HERBA - HALIA (Part 3)

HERBA - HALIA (Part 3) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HERBA - HALIA (Part 3), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel HERBA - HALIA (, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HERBA - HALIA (Part 3)
link : HERBA - HALIA (Part 3)

Kamu Bisa Download File HERBA - HALIA (Part 3) di bawah ini !

Baca juga


HERBA - HALIA (Part 3)

HALIA (Zingiber officinaIe Ross) adalah sejenis tumbuhan umbisi yang juga dikategorikan sebagai sejenis HERBA berdasarkan kepada penggunaan dan khasiatnya. Penulis telah menulis lebih dari 7 artikel sebelum ini mengenai tanaman herba. Anda boleh layari artikel tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini)(Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi. Halia merupakan tanaman penting dimana ia mempunyai banyak nama seperti Ginger (lnggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia) Kinkh, Khing­ daen (Thailand) dan beberapa lagi. Tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae sama keluarga dengan tanaman kunyit dan lengkuas. Halia merupakan salah satu jenis rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah sejarah penjajahan berlaku disebabkan oleh perdagangan rempah seperti halia yang juga amat terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia pada masa ini adalah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Di Semenanjung Malaysia kawasan utama penanaman halia adalah dikawasan berbukit Janda Baik Daerah Bentong dengan varieti Halia Bentong (Sila baca disini) dan juga di Kundasang, Sabah (menanam varieti Halis Sabah). Kedua-dua kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia semakin berkurangan luasnya akibat banyak faktor yang mengancam industri penanaman halis di Malaysia. Artikel malam ini (Malam Raya) saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir.


Tanaman halia seperti tanaman umbisis yang lain perlu dijalankan kawalan perosak dan penyakit tanaman. Antara musuh perosak tanaman halia seperti Ulat Pengorek Batang (Udapes facus) ialah musuh utama bagi tanaman halia. Kerosakan dilakukan apabila beluncas mengorek terowong ke dalam batang, menyebabkan pucuk dan daun menjadi kuning dan kering. Lubang-Iubang yang dibuat ini jelas kelihatan pada tanaman yang diserang. Serangga ini boleh dikawal secara semburan menggunakan racun permethrin, acephate atau methamidosphos. Serangan musuh-musuh yang lain seperti serangga pemakan daun dan anai­ - anai, tidak begitu mustahak dan mudah dikawal. bagi serangan penyakit tanaman halia lazimnya terdapat tiga jenis penyakit iaitu i) Penyakit layu bakteria ii) penyakit layu fusarium dan iii) Penyakit bintik daun yang biasa menyerang tanaman halia. Penyakit Layu Bakteria adalah yang utama dan paling membahayakan tanaman halia serta boleh menyebabkan kerugian besar. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria bawaan tanah iaitu Pseudomonas solanacearum. Lazimnya bakteria ini boleh kekal di dalam tanah selama beberapa tahun lamanya. Tanda penyakit ini ialah layu dan kekuningan pada daun di bahagian bawah, kemudian merebak ke daun di bahagian atas sehingga semua daun menjadi coklat keemasan atau kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat serangan kemudiannya, daun yang mati berwarna coklat terkulai dari batang, batang menjadi berair dan mudah diceraikan dari rizom. Akhirnya rizom menjadi coklat kekelabuan, lembik dan reput. Apabila batang atau rizom dipotong melintang dan ditekan sedikit, lendir putih akan terkeluar dari permukaan. Rizom juga berbau busuk. Sehingga kini, tiada racun kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini di ladang. Rawatan tanah yang dibasahkan dengan 4% formalin dikatakan agak berkesan tetapi tidak begitu praktikal di kawasan yang luas. Oleh itu, amalan kultur yang baik adalah sangat penting termasuklah penggunaan benih yang tidak berpenyakit dan mengamalkan penanaman giliran dengan tanaman yang tidak berpenyakit yang sama seperti jagung, kacang dan tanaman jenis kukurbita.


Penyakit kedua yang menyerang tanaman halia adalah Penyakit Layu Fusarium dimana penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis kulat Fusarium oxysporum f.ziniberi. Tumbuhan yang dijangkiti oleh penyakit ini berkeadaan terbantut dan kekuningan. Apabila penyakit ini semakin merebak, daun di bahagian bawah menjadi layu dan akhirnya keseluruhan tumbuhan di bahagian atas tanah menjadi kering dan terkulai. Tempoh untuk pokok menjadi terkulai memakan masa beberapa bulan berbanding dengan penyakit layu bakteria yang cepat merebak. Penyakit ini juga berbeza daripada penyakit layu bakteria kerana tiada lendir putih kesusuan dikeluarkan. Rizom tumbuhan yang berpenyakit kelihatan kecut, hanya kulit dan serabut rizom sahaja yang tinggal. Sekiranya rizom halia yang di jangkiti disimpan, kulat berwarna putih seperti kapas akan kelihatan pada permukaan rizom tersebut apabila dipotong. Oleh itu, pemilihan bahan tanaman adalah sangat penting bagi mengelakkan sumber penyakit ini. Bagi pengawalannya, bahan tanaman terpilih setelah dipotong hendaklah dirawat dengan menggunakan larutan Bordeaux atau 0.25% benomil. Pewasapan tanah dengan bromide dikloropikrin atau metal isotiosianat dikloropropena juga dikatakan berkesan. Untuk mengurangkan penyakit ini, penanaman halia di kawasan yang mudah berlaku banjir hendaklah dielakkan. Ketiga adalah Penyakit Bintik Daun dimana penyakit ini disebabkan oleh kulat Phyllosticta zingiberi. Tanda awal penyakit ialah wujudnya bintik-bintik kecil berwarna kuning pada daun (Sila lihat foto disebelah). Bintik-bintik ini membesar, menjadi berair dan bertukar ke warna coklat dengan pusar berwarna putih. Pada daun muda, bintik-bintik mempunyai sempadan berwarna kuning, manakala pada daun tua berwarna coklat. Bintik-bintik boleh merebak dan kemudiannya membesar menjadi bentuk yang tidak menentu.


Penuaiah tanaman halia dikelaskan kepada umur semasa dituai sama ada untuk Halia Muda atau Halia Tua yang mempunyai pasaran berbeza. Lazimnya apa yang penulis lihat, Halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua masing-masing antara 4-5 bulan dan 8 - 9 bulan selepas menanam (Gambar 4). Hasil halia yang terbaik diperoleh jika penuaian dilakukan apabila pokok berusia 7 - 8 bulan. Sekiranya halia dituai pad a umur melebihi 9 bulan, kandungan serabut rizom meningkat dan ini akan merendahkan mutu. Hasil halia tua ialah 15 -22 t/ha dan halia muda ialah 8 - 12 t/ha. Penuaian halia tua biasanya dilakukan apabila batang yang hijau bertukar ke warna kuning dan mula layu. Cangkul atau garpu boleh digunakan untuk mengeluarkan rizom. Kerja penuaian perlu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan rizom tidak tercedera kerana keadaan ini akan mengurangkan nilai pasarannya. Rizom yang telah dikeluarkan perlu dielakkan daripada terdedah lama kepada cahaya matahari terik untuk menghalang kehilangan lembapan dan pertukaran warna.

Pengendalian selepas tuai tanaman halia penting untuk menjamin kualiti dan harganya. Lazimnya rizom yang telah dituai hendaklah dipisahkan daripada batangnya dan tanah yang melekat dibuang. Rizom kemudiannya diangkut ke tempat pembasuhan menggunakan bekas seperti raga buluh atau bakul plastik. Semasa pengendalian perlulah berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada rizom. Rizom halia seterusnya dinilai dan rizom yang rosak perlu diasingkan atau dibuang. Air bersih digunakan untuk membuang tanah dan serangga yang melekat pada rizom (Sila lihat foto disebelah). Rizom ini sebaiknya direndam di dalam larutan campuran Bordeaux (500 ppm) selama 15 minit bagi mengawal pertumbuhan kulat. Seterusnya rizom dikeringkan di kawasan yang redup atau di bawah kipas. Selanjutnya melalui proses rawatan iaitu halia yang telah kering diletakkan pada suhu bilik selama 4-5 hari bagi membolehkan pembentukan lapisan pelindung pada kulit luar rizom. Kemudian halia digred untuk dipasarkan. Tanaman Halia seperti yang dinilai dari segi ekonomik seperti anggaran kosting disediakan. Jumlah kos pengeluaran halia tua sehektar bagi tanaman di tanah mineral adalah lebih kurang RM24,720 semusim iaitu berdasarkan kos kerja kontrak, bahan input, kos tenaga pekerja dan kos luar jangka masing-masing sebanyak RM800, RM17,530 dan RM2,250 (Jadua/2). Oari segi penggunaan bahan, kos benih adalah yang tertinggi iaitu sebanyak RM9,000 bagi keperluan 1.8 tan benih sehektar. Kos ini berdasarkan harga benih sebanyak RM5,000/t. Manakala dari segi kos tenaga pula, kos memungut hasil dan pengendalian lepas tuai sebanyak RM1,500 adalah yang tertinggi. Berdasarkan anggaran hasil rizom segar antara 15-22 t/ha, kos pengeluarannya antara RM 1.12-RM 1.65. Smuga anda mendapat keberkatan dengan ilmu yang diberikan. Wasallam!. Selamat Hari Raya!...
TANAM HALIA..KATEGORI HERBA...
HALIA BENTONG...MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT...BANYAK GUNA...
TANAM SENDIRI... MACAMANA CARA?...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Badar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)


Demikianlah Artikel HERBA - HALIA (Part 3)

Sekianlah artikel HERBA - HALIA (Part 3) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HERBA - HALIA (Part 3) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-halia-part-3.html