HERBA - KESUM (Part 1)

HERBA - KESUM (Part 1) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HERBA - KESUM (Part 1), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel HERBA - KESUM, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HERBA - KESUM (Part 1)
link : HERBA - KESUM (Part 1)

Kamu Bisa Download File HERBA - KESUM (Part 1) di bawah ini !

Baca juga


HERBA - KESUM (Part 1)

KESUM (Polygonum minus Huds) merupakan sejenis tanaman herba dalam kategori ulaman yang popular di negara kita sebagai perencah masakan. Nama Lain Kesum adalah seperti Phak phai (Thailand) atau Knotweed (lnggeris) iaitu daripada famili Polygonaceae. Penulis memang amat mengenali daun kesum kerana amar sering menggunakan malahan menanamnya di halaman rumah. Tanaman kesum berasal atau natif dari kawasan Asia Tenggara iaitu daripada Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. la didapati tumbuh liar terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. la juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Daun kesum merupakan komponen yang paling sering digunakan bersama batangnya dalam masakkan. Selain daripada ia mudah didapati disekeliling rumah yang menanam, daun kesum selalu dijual di pasar basah, pasar malam, pasaraya, pasar tani dan kedai runcit dengan harga amat murah. Satu ikat daun kesum di pasar malam Bulit Baru, Melaka hanya dijual RM1.00 yang boleh digunakan untuk beberapa kali masakan terutamanya masakkan asam pedas special Melaka. Bagaimana pun tidak semua orang suka akan daun kesum terutama masyarakat Jawa di sekitar Muar dan Ledang berdasarkan kepada kajian rambang yang penulis jalankan sekitar tahun 2010 bersama Jabatan Pertanian. Artikel subuh 27 Ramadan 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 4,412 mengenai herba tanaman kesum untuk dijadikan rujukkan. Artikel ini mempunyai beberapa Part iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3.

Ciri marfologi daun kesum dikatakan sejenis tanaman herba yang renek, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.0 meter di dataran rendah dan sehingga 1.5 meter di kawasan tanah tinggi. Daunnya panjang dan runcing berbentuk anak panah, 5-7 cm panjang dan 0.5-2.0 cm lebar (Sila anda lihat foto disebelah). la tersusun secara berselang pada bahagian batang dengan berwarna hijau tua dan sangat beraroma. Aroma inilah yang mendatangkan keenakan kepada masakan selain daripada rasanya. Batangnya berbentuk silinder yang berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan bergantung kepada umur batang tersebut. Ia juga mempunyai buku dan ruas yang pendek yang mudah berakar. Bunganya pula terdapat di hujung pucuk dengan berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Pada masa ini belum ada varieti kesum yang dikenalpasti atau didaftarken dengan Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Plant Variety Registration. Bagaimana pun umumnya penulis dapati pada amnya terdapat dua jenis kesum  iaitu JENIS MENJALAR (merayap) dan JENIS MENEGAK (yang tumbuh agak menegak). Bagaimana pun untuk dijadikan varieti perlukan kajian lebih lanjut. Pada saya ia masih dikelaskan sebagai Kesum Varieti Tempatan. Untuk penanaman seeara komersial selalunya jenis yang menegak lebih sesuai kerana memudahkan kerja penyelenggaraan dan penuaian hasil.

Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah atau menambah perisa di dalam banyak jenis makanan. Antara jenis makanan yang mesti dibubuh daun kesum terutama untuk laksa dan asam pedas. Lazimnya dikatakan ia boleh dimakan terus sebagai ulam atau pun dibuat kerabu. Kerabu yang mengandungi daun kesum amat popular di Kelantan dengan hidangan Nasi Kerabu. Makanan lain banyak yang menggunakan daun kesum bergantung kepada kreativiti tukang masak. Dalam pada itu beberapa dakwaan mengenai khasiat daun kesum serng dibincangkan. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Daun kesum yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia aldehid alifatik yang tinggi (60%) dan komponen kimia utamanya ialah dekanal dan dodekanal. Sebagai punea bahan semula jadi aldehid alifatik, minyak kesum pula dipereayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri peri sa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

Tanaman kesum mengikut kesesuaian iklim dimana pada umumnya tanaman kesum boleh ditanam di pelbagai jenis tanah sama ada jenis tanah jenis mineral ke tanah gambut dimana keperluan air mestilah mencukupi. Bagaimana pun penulis menanam kecum dalam takung hidropinik yang amat mudah dijaga (Sila lihat foto disebelah). Kepeluan kawasan tanaman kesum lazimnya memerlukan taburan hujan yang seimbang semasa penanaman dengan jumlah 2,500 - 3,000 mm setahun. Kawasan yang mempunyai musim kemarau yang ketara (lebih 1 bulan) tidak sesuai atau tidak digalakkan untuk penanaman kesum kecuali bekalan air  atau ada sistem pengairan yang sempurna dipasang. Tanaman kesum boleh tumbuh dengan subur dari aras laut sehingga ketinggian 1,500 m. Sebelum penanaman, tanah perlulah disediakan dengan baik dan sesuai untuk tanaman. Bagi kawasan rendah yang mudah tenggelam air pastikan dibina parit ladang untuk mengelakan kawasan tanaman tenggelam air. Satu pusingan bajak piring diikuti dua pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Jika perlu disediakan batas tanaman untuk menjamin tumbuhan tumbuh dengan baik dan mudah untuk aktiviti pengurusan. Artike ini bersambung Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
DAUN KESUM... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM..SELALU DIGUNA...
AMBIL KERATAN... BENIH DISEDIA...
DIBERI BAJA... DITUAI SELAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayan Perskutuan,
Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)
Posted from Wawee Resort,
Doi Chang, Chiang Rai,
Thailand.
21 Ogos 2015


Demikianlah Artikel HERBA - KESUM (Part 1)

Sekianlah artikel HERBA - KESUM (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HERBA - KESUM (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-kesum-part-1.html