KESAN MINUM AIR KELAPA

KESAN MINUM AIR KELAPA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KESAN MINUM AIR KELAPA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KESAN MINUM AIR KELAPA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KESAN MINUM AIR KELAPA
link : KESAN MINUM AIR KELAPA

Kamu Bisa Download File KESAN MINUM AIR KELAPA di bawah ini !

Baca juga


KESAN MINUM AIR KELAPA

MINUM AIR KELAPA merupakan satu perkara yang lazim kita lakukan oleh rakyat Malaysia. Air Kelapa (Coconut water) mudah didapati daripada buah kelapa (Cocos nucifera) sama ada air daripada buah kelapa muda atau air daripada buah kelapa tua. Kempen minum Air kelapa telah dipromosikan oleh bekas menteri pertanian sekitar hujung tahun 1980'an iaitu Sanusi Junid dimana hanya selepas itu aktiviti meminum air kelapa terutamanya untuk kelapa muda terus berkembang dan menjadi satu amalan biasa. Sebelum kempen ini dilakukan ramai orang mengatakan akan mengalami masaalah 'Lemah Lutut' selepas minum air kelapa dan ini menyebabkan masa itu ramai takut untuk minum air kelapa. Saya ada menulis mengenai air kelapa dalam artikel sebelum ini bertajuk Air kelapa bernilai komersil (Sila klik disini), Produk air kelapa tua (Sila klik disini), Air Kelapa Muda (Sila Klik disini), Buat Kelapa Telur (Sila Klik Disini), Kelapa Pandan Cerita Chye (Sila klik disini), Kelapa Pandan (Sila klik disini) dan Khasiat Kelapa (Sila klik disini). Banyak lagi artikel mengenai kelapa dan air kelapa yang telah saya tulis sebelum ini. Bagaimana pun baru-baru ini telah di'viralkan' dalam facebook mengenai apa yang akan terjadi kepada tubuh bandan manusia jika anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?. Pada penulis perkara ini bukan menjadi satu isu yang perlu diviralkan kerana aktiviti meminum air kelapa terutama kelapa muda merupakan satu perkara kegemaran ramai. Sama ada anda minum air kelapa yang dibeli dipasar malam, gerai tepi jalan atau lokasi lain atau anda sediakan sendiri dirumah tidak menjadi kesusahan terutama dikawasan yang banyak sumber tanaman kelapa. Artikel subuh Isnin ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa kesan jika minum air kelapa berterusan selama 7 hari berturutan seperti yang diviralkan dalam facebook sesaja untuk pembacaan.


Sejak dahulu lagi rata-rata masyarakat mengatakan air kelapa memiliki kesan yang paling mujarab pada kesihatan manusia. Meminum air kelapa telah diamalkan sebagai minuman tradisi dimana ia akan diambil dan diberikan kepada mereka yang demam terutama kanak-kanak (Sila lihat foto disebelah) sehinggakan ia boleh menyembuhkan demam. Pokok kelapa yang digelar sebagai 'Pokok Kehidupan' atau pun dalam bahasa Inggeris sebagai 'Tree of Life' memang telah digunakan kesemua bahagian pokok. Daripada hasil buahnya banyak produk dihasilkan sehingga kepada daunnya, batangnya dan sabutnya yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Pada masa lalu buah kelapa tua (Kebanyakannya dari jenis Kelapa Tinggi Malayan Tall) yang diproses menjadi kelapa kering (Kopra) menjadi satu perkara biasa sebagai satu industri. Kelapa tua tersebut akan dipecahkan dan isinya dikeluarkan serta air kelapa akan dibuang begitu sahaja. Isi kelapa akan dijemur beberapa hari sehingga kering dan akhirnya akan diproses dengan memerah untuk diambil hasil minyaknya yang menjadi Minyak Kelapa. Sayang sekali air kelapa yang dihasilkan akan banyak dibuang begitu sahaja masa itu. Kini air kelapa tua telah menjadi satu industri dengan cara atau teknik memprosesnya menjadi minuman kegemaran ramai diseluruh dunia dengan jenama "Vita Coco". Anda boleh beli air kelapa tua ini dalam bungkusan tetrapack dengan harga mahal dipremis-premis tertentu. Pada kotak pembungkus air ini ditulis "Dont tell the monkey.... apa seterusnya?" dan anda boleh baca artikel berkenaan (Sila klik disini).

Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapat didalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?. Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari dimana kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda. Air kelapa segar yang diminum terus dari buah kelapa tanpa ada apa-apa bahan tambahan seperti gula, air batu, susu, ais kerim dan sebagainya adalah lebih berkhasiat. Kini telah banyak produk-produk air kelapa dikomersilkan seperti 'coconut shake' yang mana ia menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Dalam beberapa laporan ada dinyatakan memang agak ajaib dimana dikatakan air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu. Cara ini telah pun banyak nyawa manusia dapat diselamatkan. Hari ini air kelapa telah pun digunakan di seluruh dunia dimana anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar tetapi masih mempunyai satu daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat memang tidak diragukan lagi.

Berbalik kepada viral mengenai apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari berturut-turut?.
Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, ada dinyatakan bahawa air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan mampu untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus. Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Ia juga berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang. Air kelapa juga mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan. Kaajian mendapati air kelapa adalah rendah lemak maka anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tidak langsung membantu penurunan berat badan kerana kurang makan. 

Dalam dunia kecantikkan (cosmetic) anda boleh cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar dimana pori-pori akan terbuka. Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus. Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda memang boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih. Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain. Artikel ini diharap dapat memberika info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
AIR KELAPA... ENAK RASANYA...
DENGAN AIS... TAMBAH ISINYA...
BANYAK KHASIAT...KENA CUBA...
BACA ARTIKEL... HATI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 108, Hotel Kristal,
Bandar Iskandar,
Perak, Malaysia.
(Ditulis pada 23 Syaaban 1436H)
(Posting pada 2 Syawal 1436H - Hari Raya Kedua)


Demikianlah Artikel KESAN MINUM AIR KELAPA

Sekianlah artikel KESAN MINUM AIR KELAPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KESAN MINUM AIR KELAPA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/07/kesan-minum-air-kelapa.html