Judul : HERBA - ROSEL (Part 2)
link : HERBA - ROSEL (Part 2)
HERBA - ROSEL (Part 2)
ROSEL (Hibiscus sabdariffa L) merupakan sejenis tanaman herba yang diperkenalkan di Malaysia sekitar pertengahan tahun 1980'an lagi untk dibuat kajian terutama di Universiti Malaya. Tanaman ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel daripada keluarga Malvaceae iaitu sama dengan sayuran Kacang Bendi. Saya berpengalaman untuk memperkenalkan tanaman rosel di Daerah Mersing, Johor pada tahun 1997 dan ia masih ada ditanam sehingga artikel ini ditulis pada Julai 2015 sebagai tanaman yang diusahakan oleh petani disana. Sebenarnya rosel mempunyai lebih daripada 300 spesies yang telah dikenal pasti di seluruh dunia khasnya di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Di Malaysia lazimnya penanaman roseI secara komersial mula diperkenalkan kepada petani di Terengganu pada tahun 1993 oleh Jabatan Pertanian melalui projek perintis dalam percubaan membangunkan tanaman ini sebagai tanaman industri yang baru. Semasa projek ini dijalankan didapati roseI yang ditanam di tanah Bris telah mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan kurang masalah penyakit berbanding dengan tanaman di tanah mineral berliat. Selepas itu beberapa kajian susulan telah diteruskan oleh Jabatan Pertanian dan juga MARDI tetapi hanya tertumpu di kawasan tanah pasir bris sahaja. Bagaimana pun pprojek ini tidak dapat 'sustain' kerana faktor harga jualan dan juga jaminan pasaran pada waktu sehinggakan kilang memproses rosel ditutup operasinya. Saya ada menulis mengenai rosel dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Artikel tersebut boleh dirujuk sama dalam menambah ilmu pengetahuan mengenai tanaman rosel. Beberapa artikel lain juga boleh dirujuk. Bagaimana pun penanaman rosel secara kecil-kecilan terus berjalan dikawasan lain untuk pasaran domestik dan juga eksport. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tanaman yang dikelaskan sebagai herba untuk rujukan dan bacaan anda.
Menanam rosel perlukan kemahiran asas termasuk dalam nmenguruskan sistem pengairan. Sistem pengairan sesuai diperlukan untuk memastikan tanaman roseI dapat hidup dengan subur. Tanpa kandungan air yang mencukupi lazimnya unsur baja atau nutrien di dalam tanah tidak dapat dimanfaatkan oleh pokok. Kaedah yang sesuai adalah sistem pengairan renjis berputar atau kaedah lain juga boleh digunakan. Kekerapan pengairan bergantung kepada keadaan cuaca, jenis tanah dan tahap pertumbuhan pokok. Manakala isi padu air bagi setiap kali pengairan hendaklah tidak melebihi aras pegangan air maksimum oleh tanah atau 'field capacity'. Pengairan yang berlebihan perlu dielakkan bagi menghindari kehilangan nutrien di dalam tanah dan juga pembiakan penyakit. Bagi tujuan pembajaan sebaiknya ia dilakukan dengan cara menggunakan baja organik dan tak organik. Bagi tanah pasir Bris, baja organik seperti baja najis ayam pada kadar 1 0-20 t/ha atau POME (kek enap cemar kilang sawit) pada kadar 20-40 t/ha perlu digunakan untuk pemulihan tanah khasnya untuk zon pengakaran pokok. Bagi tanah mineral berliat pula penggunaan baja organik tidaklah begitu kritikal kerana kadar 5-10 t/ha baja najis ayam atau 10-20 t/ha POME adalah mencukupi. Untuk kesan yang lebih baik, baja organik hendaklah ditabur dan digaulkan ke dalam tanah mengikut baris tanaman 5-7 hari sebelum menanam. Manakala pembajaan tak organik pula, kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanah bris ialah 350 kglha baja sebatian 15:15:15 pada peringkat awal pertumbuhan dan 1,200 kglha baja sebatian 12:12:17:2 pada peringkat berbuah. Baja 15:15:15 dibahagi kepada tiga bahagian yang sama banyak dan dibubuh pada minggu kedua, keempat dan keenam selepas menanam. Manakala baja 12:12:17:2 pula dipecahkan kepada enam bahagian yang sama banyak juga dan diberi pada minggu ke-8, ke-10, ke-12, ke-14, ke-16 dan ke-18 selepas menanam. Bagi tanah mineral berliat pula, kaedah penggunaan baja tak organik adalah sama cuma kadar pembajaan boleh dikurangkan sebanyak 10-30%.
Kawalan rumpai boleh dilakukan bermula dengan semburan racun pracambah seperti alachlor (Lasso) yang disembur sebaik sahaja selesai menanam. Kaedah ini akan mengawal rumpai secara membunuh benih rumpai yang baru bercambah dan ia berkesan selama lebih kurang 40 hari. Selepas itu kawalan boleh dilakukan dengan semburan racun rumpai biasa seperti paraquat (Gramoxone) secara berhati-hati iaitu dengan menggunakan alat pelindung bagi mengelakkan terkena pokok rose!. Manakala pertumbuhan rumpai antara batas boleh dikawal sambil menepur dan menaikkan batas dengan menggunakan jentera pembajak 'rotorvator'. Bagi tujuan pengurusan musuh perosak dan penyakit ia merupakan aspek yang perlu dilihat. Perosak utama bagi tanaman ini ialah Lelompat Hijau (Nephotettix sp) dan Kepinding Bendi (Dysdercus cingulatus). Kawalannya dapat dilakukan dengan semburan racun serangga seperti dari jenis Imidacloprid (Confidor) atau deltamethrin (Decis). Manakala penyakit utama tanaman rosel adalah Reput Daun (Coneilla musaiaensis) dan Reput batang (Phoma spp.) yang dapat dikawal dengan semburan racun kulat seperti carbendazim (Bavistin) atau mancozeb (Dithane M-45). Serangan penyakit hanya serius pad a musim kedua kerana cuacanya panas dan lembap.
Jika tanaman dijaga dengan baik lazimnya pungutan hasil buah roseI dimulakan apabila kaliks mencapai peringkat matang iaitu 70-85 hari selepas menanam. Pada peringkat ini kaliks telah berkembang sepenuhnya manakala biji benih di dalam lenggainya masih lagi berwarna putih kehijauan. Pembentukan buah rosel tidak serentak, oleh itu pungutan hasilnya perlu dilakukan berulang kali. Hanya buah yang matang sahaja dipetik pada setiap kali kutipan hasil. Pungutan hasil roseI biasanya dilakukan sebanyak 6-9 kali iaitu selang 7-10 hari setiap kali. Setakat ini kerja pungutan hasil buah roseI dilakukan secara manual oleh pekerja. Oleh itu keperluan tenaga buruh sangat tinggi bagi kos menetik hasil dan aktiviti membuang biji (decoring). Potensi pencapaian hasil buah yang pernah direkodkan di tanah berpasir Bris Siri Baging, ialah 14.17-17.32 mt/ha, 16.06-24.98 mt/ha bagi Siri Rudua dan 12.07-12.41 mt/ha bagi Siri Rhu Tapai. Manakala hasil buah rosel yang ditanam di tanah mineral berliat seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Johor dari projek yang dilakukan di Mersing adalah hampir sama atau lebih rendah berbanding dengan hasil di tanah Bris. Lazimnya rosel yang ditanam pada musim pertama iaitu pada awal tahun (Januari-Jun) mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan bermutu berbanding dengan hasil pada musim kedua (Julai-Disember). Faktor ini disebabkan oleh keadaan cuaca pada musim pertama yang suhu waktu siangnya panas dan kering manakala suhu malam yang agak sejuk. Keadaan ini adalah lebih baik untuk pertumbuhan pokok dan kurang masalah penyakit. Sebaliknya tanaman rosel musim kedua yang mengalami cuaca yang panas dan lembap akibat hujan yang banyak, menggalakkan serangan penyakit kulat terhadap daun, batang dan buahnya.
Buah yang dipungut di ladang hendaklah dipastikan dalam keadaan segar dan tidak tercemar dengan kotoran seperti pasir. Buah ini kemudian segera dibawa ke pusat pengumpulan untuk dibersihkan dan juga dibuang lenggai (seed pod) sebelum dihantar ke kilang pemprosesan. Kerja membuang lenggai masih lagi dilakukan secara manual. Menilai dari segi kosting pula penulis berpengalaman melaksanakan prjek tanaman rosel di Mersing, Johor selama 4 tahun. Jumlah kos pengeluaran bagi tanaman roseI khasnya di tanah Bris adalah sekitar RM10,800/ha semusim iaitu berdasarkan kos bahan input sebanyak RM5,260, kos tenaga kerja sebanyak RM4,200 dan kos luar jangkaan RM980. Dari segi penggunaan input bahan, kos baja organik sebanyak RM 1,800.00/ha adalah yang tertinggi. Faktor ini disebabkan tanah bris memerlukan kadar baja organik yang lebih tinggi bagi membaiki tahap kesuburannya. Manakala dari segi kos tenaga pula, kos memungut hasil iaitu RM2,400/ha adalah yang tertinggi. Kos memungut hasil dijangka dapat dikurangkan dengan bantuan penggunaan jentera. Kos pengeluaran roseI di tanah mineral berliat belum lagi diperoleh kerana sehingga kini kesemua kajian yang dijalankan oleh MARDI dan Jabatan Pertanian hanya tertumpu kepada tanah Bris sahaja. Walau bagaimana pun jumlah kos pengeluaran di tanah mineral berliat dianggarkan 10-30% lebih rendah berbanding dengan tanah Bris. Oleh itu berdasarkan potensi hasil buah roseI segar sebanyak lebih kurang 16.0 t/ha maka kos pengeluaran ialah RM0.70/kg.
Menanam rosel bukan menjadi satu kegemaran kepada petani. Hanya mereka yang biasa menanam sayuranseperti sayur buah (Bendi) yang mampu dan faham untuk menanam rosel. Masalah utama bagi pengeluaran rosel sehingga kini ialah ketiadaan pasaran yang terjamin dimana perkara ini telah menyebabkan petani mengalami masalah untuk menjual kutipan hasil tanaman mereka. Keadaan ini dapat dielakkan jika roseI ditanam oleh petani secara kontrak dengan pengilang seperti tanaman tembakau yang dilakukan secara kontrak dengan pengawet. Penulis pernah membantu menjual rosel kepada beberapa pengilang tempatan tetapi sukar untuk mendapatkan bayaran. Kata pengilang banyak kaliks rosel yang dihantar telah rosak dan tidak boleh digunakan sebab lambat tiba dan berlaku kerosakkan disepanjang perjalanan yang jauh. Bagaimana pun pengilang tetap memproses rosel tersebut juga untuk dijadikan kordial dan halwa rosel. Masalah yang kedua ialah kos tenaga kerja yang tinggi bagi operasi kutipan hasil. Kos ini dapat dikurangkan jika kutipan hasil dapat dilakukan dengan bantuan penggunaan jentera. Manakala masalah kerosakan oleh serangan penyakit kulat pula dapat dielakkan dengan mengutamakan penanaman pada awal tahun supaya semua kutipan hasil selesai sebelum musim hujan. Tanaman rosel walau pun diketegorikan sebagai sejenis tanaman herba masih jauh dari diminati oleh kebanyakan petani. Selagi isu jaminan pasaran tidak dapat diselesaikan maka prestasi pengluasan penanaman rosel masih jauh lagi. Wasallam!.
TANAM ROSEL... DITANAH PASIR...
JENIS ROSEL UMKL..MASIH DIFIKIR...
MEMETIK BUAH... MEMANG SUKAR...
ISU PASARAN... PERLU DIBONGKAR...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 202, Hotel Timotel,
Jalan Endau-Mersing,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(5 Syawal 1436H)

Demikianlah Artikel HERBA - ROSEL (Part 2)
Sekianlah artikel HERBA - ROSEL (Part 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HERBA - ROSEL (Part 2) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-rosel-part-2.html