HERBA - PANDAN (Part 2)

HERBA - PANDAN (Part 2) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HERBA - PANDAN (Part 2), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel HERBA - PANDAN, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HERBA - PANDAN (Part 2)
link : HERBA - PANDAN (Part 2)

Kamu Bisa Download File HERBA - PANDAN (Part 2) di bawah ini !

Baca juga


HERBA - PANDAN (Part 2)

PANDAN (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dan ramai dikalangan kita kenal akan tumbuhan ini. Daun pandan lebih popular diguna dalam kegiatan masyarakat tempatan sama ada dalam masakkan, perubatan tradisional, bunga rampai, ekstrak pati daun dan pelbagai lagi. Nama Lain bagi pandan dalam bahasa Inggeris adalah 'Fragrant screwpine' iaitu tumbuhan yang menghasilkan bau wangi. Saya ada menulis mengenai pandan dalam beberapa artikel sebelum ini (Sila klik disini)(Sila Klik disini)(Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dijadikan pautan rujukkan. Tumbuhan daripada keluarga Pandanaceae ini mudah tumbuh dimana-mana sahaja asalkan ada ruang dan cukup cahaya matahari. Terdapat beberapa jenis pandan yang ditanam di negara kita tetapi yang sering disebut adalah jenis Pandan Wangi. Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi ialah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas dibanyak kawasan tropika terutama di Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur atau tanaman keliling rumah. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad dimana penulis cuma berjuma dengan penanam pandan berpuloh-puloh ekar dibawah tanaman kelapa sawit atas tanah gambut di Johor. Pengusaha tersebut mendapat bimbingan melalui Jabatan Pertanian dibawah EPP1 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ladang dan juga pemproses daun pandan komersil. Artikel malam ini dalam hujan gerimis jam 12.15 malam, saya masih gagah menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok pandan sebagai sejenis herba yang amat dikenali dan ditanam disekeliling rumah. Artikel ini diharap memberikan kefahaman lebih mengenai kehebatan pokok pandan.


Mengikut teknologi penanaman pandan, jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.0 m di antara baris dan 1.5 m dalam baris bagi enam baris tanaman. Jarak ini diikuti dengan ruang selebar 3.0 m bagi memudahkan laluan kenderaan untuk tujuan pengangkutan bahan input serta hasil (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman ialah 5,000 pokok sehektar. Bagi membaris dan membuat lubang tanaman lebih kurang ukuran sekitar 25 cm x 25 cm x 25 cm. Penanaman pandan sebaiknya dilakukan pada awal musim hujan kerana pertumbuhan awal pokok di ladang memerlukan air yang mencukupi. Penanaman pokok pandan boleh ditanam dengan sinaran matahari yang mencukupi atau pun dengan naungan minima seperti dibawah tanaman kelapa sawit dalam tanah gambut dengan pengurusan berbeza.Benih pandan mudah diperolehi daripada sulur pandan pokok matang yang banyak terdapat dibahagian bawahnya. Kutip semua sulur tersebut atau batang pokok pandan yang mempunyai ruas atau tunas untuk ditanam dikawasan baru. Pastikan tanah yang hendak ditanam dengan pandan bebas daripada rumpai. Pandan sesuai ditanam dalam semua jenis tanah tetapi semestinya ada sistem saliran baik untuk mengelakkan kawasan tenggelam air. Penanaman sebaiknya dalam musim hujan agar pokok mudah tumbuh atau dipasang dengan pengairan jika ditanam pada musim kering.


Tanaman pandan perlukan pembajaan dengan memberikan baja superfosfat atau Christmas Island Rock Phosphate (CIRP) pada kadar 0.5 tan sehektar (100 g/Iubang) adalah merupakan baja asas. Baja pemuliharaan pula ialah baja sebatian NPK (15:15:15) pada kadar 0.5 tan sehektar bagi setiap penuaian. Kadar ini merupakan pengesyoran awal. Bagi penuaian hasil utama, pembajaan dilakukan dengan empat pecahan yang sama iaitu pada bulan ke-2, ke-5, ke-8 dan ke-11 selepas sahaja penanaman. Kadarnya ialah 0.1 kg sepokok. Manakala bagi hasil ratun, pembajaan dilakukan pada tiga pecahan yang sama iaitu pada bulan pertama, bulan keempat dan bulan ketujuh selepas penuaian yang sebelumnya. Bagi hasil utama iaitu pada peringkat awal pertumbuhan (bulan kedua dan kelima), pemberian baja dilakukan secara menabur di sekeliling pangkal pokok. Cara pemberian baja selanjutnya memadai dengan menabur terus di antara baris. Ini akan menjimatkan masa kerana akar pokok telah banyak dan menyebar kekawasan lebih luas. Aktiviti pengapuran dilakukan pada kadar 5.0 t/ha dengan dua pecahan yang sama setiap kali menuai. Pemberiannya dilakukan secara tabur terus di antara baris pada bulan keempat dan ke-10 bagi hasil utama dan bagi hasil-hasil ratun pada bulan ketiga dan keenam selepas penuaian yang lalu. Pengesyoran awal pembajaan berdasarkan hasil dan umur tanaman di ladang.


Kawalan rumpai dikawasan tanaman pandan perlu dilakukan sepanjang masa penanaman. Pembajakan tanah serta semburan racun rumpai semasa penyediaan kawasan tanaman sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan populasi rumpai pada peringkat awal penanaman. Kawalan rumpai bagi tempoh enam bulan pertama selepas menanam adalah secara menajak. Jika perlu sebaiknya ia dilakukan lebih kurang dua bulan sekali. Selanjutnya kawalan dilakukan melalui semburan raeun rumpai jenis sistemik seperti glifosat dan diselang dengan raeun jenis sentuh seperti paraquat dengan kekerapan 2 - 3 bulan sekali bergantung kepada populasi rumpai. Perhatian khusus perlu diberikan supaya tanaman tidak terkena racun semasa penyemburan dilakukan kerana ia boleh seterusnya menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Masalah rumpai ini akan berkurangan apabila pokok mula merimbun dan anak-anak sulur-sulur mula membiak dan membesar (Sila lihat foto disebelah)Pengurusan air dalam kawasan tanaman pandan penting dan sebaiknya menanam pandan memilih kawasan tanah yang lembap. Bagi kawasan dimana tanaman yang terdapat taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun, sistem pengairan tambahan tidak diperlukan. Tanaman di kawasan yang mengalami kemarau panjang disyorkan penggunaan sistem pengairan renjis berputar (sprinkler) bagi memastikan pertumbuhan pokok tidak terjejas pada musim kering.


Tanaman pandan adalah tahan daripada serangan musuh dan penyakit. Bagi pengurusan musuh perosak dan penyakit ianya bukan menjadi satu perkara penting. Tanaman pandan biasanya jarang diserang oleh serangga atau penyakit yang boleh memusnahkan. Oleh yang demikian teknik semburan pengawalan perosak yang terancang tidak perlu diadakan. Tambahan pula tanaman ini akan diproses bagi pembuatan makanan. Penggunaan raeun kimia tidak digalakkan supaya kualiti produk yang dihasilkan baik dan terjamin. Penuaian hasil utama adalah lebih kurang 12 bulan selepas ditanam di ladang. Bagi hasil-hasil ratun pula ia sesuai dituai selang lebih kurang lapan bulan sekali selepas penuaian yang lalu, iaitu pada bulan ke­20, ke-28 dan ke-36 masing-masing bagi ratun 1, ratun 2 dan ratun 3. Tempoh masa penuaian ini adalah sebagai pengesyoran awal. Sebanyak empat kali penuaian hasil akan diperoleh bagi tempoh tiga tahun penanaman. Penunjuk masa penuaian bagi setiap kali penuaian adalah apabila terdapat beberapa helai daun di bahagian bawah pokok mulai kuning dan kering. Cara penuaian hasil adalah dengan memotong bahagian batang pokok pada aras lebih kurang 20 - 30 cm dari tanah. Parang dan sabit boleh digunakan untuk menuai. Kadar penuaian, pengumpulan dan pembersihan hasil secara ini adalah lebih kurang 0.5 tan pandan segar/hari kerja. Hasil yang diperoleh dikumpulkan di ruang 3.0 m yang berada bersebelahan enam baris pokok untuk tujuan memudahkan penimbangan dan pengangkutan. Daun kering dan kekuningan di bahagian pangkal pokok dibuang dengan memotong pangkal batang. Pandan yang telah bersih, diikat untuk persediaan pasaran (Sila lihat foto disebelah). Potensi hasil pandan segar yang dituai masing-masing bagi hasil utama, ratun 1, ratun 2 dan ratun 3 adalah sebanyak 24, 43, 35 dan 28 tan sehektar. 


Hasil yang boleh dipasarkan ialah 90% daripada jumlah ini iaitu setelah dibuang pangkal batang bersama daun kering dan juga sulur yang mempunyai daun yang masih muda. Jumlah anggaran yang perlu dibuang semasa pembersihan adalah lebih kurang 10% daripada jumlah yang dituai. Hasil sebenar yang boleh dijual masing-masing ialah 22, 38, 32 dan 25 t/ha bagi hasil utama, ratun 1, ratun 2 dan ratun 3. Maklumat hasil ini diperoleh dari tanaman secara komersial seluas empat hektar di tanah gambut yang dijalankan oleh beberapa stesyen pertanian di IPRS Pontian dan MARDI Jalan Kebun serta petani disekitar Muar, Johor. Pandan yang segar perlu segera dihantar kepusat pengumpulan untuk dijual atau diproses. Dari segi kosting, usaha menanam pandan komersil mampu memberikan pulangan yang baik. Berdasarkan operasi selama tiga tahun dengan empat kali penuaian, kosting bagi keseluruhan pengeluaran bagi sehektar kawasan untuk penanaman pandan di tanah gambut adalah lebih kurang RM20,750, RM7,170, RM6,730 dan RM6,330 masing-masing bagi pengeluaran hasil utama, ratun 1, ratun 2 dan ratun 3. Kos puratanya ialah RM13,660 setahun. Berdasarkan harga jualan di ladang sebanyak RM900/t (atau RM0.90/kg) dan kesemua hasil dapat dijual, maka pendapatan bersih dan pendapatan pulangan buruh keluarga masing-masing ialah RM21,230 dan RM28,330 setahun. Kos bersih pengeluaran pandan segar ialah RM0.40 sekilogram dan kos pulangan buruh keluarga ialah RMO.20 sekilogram. Diharap artikel ini mampu memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
TANAM PANDAN...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
SELEPAS 12 BULAN...SUDAH SEDIA...
DITUAI DIJUAL... PENENTUNYA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1436H)


Demikianlah Artikel HERBA - PANDAN (Part 2)

Sekianlah artikel HERBA - PANDAN (Part 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HERBA - PANDAN (Part 2) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-pandan-part-2.html