Judul : HERBA - MISAI KUCING (Part 1)
link : HERBA - MISAI KUCING (Part 1)
HERBA - MISAI KUCING (Part 1)
MISAI KUCING (Orthosiphon stamineus Benth sinonim Orthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik. Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal. Artikel malam raya kedua 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang kini popular untuk ditanam secara komersil iaitu Misai Kucing sebagai satu bahan rujukan saintifik untuk anda semua.
Bagi mereka yang kali pertama membaca blog ini mungkin akan tertanya-tanya apakah dia herba Misai Kucing yang diperkatakan ini. Bagaimana pun setelah anda melihat foto disebelah tentunya setuju dengan penulis bahawa akan dilihat struktur seperti misai kucing yang amat jelas pada bunga herba tersebut. Herba ini cepat tumbuh dengan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 meter. Batangnya lazimnya akan berbentuk segi empat serta berbulu pendek atau gondol. Pada pemerhatian penulis ia lazimnya akan berwarna kemerahan yang akan tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Pokok misai kucing mempunyai jenis daun yang tersusun dalam pasangan yang bertentangan (alternate arrangement) dengan permukaan daun yang licin dan ia adalah berwarna hijau. Jika diteliti kita melihat daunya berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjeriji. Tangkai daun biasanya pendek iaitu lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Pendapat ramai ada menyatakan bahawa nama misai kucing diberi berdasarkan ciri bunga. Ciri uniknya ialah bunga mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia terdapat dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu Varieti Bunga Putih dan Varieti Bunga Ungu Tua. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS 1 manakala varieti warna ungu dikenali sebagai MOS 2 (Sila rujuk gambar dibawah). Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini. MOS 1 mempunyai kanopi lebih besar, tinggi dan pertumbuhan yang lebih subur. MOS 1 juga mempunyai kadar pertumbuhan ranting lebih banyak dan cepat berbanding dengan MOS 2.
Misai Kucing pastinya mempunyai banyak khasiat dan juga kegunaannya. Penulis dapati di Malaysia, tanaman ini telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Ini mungkin secara saintifiknya terdapat kandungan bahan iaitu Ortosifonim dan Garam Kalium (yang banyak terdapat pada daunnya) iaitu ia merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat, dan oksalat dalam tubuh manusia. Bahan baik ini membantu organ dalaman terutama pada hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya mendapan batu ginjal. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Selain itu didakwa bahawa bahagian daun misai kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil iaitu herba yang bbersifat diuretik. Ini membolehkan ia didakwa mampu merawat batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, keneing manis dan demam. Caranya adalah dengan merebus daun sehingga mendidih dan tunggu sehingga air menjadi suam sebelum diminum. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.
Bagaimana pun sebelum anda hendak menanam secara komersil herba Misai Kucing ini perlu mencari maklumat teknikal dan juga ruang pasaran. Beberapa usahawan telah mengalami masaalah hendak menceburu bidang tanaman herba misai kucing. Misai kueing mudah ditanam dan sesuai diusahakan di pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir seperti tanah bris dan tanah aluvium (Sila rujuk foto disebelah). Untuk pertumbuhan yang baik diperlukan taburan purata hujan bulanan yang amat diperlukan sekitar 180 - 200 cm. Pengairan hendaklah diberi terutama dalam suasana musim kering. Pokok misai kucing yang mengalami kekurangan air dimana ini lazimnya akan menghasilkan daun yang kecil, rapuh dan keras. Berbanding dengan tanaman lain, misai kueing didapati tahan terhadap air bertakung. Pertumbuhan pokok didapati tidak terjejas walaupun mengalami air bertakung selama 24 jam. Tanaman ini memerlukan kawasan yang lembap untuk pertumbuhan vegetatif yang maksimum. Bagi tanah bris, misai kueing memerlukan 30 - 40% teduhan jika penanaman dijalankan pada musim kering Januari hingga Jun). Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wallahualam!.
MISAI KUCING .. SEJENIS HERBA...
MISAI KUCING .. SEJENIS HERBA...
NAMA UNIK...MARFOLOGI SAMA ..
DUA VARIETI... PUTIH UNGU ADA...
BERKHASIAT... PRODUK TERSEDIA...
By,
M Anem,
Room 520, Hotel Pine Tree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Syawal 1436H)
Demikianlah Artikel HERBA - MISAI KUCING (Part 1)
Sekianlah artikel HERBA - MISAI KUCING (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HERBA - MISAI KUCING (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-misai-kucing-part-1.html