Judul : KOSTING - UBI KAYU
link : KOSTING - UBI KAYU
KOSTING - UBI KAYU
UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan sejenis tanaman kontan yang semakin kurang popular ditanam di Malaysia. Sekitat tahun 1980'an keluasan tanaman ubikayu mencecah seluas 20,000 hektar tetapi pada tahun 2013 hanya seluas 2,970 hektar sahaja ditanam dengan jumlah hasil sebanyak 25.8 metrik tan (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Bagaimana pun dari segi produktiviti Malaysia mencatatkan jumlah tinggi berbanding dengan produktiviti negara jiran kerana kebanyakan hasil ubikayu di berikan pembajaan mencukupi. Tanaman ubikayu di Thailand dan Vietnam banyak diproses untuk dijadikan produk lain seperti kanji dan biodisel. Menanam ubi kayu dikatakan senang dan mudah kepada mereka yang selalu menanamnya. Tanaman ini mudah tumbuh dikawasan tanah subur dan dijaga dengan baik. Siapa sangka bahawa tanaman ubi kayu sebenarnya mempunyai musuh dan perosak semulajadi yang perlu dikawal agar kita mampu mendapatkan hasil yang banyak dan berkualiti. Antara beberapa jenis serangga dan haiwan perosak mampu menjejaskan kesuburan tanaman ubi kayu. Dari segi penyakit pula memang perlu dikenalpasti dan dikawal dengan cara yang betul untuk mengurangkan kadar kerosakan tanaman. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tanpa penat mengenai kosting tanaman ubi kayu untuk rujukan dan bacaan anda.
Kosting bagi tanaman ubi kayu (Sila rujuk Jadual diatas) dijangka akan menghasilkan sebanyak 28,000 kg umbisi dan jika harga ladang RM0.50 memberikan pendapatan kasar ladang sebanyak RM 14,000.00 sehektar. Kos Pengeluaran ubi kayu adalah sebanyak RM 10,435.00 menjadikan anggaran pendapatan bersih tanaman ubi kayu sekitar RM 3,043.00 sehektar semusim. Jika ubi kayu dituai dalam masa 9 bulan maka pendapatan bersih tenaman ubi kayu sekitar RM338.10 sehektar SEBULAN. Anggaran titik pulang modal adalah RM0.52 atau jualan ubi kayu mesti melebihi RM0.39 sekilogram untuk membuat keuntungan. Kadar B/C Ratio tanaman ubikayu adalah sekitar 1.28 dan ini bermakna setiap RM1.00 yang dibelanjakan ianya akan memberikan pulangan modal sebanyak RM1.28. Tanaman ubi kayu tidak begitu menguntungkan berbanding dengan tanaman lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
ANALISA KOS TANAMAN UBI KAYU:

Demikianlah Artikel KOSTING - UBI KAYU
Sekianlah artikel KOSTING - UBI KAYU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOSTING - UBI KAYU dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/kosting-ubi-kayu.html