TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN

TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN
link : TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN

Kamu Bisa Download File TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN di bawah ini !

Baca juga


TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN

TANAH BERCERUN dikawasan tanah tinggi menjadi tumpuan ramai petani dibanyak negara di Asia Tenggara da kawasan lain didunia kerana mempunyai suhu sejuk yang sesuai untuk tujuan penanaman tanaman makanan. Di Malaysia Tanah Tinggi Cameroon Highland di Pahang, Lojing di Kelantan dan Kundasang di Sabah merupakan kawasan pertanian sangat aktif dimajukan dengan pelbagai jenis tanaman makanan untuk bekalan tempatan dan juga eksport. Dikawasan tanah tinggi inilah pelbagai teknologi moden diapliksikan dalam pengeluaran pelbagai jenis sayur-sayuran temperate dan buah-buahan temperate dengan kuantiti yang banyak melalui pertanian intensif (Sila lihat foto diatas). Tanah yang bercerun ini diubahsuai sebegitu rupa sehinggakan ianya mempunyai intensiti penanaman paling tinggi didalam negara berbanding dengan kawasan untuk penanaman tanaman makanan lain ditanah rendah. Pelbagai cara dalam menyesesuaikan tanah bercerun dilakukan untuk membolehkan tanah ini digunakan untuk aktiviti pertanian. Pembinaan teres di kawasan pertanian merupakan salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan oleh petani dikawasan tanah tinggi bercerun ini. Pembinaan Rumpah Kalis Hujan, Sistem Pengairan Graviti, Sistem Saliran Konkrit dan jalan ladang sempit merupakan antara struktur yang paling lazim dilihat dikawasan tanah tinggi ini. Senario pembangunan tanah bercerun atau lazimnya dipanggil tanah berbukit bagi pembangunan pertanian bukanlah sesuatu yang dikatakan menghairankan di negara ini. Hal ini memandangkan di Malaysia keluasan tanah bercerun sememangnya lebih banyak berbanding kawasan tanah pamah. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu pengurusan tanah bercerun dikawasan tanah tinggi sebagai satu pendedahan kepada pembaca semua.

Kita di Malaysia beberapa kali dikejutkan dengan kejadian banjir dan tanah runtuh di kawasan Cameroon Highland yang telah mengorbankan nyawa. Berita perdana akan membuat laporan seperti 'goreng pisang panas' selama beberapa minggu dan pelbagai cadangan pembaikan dikemukakan. Tetapi apa yang berlaku adalah kes-kes sama akan berulang lagi beberapa lama kemudian dimana parit tersumbat akibat sistem pertanian tidak lestari (Sila lihat foto disebelah). Ini berkait dengan penerokaan tanah bercerun tanpa kebenaran pihak berkuasa dan salahlaku pengurusan tanah bercerun sedia ada oleh pengusaha. Bagaimana pun selalunya tidak semua tanah bercerun boleh diteroka untuk pembangunan pertanian. Sebanarnya Jabatan Pertanian bertegas menyatakan mengikut peraturan bahawa kawasan bercerun lebih daripada 25 darjah tidak boleh dibangunkan berdasarkan prinsip lebih tinggi darjah kecerunan atau lebih curam sesuatu cerun, maka lebih tinggilah kadar hakisannya. Garis panduan ini terpakai untuk tanah bercerun di tanah rendah dan tanah tinggi. Namun bagaimana pun apa yang amat mengecewakan ialah apabila pembangunan pertanian di tanah bercerun masih banyak dilakukan di kecerunan yang tidak dibenarkan seperti di Cameron Highlands. Cameron Highlands pada asalnya merupakan kawasan tanah tinggi yang hampir keseluruhannya terdiri daripada kawasan lebih 25 darjah yang dikategorikan sebagai cerun curam dan sangat curam. Cerun asal dipotong bagi mengurangkan kecuramannya dan dibangunkan tanpa mendapatkan khidmat perunding pakar daripada Jabatan Pertanian atau lain-lain pihak berkaitan sehingga mengakibatkan hakisan yang sangat teruk dan amat rakus perbuatan mereka.

Meskipun begitu sebenarnya keadaan tersebut masih boleh diselamatkan daripada terus menjadi lebih parah dengan kaedah mengamalkan kombinasi dan beberapa langkah pemuliharaan tanah iaitu membina struktur pemuliharaan tanah dan amalan agronomi. Struktur pemuliharaan tanah yang disyorkan bagi kawasan yang telah dibangunkan secara komersil adalah seperti membina beberapa struktur seperti Parit lereng, Pembetung, Empangan penampan, Perangkap kelodak dan juga Benteng gabion atau dinding konkrit (Bagi ladang yang terletak di tepi jalan raya utama). Selain itu, pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) di Cameron Highlands perlu menyediakan sistem saluran air (palung air) untuk disalirkan ke parit atau longkang dengan sempurna. Bagaimana pun kelemahan dan kecuaian semasa peringkat pembinaan tidak terkawal menyebabkan kerosakan teruk pada hakisan tanah yang serius (Sila anda lihat foto disebelah). Sebenarnya salah satu cara terbaik adalah dengan syor dari Jabatan Pertanian untuk menggalakkan serta mengamalkan kitar semula air hujan dengan membina struktur yang sesuai seperti kolam atau tangki untuk tujuan menakung air hujan. Aktiviti penyelenggaraan secara berkala perlu dilakukan ke atas binaan struktur bagi memastikan yang struktur tersebut sentiasa berfungsi dengan baik. Antara yang perli diselenggara seperti parit atau perangkap kelodak perlu sentiasa bersih daripada sampah sarap yang boleh menyebabkan aliran air tidak lancar sehingga berlaku limpahan.

Seterusnya semua pembinaan struktur-struktur ini perlu mengikut spesifikasi yang disarankan oleh pihak seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai panduan. Amalan agronomi dalam pemuliharaan tanah bukan sahaja dapat mengawal hakisan bahkan mampu meningkatkan kesuburan tanah. Pembinaan SPH dengan baik akan membantu pengusaha dalam melaksanakan penanaman dengan berkualiti dan menguntungkan (Sila lihat SPH disebelah)Amalan agronomi turut memerlukan penyenggaraan yang baik. Amalan itu sangat disyorkan bagi kawasan baharu dimajukan mahu pun kawasan yang telah lama dibangunkan. Antara amalan yang sesuai dan disyorkan adalah dengan menanam rumput penutup bumi seperti tanaman kekacang atau menanam rumput penstabil cerun seperti vetiver atau Kim Chiam (Daylily). Selain itu menggunakan sungkupan semula jadi seperti jerami padi dan sisa hasil tanaman dan cara pembajakan minimum juga membantu mengurangkan hakisan. Pertanian dikawasan bercerun sebaiknya menanam mengikut kontur atau menanam dua atau tiga jenis tanaman pada masa yang sama dalam satu kawasan (tanaman selingan). Disyorkan juga agar petani melakukan tanaman padat dan membiarkan rumput semula jadi hidup di kawasan ladang. Semua pihak yang terlibat perlu mengelak daripada menjalankan sebarang aktiviti di tanah pertanian yang melebihi 25 darjah.

Perlu ditegaskan di sini bahawa Jabatan Pertanian mengesyorkan supaya bagi kawasan hutan yang terletak di lokasi kecerunan melebihi 25 darjah perlu dikekalkan sebagai hutan. Kita perlu menerima hakikat bahawa tanah di Cameron Highlands sudah mencapai tahap tepu untuk sebarang pembangunan. Semasa lawatan penulis di Korea dan China mereka amat ketat didalam membangunkan kawasan tanah bercerun ini walau pun kecerunan amat rendah. Pembukaan kawasan baharu pada kecerunan bawah 25 darjah di kawasan tanah rendah juga tertakluk kepada jenis tanaman dan juga kelas kecerunan. Kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembukaan kawasan, pembinaan struktur dan amalan agronomi. Memandangkan hakisan paling tinggi berlaku ketika operasi pembukaan kawasan, maka perkara berikut perlu dipatuhi bagi mengurangkan hakisan iaitu dengan tidak dilakukan pada musim hujan, Dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan tanah terdedah terlalu lama, Penebangan secara menyeluruh bagi tanaman sayuran dan tanaman ladang. Sebaiknya aktiviti penebangan secara selektif bagi tanaman buah-buahan, kelapa sawit dan getah dengan tidak mencabut tunggul-tunggul kayu kecuali jika menghalang kerja ladang. Seterusnya sisa kayu dilonggok setempat atau berbaris. Pokok asal di tepi sungai dan di tali air utama perlu dibiarkan sebagai zon penampan. Sebagai contoh terbaik pembinaan struktur di kawasan baharu dibuka bagi tanaman sayuran sesuai dibangunkan di kelas kecerunan 0-2 darjah, 2-6 darjah dan 6-12 darjah sahaja. Sebanarnya mengikut peraturan struktur yang disyorkan mengikut kelas kecerunan adalah dimana jika kecerunan 0-2 darjah dan 2-6 darjah maka batas perlu dibina mengikut kontur, parit ladang dan pembetung. Kedua jika kecerunan sekitar 6-12 darjah maka yang disyorkan adalah jenis teres bangku (sayuran berbuah sahaja) atau batas mengikut kontur (boleh pilih salah satu), parit lereng, pembetung, pagar kelodak dan perangkap kelodak. Begitu juga dengan contoh amalan agronomi di kawasan baharu dibuka untuk tanaman sayuran di kelas kecerunan adalah seperti dimana jika kecerunan antara 0 -2 darjah dan 2-6 darjah maka disyorkan agar menanam dengan cara mengikut kontur, sungkupan, bajakan minimum dan tanaman padat. Jika kecerunan sekitar 6 -12 darjah maka cara menanam sebaiknya mengikut kontur, membuat sungkupan, bajakan minimum, tanaman padat dan tanaman penstabil cerun seperti vetiver. Pertanian di tanah bercerun ini dapat dijadikan asas dan diguna pakai oleh petani serta para pelaksana projek pembangunan pertanian. Panduan pertanian di tanah cerun diharap dapat membantu mengawal hakisan dan kerosokan tanah serta memulihara alam sekitar. Semuga tulisan ini memberikan info sebaiknya kepada semua pembaca semua. Wasallam!.
TANAH CERUN ... KAWASAN TINGGI...
INTENSIF DITANAM.. GUNA TEKNOLOGI...
PELBAGAI SAYURAN..IA BERKUALITI...
PERLU DIKAWAL.. ELAKKAN TRAGEDI...

By,
M Anem,
Room 307, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(9 Syawal 1436H)
Masih bercuti Hari Raya 2015.


Demikianlah Artikel TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN

Sekianlah artikel TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TANAH BERCERUN - CARA PENGURUSAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/07/tanah-bercerun-cara-pengurusan.html