HERBA - DOKONG ANAK (Part 1)

HERBA - DOKONG ANAK (Part 1) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HERBA - DOKONG ANAK (Part 1), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel HERBA - DOKONG ANAK, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HERBA - DOKONG ANAK (Part 1)
link : HERBA - DOKONG ANAK (Part 1)

Kamu Bisa Download File HERBA - DOKONG ANAK (Part 1) di bawah ini !

Baca juga


HERBA - DOKONG ANAK (Part 1)

DOKONG ANAK (Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria atau P. debelis) adalah sejenis herba yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian dan Herbs Development Office (HD) sebagai sejenis herba berpotensi tinggi untuk di komersilkan. Saya mengenali pokok dokong anak ini yang tumbuh meliar dikeliling rumah di Johor dahulu sebagai rumpai sahaja. Kini dokong anak juga dinamakan sebagai Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Tumbuhan Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker dan sebagai Shatter stone (lnggeris). Tumbuhan renek ini adalah daripada keluarga Euphorbiaceae. Dukung anak atau juga dikenali dengan buah amin ialah sejenis rumpai yang boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai habitat yang berbeza-beza daripada tanah gambut, tanah granit, tanah mineral, tanah bris dan pelbagai jenis tanah lagi. Tumbuhan ini banyak terdapat sama ada di kawasan lembap dan kering, di kawasan kebun atau tanah terbiar. Walaupun tumbuhan ini dianggap sebagai rumpai bagi petani, ia juga merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang bernilai bagi pengamal perubatan tradisional. Genus Phyllanthus ini mempunyai lebih 500 spesies dan sebahagian daripadanya mempunyai nilai perubatan dan digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit sama ada oleh penduduk di kawasan tropika atau suhu sederhana. alam beberapa rujukan penulis dapati secara tradisi tumbuhan ini banyak digunakan dalam sistem perubatan Ayurvedik, Yunani, perubatan Cina dan Amerika Selatan untuk rawatan penyakit berkaitan buah pinggang seperti batu karang, malaria, asma, pelawas kencing, penambah selera makan dan penyakit yang berkaitan hati. Di Malaysia, tumbuhan ini ini banyak juga digunakan untuk rawatan kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, cirit-birit, gatal­-gatal dan jaundis. Sejak akhir-akhir ini, kajian saintifik terhadap tumbuhan ini mula diberi perhatian khusus oleh para penyelidik memandangkan ia mempunyai sifat antivirus terutama virus hepatitis B. Antara spesies ubatan didapati daripada dokong anak yang digunakan di Malaysia ialah Phyllanthus acidus (Pokok cermai), Phyllanthus emblica (Pokok Melaka) dan ketiga adalah Phyllanthus pluchea (Pokok naga buana). Artikel subuuh ini saya mampu membaca beberapa buah buku dan jurnal untuk ditulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi herba Dokong Anak yang boleh dikomersilkan di Malaysia.


Dukung anak ialah sejenis herba renek yang boleh mencapai tahap ketinggian 50-70 cm. Dalam penulis membuat penelitian terhadap marfologi tumbuhan ini mendapati iaitu batangnya ada beberapa warna sama ada ia hijau atau merah, bergantung kepada jenis dokong anak tersebut. Jabatan Pertanian telah mengenalpasti 3 spesis atau varietii dokong anak yang sesuai ditanam di Malaysia untuk tujuan komersil. Lazimnya ia mempunyai daun yang kecil (2-3 mm panjang), berbentuk bulat lonjong dan berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Bunganya sangat kecil, berwarna kuning dan terbentuk di celah daun. Buahnya terdapat bawah setiap pelepah daun. Bahan aktif utama yang terdapat di dalam pokok dukung anak ialah filantin dan hipofilantinDi Malaysia pada amnya terdapat tiga spesies dukung anak iaitu P.niruri, P.amarus, P.urinaria dan juga P.debelis. Hanya pakar dan mereka yang telah menanam dokong anak yang kenal dan faham akan perbezaan ketiga-tiga spesis ini. Pada penulis memang telah kenal dan tahu akan perbezaan dengan jelas setelah merujuk deskripsi daripada Jabatan Pertanian. 


Secara tradisional, kesemua spesies ini digunakan. Mengikut pengamal perubatan tradisional, P.debelis dan P. urinaria lebih pahit berbanding dengan P. niruri. Kaum India lebih meminati P. urinaria berbanding dengan spesies lain. Walau bagaimanapun kebanyakan pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan P. niruri. Spesies ini juga digunakan oleh pengilang tumbuhan ubatan untuk menghasilkan ubatan bagi rawatan jaundis. Sifat utama spesies tersebut boleh dibezakan dengan ciri marfologi. Antara tiga spesies tersebut, P. Debelis boleh tumbuh paling tinggi dimana ia boleh mencapai sehingga 80 cm. Phyllanthus urinaria pula lebih renek dan tumbuh lebih melata di permukaan tanah (Sila lihat foto disebelah). Warna batang dan daunnya pula berbeza kerana ia berwarna merah kehijauan. Apa yang penulis teliti dimana jumlah ranting P. urinaria didapati lebih banyak berbanding dengan spesis P. debelis. Mengenai ketinggian didapati spesis P. niruri antara tertinggi jika dibanding dengan ketinggian P. debelis dengan P. urinaria. Kesemua spesis tersebut juga mempunyai nilai farmaseutikal yang berbeza jika dibuat analisis dimakmal.


Dukung anak boleh adalah tumbuhan yang boleh diusahakan di kebanvakan jenis tanah sama ada tanah berpasir seperti tanah bris, bekas lombong, tanah mineral, aluvium atau tanah gambut. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa dukung anak memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang baik. Purata hujan bulanan bagi pertumbuhan yang terbaik adalah dalam lingkungan 180mm. Pengeringan bahan tanaman menggunakan cahaya matahari. Oleh itu, pengutipan hasil perlu dilakukan dalam keadaan cuaca yang kering. Penyediaan kawasan tanaman hendaklah bermula sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh menanam. Pembajakan pertama dijalankan dengan menggunakan pembajak piring untuk membaiki struktur tanah dan dapat menghapuskan rumpai. Bagi kawasan yang mempunyai nilai pH yang rendah (kurang 5.0), kapur magnesium berkisar (GML) hendaklah diberi semasa pembajakan pertama. Kadar kapur yang diperlukan bergantung kepada nilai pH dan jenis tanah. Bagi kawasan tanah bris, kadar kapur yang diperlukan untuk meningkatkan satu unit pH ialah 2.0-2.5 t/ha. Pastikan kapur ditabur dengan rata sebelum dibajak, supaya ia bergaul sebati dengan tanah. Kapur hendaklah diberi selang setahun untuk mengekalkan nilai pH pada tahap 5.0-6.0. Selain untuk meningkatkan pH, kapur juga merupakan sumber kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh dukung anak. Lebar batas penanaman yang disyorkan ialah 120 cm dari tengah parit ke tengah parit manakala tinggi batas ialah 25-30 cm. Bagi kawasan tanah gambut dan kawasan lain yang mempunyai aras air bawah tanah yang lebih tinggi, batas tanaman hendaklah dibina lebih tinggi agar tanaman tidak rosak akibat banjir kilat. Selain itu, penyediaan sistem saliran yang mencukupi juga penting bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Adalah penting penanam memahami akan amalan agronomi tanaman dokong anak dengan teliti sebelum menanam secara komersil. Bersambung Artikel Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
DOKONG ANAK... PELIK BUNYINYA...
DULU DIRACUN... RUMPAI BAHAYA...
IA BERKHASIAT....KINI BERGUNA...
DITANAM KOMERSIL...MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Herba, Pusat Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(18 Ramadan 1436H)
Petang tadi bentang kertas 1- 'Seminar pengeksportan 
herba terpilih' di Klana Resort, Seremban 17.8.2015.


Demikianlah Artikel HERBA - DOKONG ANAK (Part 1)

Sekianlah artikel HERBA - DOKONG ANAK (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HERBA - DOKONG ANAK (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/08/herba-dokong-anak-part-1.html