KOSTING - KELAPA PANDAN

KOSTING - KELAPA PANDAN - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOSTING - KELAPA PANDAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KOSTING - KELAPA PANDAN, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOSTING - KELAPA PANDAN
link : KOSTING - KELAPA PANDAN

Kamu Bisa Download File KOSTING - KELAPA PANDAN di bawah ini !

Baca juga


KOSTING - KELAPA PANDAN

KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman kelapa yang airnya berbau wangi seperti ada bau pandan. Tanaman kelapa adalah dari keluarga Palmae yang ditanam untuk mendapatkan air kelapa dan juga pelbagai kegunaan lain. Penanaman kelapa pandan merupakan satu daripada industri paling lama diusahakan sama ada oleh sektor pekebun-pekebun kecil atau sektor perladangan (estet). Terdapat seluas lebih dari 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2012 terutama di Perak, Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Bagaimana pun keluasan penanaman kelapa menurun kepada 87,750 hektar sahaja pada tahun 2015 iaitu kadar penurunan yang ketara setiap tahun. Tanaman Kelapa merupakan tanaman saka yang diketahui mempunyai jangkahayat penanaman lama sehingga lebih 25 tahun. Diantara varieti kelapa yang paling banyak ditanam di Malaysia adalah Malayan Tall tetapi kini beberapa varieti baru mula ditanam seperti varieti MATAG dan Kelapa Pandan Wangi. Statistik Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 3,500 hektar tanaman kelapa pandan di Malaysia atau sekitar 4% daripada keluasan tanaman kelapa. Statistik juga menunjukkan 96% tanaman kelapa dilakukan oleh pekebun kecil dan hanya 4% dilaksanakan oleh estet. Terdapat 4 estet tanaman kelapa di Malaysia masa kini berada di Perak (2 estet), Pahang.(1 estet) dan Johor (1 estet). Masa ini didapati tidak ramai petani yang berminat untuk menanam kelapa dengan aktiviti iaitu kadar penebangan berterusan dikawasan kelapa sedia ada kerana banyak faktor. Antaranya seperti petani lebih berminat untuk menggantikannya dengan tanaman kelapa sawit dan masaalah kekurangan benih hibrid. Kajian sosioekonomik yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian menyatakan trend penanaman kelapa yang terus sahaja berkurangan bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi negara jiran lain sebagai pengeluar utama kelapa dunia iaitu Indonesia dan Filipina. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai anggaran kos pengeluaran dan pendapatan penanaman kelapa pandan bagi dijadikan bahan rujukkan dan panduan berdasarkan kepada maklumat dari pelbagai sumber.


Kelapa Pandan Wangi (Aromatic coconut) ditanam dengan jarak tanaman 6.5 meter x 6.5 meter untuk memberikan kepadatan tanaman 272 pokok sehektar. Kelapa Pandan Wangi ini mempunyai jangkahayat ekonomik selama 20 tahun untuk menghasilkan sebanyak 344,000 dalam tempoh tersebut. Ini bermakna jika harga ladang biji kelapa dijual dengan purata harga RM0.80 sebiji maka angggaran pendapatan hasil ladang kelapa Matag adalah sebanyak RM313,600 sehektar untuk 20 tahun iaitu RM107,200 lebih inggi daripada kelapa Matag (52% lebih tinggi). Pendapatan jualan buah kelapa pandan bermula pada tahun ke 4 dengan anggaran sebanyak 8,000 biji setahun bernilai RM6,400. Ia akan terus meningkat sehingga mencapai hasil puncak pada tahun ke 10 dengan sebanyak 28,000 buah kelapa dituai dan bernilai sebanyak RM 22,400 setahun atau sekitar RM1,866 sebulan.  Hasil kelapa pandan wangi akan mula menurun pada tahun ke 18 sebanyak 26,000 biji sehektar sehingga ditebang semula pada tahun ke 20 mengikut cashflow tanaman kelapa pandan. Kos pengeluaran dengan mengambil kira kos pembangunan seperti penyediaan infrastruktur ladang terutamanya parit ladang dan membaris sekitar RM4,344. Kos bahan input penanaman kelapa Matag adalah sebanyak RM 26,728 termasuk pembelian benih tanaman, kapor, baja NPK (Komponen terbanyak untuk kos pengeluaran) dan juga racun rumpai. Apabila dikira kos tenaga kerja aktiviti penanaman kelapa pandan dianggarkan sebanyak RM 33,420 dengan kos memetik hasil merupakan 80% daripada jumlah. Apabila dijumlahkan semuanya, Jumlah Kos Pengeluaran tanaman kelapa Matag adalah sebanyak RM64,492 untuk 20 tahun atau purata sebanyak RM3,224 sebulan.


Analisa kewangan tanaman kelapa matag adalah dengan mencari Jumlah Pendapatan Bersih Ladang iaitu dengan menolak jumlah pendapatan kasar ladang (RM313,600) dengan jumlah kos pengeluaran ladang (RM64,492) dengan nilai pendapatan bersih ladang sebanyak RM 249,108 sehektar untuk 20 tahun atau RM12,455 setahun atau purata sekitar RM1,037 sebulan. Cashflow tanaman kelapa pandan wangi ini menunjukkan Nilai Kini Bersih (NPV@10%) adalah RM68,636 dimana ia menunjukkan nilai positif bermakna projek penanaman kelapa Matag adalah berdayamaju.  Nilai Kadar Pulangan Dalam (Internal Rate of Return -IRR) pula sebanyak 38.6% iaitu suatu nilai tinggi. Kadar B/C Ratio pula adalag 3.86 bermakna setiap RM1.00 dibelanjakan akan memberikan pulangan pelaburan sebanyak RM3.86. Ini bermakna penanaman kelapa in sesuai dijalankan. Harga jualan kelapa digunakan dalam cashflow Jabatan Pertanian iai adalah RM0.80 sebiji. Tinjauan penulis pada Jun 2015 mendapati harga kelapa sehingga RM1.00 sebiji diladang. Petani yang mempunyai kelapa pandan lebih suka menjual kelapa pandan kepada pelanggan tetap yang berniaga dipasar malam, gerai tepi jalan dan juga pemborong yang membekalkan terus ke hotel-hotel. Ini kerana kelapa Matag mempunyai banyak air yang sangat berguna untuk dijadikan minuman air kelapa dan minuman kegilaan masa kini iaitu 'Coconut Shake'. Kalau di kira semula cashflow ini akan memberikan pendapatan lebih daripada yang dinyatakan diatas. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.


KELAPA PANDAN...WANGI BAUNYA...
BENIH MURAH... NAK BELI DIMANA...
KOSTING DIBUAT.. ANGGARAN SAJA...
TANAM DULU.. KIRA UNTUNGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kelapa Pandan,
Kg Bahagia, Besut,
Terengganu, Malaysia.
(2 Ramadan 1436H)


Demikianlah Artikel KOSTING - KELAPA PANDAN

Sekianlah artikel KOSTING - KELAPA PANDAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOSTING - KELAPA PANDAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/kosting-kelapa-pandan.html