tersebut di Selangor dan mendapati ia sesuai ditanam di negara kita untuk tujuan komersil. Antara ciri tumbuhan ini atau juga dipanggil sebagai pokok gelam wangi Australia atau juga dikenali dengan panggilan komersialnya sebagai pokok tea tree merupakan pokok tumbuhan berkayu dengan ketinggian mencapai 4-7m. Kulitnya seakan-akan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan yang memanjang dengan mudah. Saiz daunnya yang kecil dan berbentuk 'lanceolate' itu tersusun secara susunan berlingkar (spiral) di sepanjang ranting. Pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang dari hujung hingga ke pangkal daun. Di kawasan utara semenanjung Malaysia, bunganya yang berwarna putih itu kembang ketika bulan Mac hingga April. Penulis dapat info mendapati tumbuhan 'Tea tree' ini ialah tumbuhan jenis saka yang berasal dari benua Australia. Sehingga kini sebanyak 230 spesies Melaleuca telah dikenal pasti. Daripada jumlah banyak bilangan spesis ini yang terdapat di Australia, hanya tiga spesies sahaja iaitu Melaleuca alternifolia, M.linarifolia dan M. dissitifloria yang mempunyai komposisi kimia yang tepat terkandung di dalam minyaknya, iaitu mengandungi terpinen-4-ol yang tinggi dan kineole yang rendah. Minyak tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Artikel subuh 27 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman 'tea tree' untuk mendapatkan info dengan baik.
Tanaman ini memang kurang popular dahulu kerana ia bukan tanaman herba komersil. Bagaimana pun tanaman awal di peringkat ladang telah dimulakan di kawasan utara semenanjung Malaysia pada tahun 1993. Sehingga kini pertumbuhannya amat baik dengan potensi hasilnya boleh mencapai dua kali ganda daripada tempat asalnya iaitu di Australia. Pokok ini boleh matang di sekitar bulan November dan Disember. Kuntum bunga yang sesil itu terdapat pada akhir ranting dahan (Sila lihat foto disebelah). Bunga Melaleuca alternifolia adalah dari jenis dwiseks dan bersifat dulu jantan (protendous flower). Stigmanya reseptif lebih lewat daripada debunganya yang telah berkembang lebih awal. Oleh itu pendebungaan sesama sendiri pada satu bunga adalah minimum. Spesis seperti Melaleuca alternifolia serta banyak spesis dan famili Myrtaceae yang lain untuk mengeluarkan bunga yang banyak dalam sesuatu pokok ketika musim berbunga yang puncak. Perkembangan bunga ini mengambil masa yang agak panjang dan dengan cara demikian pendebungaan antara satu bunga dengan yang lain boleh berlaku dengan sempurna. Lenggai yang matang saiznya adalah sebesar 2 mm garis pusat dan panjangnya 3 mm. Setiap lenggai mempunyai tiga ruang. Pada amnya, terdapat antara 100 hingga 150 biji benih yang kedl dan keras berwarna eoklat bagi setiap lenggai.
Berapa ramai dikalangan orang biasa yang kenal dan tahu akan khasiat daripada 'tea tree' ini?.Sebenarnya minyak tea tree yang diekstrak melalui penyulingan daun adalah digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. la merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarab dalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit. Tindakan minyak tea tree terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya. Produk farmaseutikal yang dikeluarkan seeara komersial dengan menggunakan formulasi minyak tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea. Sebenarnya memang sudah sejak lama produk tea tree oil digunakan di Australia untuk menyembuhkan luka dan bekas luka. Namun, masyarakat setempat segera mengetahui bahwa minyak semulajadi ini ternyata memiliki berbagai kegunaan. Salah satunya dalam rawatan untuk kecantikan. Bagaimana pun didakwa terdapat banyak lagi khasiat khusus yang didakwa hasil daripada tanaman herba ini.
Pertama sekali adah kerana ia mampu mengurangkan jerawat pada bahagian muka. Tea tree oil dapat melawan jerawat dan juga mengurangkan aktiviti sebum kulit yang membuatkan kulit berminyak. Anda juga dapat membuat masker wajah dengan tea tree oil dan lidah buaya untuk kulit yang rentan jerawat disebabkan kedua ekstrak ini boleh membantu menyembuhkan jerawat. Kedua adalah ia mampu unyuk melembapkan kulit muka bagi mereka yang memiliki kulit kering. Sapukan minyak pada kulit secara teratur dengan tea tree oil untuk membantu melembapkan kulit. Tea tree oil boleh membuat kulit terasa lebih lembut dan kenyal. Ada orang suka mencampurnya dengan minyak jojoba atau minyak zaitun untuk memaksima kesannya. Minak ini mampu mencegah rambut gugur. Sapukan rambut dan kulit kepala dengan tea tree oil dimana ini dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan rambut dan mengurangkan dari rambut gugur. Ada juga orang yang suka mencampurkan tea tree oil dengan telur, yogurt dan madu untuk membuat masker rambut. Anda dapat menerapkan masker ini sekali seminggu dan membiarkan selama sekitar setengah jam sebelum kemudian membilasnya. Bagi tujuan melawan infeksi kulit maka penggunaan tea tree oil sangat efektif dalam mengubati dan menyembuhkan berbagai infeksi di kulit seperti kutil, panau dan kurap. Bagi mengatasi masaalah kelumumur, anda canpurkan tea tree oil dengan dengan shampo dan gunakan untuk basuk rambut. Artikel mengenai penanaman dan pemprosesan serta cashflow dalam Part 2 dan Part seterusnya. Wasallam!.
NAMA 'TEA TREE'...APAKAH DIA...
POKOK HERBA...DARI AUSTRALIA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
BOLEH PROSES... AMBIL PATINYA...
By,
M Anem,
Senuir Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)
Demikianlah Artikel HERBA - TEA TREE (Part 1)
Sekianlah artikel HERBA - TEA TREE (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HERBA - TEA TREE (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-tea-tree-part-1.html