Judul : BUSINESS PLAN - LEBAH MADU AGROPRENEUR MUDA
link : BUSINESS PLAN - LEBAH MADU AGROPRENEUR MUDA
BUSINESS PLAN - LEBAH MADU AGROPRENEUR MUDA
BISNES PLAN
PROJEK TERNAKAN LEBAH MADU
DIKAWASAN HUTAN AKASIA SEDILI, JOHOR
DIBAWAH PROGRAM AGROPRENEUR MUDA
Oleh:
MUSTAFFA BIN HUSIN
No 66, Kampong Parit Raja,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor
RINGKASAN ESEKUTIF
Kertas Pelan Bisnes ini disediakan untuk memohon projek ternakan Lebah Madu (Apis mellifera) dikawasan Hutan Akasia Sedili, Johor dibawah program Agropreneur Muda Lebah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Permohonan ini dimajukan kepada Jabatan Pertanian untuk mendapatkan pembiayaan modal projek daripada AgroBank atau TEKUN bagi mendapatkan 70% pinjaman dan 30% bantuan grant daripada Program Agropreneur Muda.
Projek ini akan dijalankan di Hutan Akasia Sedili, Johor melibatkan sebanyak 50 haif dengan kadar pulangan sebanyak RM 5,000 sebulan iaitu pada tahun ke 2 perlaksanaan projek. Pinjaman sebanyak RM 100,000 diperlukan untuk projek ini dengan kadar pulangan yang menguntungkan daripada analisa kewangan.
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1. RINGKASAN ESEKUTIF 2
2. KANDUNGAN 3
3. PENDAHULUAN 4
4. TEKNIKAL 5
5. PEMASARAN 6
6. PENGURUSAN 7
7. KEWANGAN 7
8. KESIMPULAN 8
9. LAMPIRAN 9 -14
9.1 Peta lokasi Hutan Akasia, Sedili, Kota Tinggi
9.2 Surat Kebenaran Pejabat Hutan Negeri Johor
9.3 Sijil Kursus Penternakan Lebah Agropreneur Muda
9.4 Cashflow Penternakan Lebah Madu
- PENDAHULUAN
1.1 MAKLUMAT PEMOHON
Nama Pemohon : MUSTAFA BIN HUSIN
No Kad Pengenalan : 900312-01-5455
Tempat Lahir : Ledang, Johor
Alamat Rumah : N0 66, Kampong Parit Raja,
Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
No Telefon : 013-7613455 (HP)
07-79687880 (Rumah)
Pendidikan : Sijil Pertanian (IPSM)
Pekerjaan : Supervisor Kilang Perabot
Alamat Bertugas : Green Eagle Furniture,
Taman Perindustrian Penawar,
Kota Tinggi, Johor.
Pendapatan Sebulan : RM 1,800
Nama Isteri : Jamilah binti Wagimin
Bilangan Anak : 2 orang
1.2 LOKASI PROJEK
Projek ternakan lemah madu Apis mellifera ini akan diletakkan di hutan Akasia Sedili, Johor yang jarak dari rumah sejauh 38 km melalui jalanraya (Pelan lokasi Hutan Akasia Sedeli seperti dalam lampiran 1). Permohonan kepada Pejabat Hutan Negeri Johor untuk penternakan dalam hutan ini telah diluluskan pada Jun 2014 untuk meletakkan sebanyak 50 haif lebah madu didalam hutan tersebut (Surat kebenaran Pejabat Hutan disertakan seperti Lampiran 2). Hutan seluas lebuh dari 2,000 hektar ini dipercayai mempunyai sumber makanan mencukupi untuk menternak lebah madu. Lokasi tersebut mempunyai akses jalanladang dan mudah diakses dengan kenderaan 4WD, kereta atau motorsikal.
1.3 PENGALAMAN
Saya pernah mengikuti kursus Lebah Madu Program Agropreneur Muda pada Oktober 2014 di Pusat Apiari Nasional, Parit Botak, Batu Pahat, Johor selama seminggu (Sijil Kursus disertakan – Lampiran 3). Saya amat berminat dengan projek ternakan lebah madu dimana pada masa ini telah mempunyai sebanyak 5 haif koloni lebah madu yang diletakkan berhampiran rumah selama 4 tahun dulu. Selain itu saya mempunyai 5 kotak kelulut dan menjaganya dengan baik. Beberapa kali mengikuti lawatan teknikal anjuran Jabatan Pertanian dan lawatan persendirian projek ternakan lebah madu di Johor, Melaka dan Pahang.
- TEKNIKAL
Projek ternakan Lebah Madu jenis Apis melliferamerupakan satu projek yang baru dinegara kita untuk kawasan hutan akasia. Selama ini sumber madu dalam negara bergantung kepada Madu Lebah yang diimpot dari luar negara dengan jumlah impot melebihi RM45 juta setahun sedangkan pengeluaran madu dalam negara kurang dripada RM30 juta setahun. Kualitii madu yang diimpot atau pun keluaran tempatan banyak yang tidak tulin akibat mudahnya pengguna tertipu dengan Madu Tiruan. Pengguna kurang arif dengan bagaimana untuk mengenali madu asli dengan madu tiruan yang ada dipasaran. Oleh itu jika pengeluaran madu tempatan dapat ditingkatkan maka ianya akan menjana pendapatan pengusaha dan KDNK dalam negara.
Industri Perlebahan di Malaysia dahulu hanya bergantung kepada madu dari lebah Tualang (Apis dorsata) atau lebah liar hutan yang tidak boleh diternak. Pembuuru Madu Tualang hanya akan mengutip hasil pada pokok tualang yang tidak menentu hasilnya. Kemudia diperkenalkan penternakan Lebah Keran (Apis cerana) dimana ia merupakan lebah tempatan yang kurang produktif dengan penghasilan kurang daripada 5 kg setahun dengan pengurusan yang baik. Lebah Keran juga garang dan suka menyengat ketika pengurusan dilakukan. Pada masa ini daripada inforamasi yang diperolehi, penternakan Lebah Impot (Apis mellifera) merupakan spesis lebah yang berpotensi untuk dijadikan sumber pendapan baru terutama jika diternak dikawasan hutan Akasia (Acacia mangium) atau dikawasan hutan pokok Gelam. Produktiviti daripada spesis lebah ini paling kurang mampu menghasilkan 6 - 10 kg satu haif dalam sebulan dengan pengurusan yang sempurna. Kawasan hutan akasia dan Gelam mempunyai sumber nektar yang banyak dan esuai dijalankan penternakan lebah madu secara komersil. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dibawah Proegram Agropreneur Muda membantu usahawan muda untuk akktiviti ini memang menimbulkan minat saya untuk projek ini.
- PEMASARAN
Penternakan lebah madu secara komersil menghasilkan produk seperti MADU LEBAH. Selain itu projek ini juga boleh menghasilkan produk lain seperti Royal Jelly, Debunga, Propolis, Ratu Lebah dan banyak lagi. Kompponen hasil madu lebah merupakan sumber utama pendapatan usahawam. Madu Lebah belum proses dan siap proses dijual dengan harga RM 25.00 sekilogram pada harga ladang. Harga ini akan lebih tinggi apabila dijual dengan madu siap proses dibotolkan. Madu keluaran saya akan di beri kenama ’MADU LEBAH ASLI AKASIA – SEDILI”dengan pembotolan 280 ml., 500 ml dan juga 1,000 ml. Harga runcit bergantung jenis pembotolan diaripada RM 20.00 sebotol sehingga RM 150.00 sebotol mengikut pembungkusan dan lokasi.
Pemasaran dijalankan dengan tempahan borong daripada pengedar di Kota Tiinggi, Johor Bahru dan Singapura. Selain itu produk madu ini akan dijual runcit melalui premis jualan di RnR PLUS, Pasar Malam dan juga disekitar kampong kepada individu yang datang. Pembekalan kepada pasaraya besar seperti MYDIN, GIANT dan sebagainya akan dikenalpasti apabila tahap penghasilkan mencapai maksima selepas tahun ke dua. Produk asas dari penternakan lebah madu akan diproses di premis atau pusat pengumpulan hasil madu lebah yang dilengkapi peralatan moden. Sebahagian madu lebah akan di ekspot ke Singapura dan negara jiran mengikut perancangan.
- PENGURUSAN
Projek penternakan lebah madu Apis melliferaakan dijalankan dengan cara meletakkan semua haif dalam satu kawasan dikhususkan dalam hutan Sedili dan dipasang pagar keselamatan. Pengurusan dan pemeriksaan kawasan letak koloni akan dilakukan sendiri oleh pemohon dan dibantu oleh 1 orang anak saudara dan seorang pekerja upahan dengan bayaran gaji bulanan RM 1,000 sebulan. Perjalananan selama 20 - 30 minit dari rumah membolehkan pengawasan projek ini dapat dilakukan dengan baik. Sebuah pusat mengumpul madu dan produk berasaskan lebah madu didirikan dikawasan tapak haif utama. Ia berupa struktur tidak kekal iaitu memadai dengan bumbung, tiang dan para serta setor untuk menjalankan aktiviti menuai hasil dan menyimpan peralatan perlu. Pemeriksaan biasa akan dilakukan setiap hari untuk kesemua 50 haif terutama pada waktu petang, Cuti Sabtu dan Ahad. Bagaimana pun aktiviti menuai madu, memeriksa ratu lebah dan memecahkan koloni akan dilakukan pada hari Sabut dan Ahad kerana ada waktu yang panjang.
- KEWANGAN
Lampiran 4 menunjukkan Aliran Wang Tunai atau Cashflow projek ternakan lebah madu dikawasan hutan akasia yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Cashflow tersebut menunjukan bagi mendapatkan pulangan lebuh RM5,000 sebulan perlukan sebanyak 50 haif atau koloni lebah madu. Madu lebah akan mula dihasilkan pada bulan ke 6 sebanyak 75 kg sebulan (Anggaran hasil madu 6 kg/haif/bulan) dan terus meningkat sebanyak 2,880 kg setahun. Dengan anggaran harga madu lebah akasia sekitar RM 40.00 sekilogram, maka anggaran pendapatan kasar tahun pertama sebanyak RM55,800 meningkat kepada RM115,200 setahun pada tahun berikutnya.
Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan kasar untuk cashflow 5 tahun sebanyak RM518,400 sedangkan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM292,920.60 yang memberikan pendapatan bersih sebanyak RM242,904.40. Kadar Kos-Fadah (BC Ratio) adalah 1.77 bermakna etiap satu ringgit dibelanjakan akan memberikan pulangan RM1.77. Nilai kini Bersih (NPV@10%) pula adalah RM 155,106 dengan Kadar Pulangan Dalam (IRR10%) adalah 154%. Anggaran purata pendapatan bulanan projek ini sekitar RM 5,660 sebulan iaitu mencapai sasaran program Agropreneur Muda Ternakan Lebah Madu. Ini bermakna dari segi cashflow ianya positif dan berdaya maju untuk dilaksanakan.
Kertas ini mencadangkan kos pembangunan dan pembelian alatan untuk 50 haif pada tahun pertama sebanyak RM76,000 dimana ianya boleh dipohon daripada pinjaman AgroBank atau TEKUN. Kadar pembiayaan melalui pinjaman sekitar RM 53,000 (70% daripada kos projek melalui pinjaman) dan permohonan melalui bantuan daripada MOA sebanyak RM 23,000 (30% daripada kos). Anggaran bataran balik akan ditentukan oleh pihak kewangan dianggarkan sekitar RM 500 – RM600 sebulan.
- KESIMPULAN
Bisnes Plan yang disediakan ini berdaya maju dimana ia adalah projek ternakan lebah madu dikawasan hutan akasia Sedili, Johor yang akan memberian pendapatan selaras dengan konsep Agropreneur Muda Lebah Madu. Projek ini akan memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM 5,660 sebulan untuk selama 5 tahun seperti dalam cashflow. Pengeluaran Madu Akasia merupakan jenis madu yang berkualiti dan asli dimana ia boleh dijual dalam negara atau pun untuk pasaran ekspot. Projek ini akan dibiayai oleh pihak Bank dan MOA.
Disediakan oleh:
MUSTAFFA BIN HUSIN
No 66, Kampong Parit Raja,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor
(013-7613455 (HP)
9. LAMPIRAN
9.1 Peta lokasi hutan Akasia Sedeli, Kota Tinggi, Johor.
9.2 Surat Kelulusan Pejabat Hutan Negeri Johor
9.3 Sijil kehadiran Kursus Lebah Madu di Pusat Apiari Nasional, Batu Pahat.
9.4. Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan (Cashflow) Lebah Madu)
KERTAS BUSINESS PLAN INI DISEDIAKAN UNTUK KUMPULAN AGROPRENEUR MUDA LEBAH DIJADIKAN SEBAGAI TEMPLATE YANG DISEDIAKAN PENULIS. SEBARANG PERTANYAAN SILA KEMUKAKAN KEPADA PENULIS. WASALLAM!
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Pertanian,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 Syaaban 1436H)
Demikianlah Artikel BUSINESS PLAN - LEBAH MADU AGROPRENEUR MUDA
Sekianlah artikel BUSINESS PLAN - LEBAH MADU AGROPRENEUR MUDA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUSINESS PLAN - LEBAH MADU AGROPRENEUR MUDA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/06/business-plan-lebah-madu-agropreneur.html