KOSTING - KELEDEK

KOSTING - KELEDEK - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOSTING - KELEDEK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KOSTING - KELEDEK, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOSTING - KELEDEK
link : KOSTING - KELEDEK

Kamu Bisa Download File KOSTING - KELEDEK di bawah ini !

Baca juga


KOSTING - KELEDEK

UBI KELEDEK (Impomea batatas) atau mudahnya dipanggil keledek yang ditanam secara meluas di negara ini. Tanaman keledek memang boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun. Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah pH4.5 hinga pH7.0 dikawasan tanah mineral atau tanah gambut. Tanah yang sesuai sebaiknta mempunyai sistem saliran yang baik kerana umbisi keledek akan rosak jika terendam dalam air. Terdapat beberapa varieti tanaman keledek di Malaysia seperti Keledek Bukit Naga, Keledek Vitato, Keledek Ungu, Keledek Banting, Keledek Gendut dan beberapa lagi. Anda boleh membaca perincian mengenai vrieti keledek dalam artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Keledek yang ditanam lazimnya dijual segar untuk dijadikan kuih mueh, digoreng, dijadikan inti karipap dan ada yang memproses untuk menjadi tepong keledek. Keledek vitato yang diperkenalkan oleh MARDI merupakan jenis keledek yang sesuai untuk tujuan pemprosesan. Keledek Bukit Naga dan Keledek Gendut merupakan dua varieti yang paling popular ditanam dinegara kita. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronomi tanaman keledek dan kosting tanaman keledek untuk dijadikan bahan rujukan.

Penanaman leledek memerlukan kawasan sesuai dan petani mengetaui akah amalan teknologi dengan baik. Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai. Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit. Tanah perlu dibajak dengan bajak piring iaitu untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 cm dan lebar 60 cm. Lazimnya tanaman keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar. Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah. Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek. Pembajaan keledek bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH perlu dijalankan. Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N: 86P2O5 :173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah. Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.

Pengawalan rumpai perlu dilakukan bagi mempastikan ia tidak menganggu tanaman keledek. Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai. Kawalan perosak dan penyakit bagi tanaman keledek dilakukan mengikut tahap serangan. Antara musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput dan lain-lain. Bagi jenis serangga yang biasa menyerang adalah seperti kumbang (Cylas formicarius) yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang. Serangan penyakit akar hitam atau reput pangkal pokok disebabkan oleh kulat iaitu Ceratosmella fimbriata. Kawalan boleh dilakukan dengan cara amalan kultura yang baik dan membuang pokok-pokok yang diserang penyakit. Jika dijaga dengan baik lazimnya pungutan hasil keledek boleh dipungut antara 4 - 6 bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan. Keledek boleh disimpan tetapi mestilah cukup tua dengan tempat penyimpanan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Anggaran hasil adalah di antara 10 dan 15 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis ubi keledek.




ANGGARAN KOSTING KELEDEK


Kosting bagi tanaman keledek (Sila rujuk Jadual diatas) menghasilkan sebanyak 24,000 kg umbisi dan jika harga ladang RM0.80 memberikan pendapatan kasar ladang sebanyak RM 19,200.00 sehektar. Kos Pengeluaran adalah sebanyak RM 11,833.00 menjadikan anggaran pendapatan bersih tanaman keledek sekitar RM 6,775.00 sehektar semusim. Jika keledek dituai dalam masa 4 bulan maka pendapatan bersih tenaman keledek sekitar RM1,693.75 sehektar SEBULAN. Anggaran titik pulang modal adalah RM0.52 atau jualan keledek mesti melebihi RM0.52 sekilogram untuk membuat keuntungan. Kadar B/C Ratio tanaman keledek adalah sekitar 1.55 bermakna setiap RM1.00 yang dibelanjakan akan memberikan pulangan modal sebanyak RM1.55. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.

TANAM KELEDEK... BUKIT NAGA...
KELEDEK UNGU.... RAMAI SUKA...
REBUS EMPUK...GORENG ENAKNYA...
KOSTING KELEDEK... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM,
Kg Baru, Sungkai,
Perak, Malaysia.
(28 Rejab 1436H)


Demikianlah Artikel KOSTING - KELEDEK

Sekianlah artikel KOSTING - KELEDEK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOSTING - KELEDEK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/kosting-keledek.html