Judul : TANAMAN PADI - HEBATNYA DIA
link : TANAMAN PADI - HEBATNYA DIA
TANAMAN PADI - HEBATNYA DIA
TANAMAN PADI diseluruh dunia merupakan satu aktiviti pertanian sangat penting untuk membekalkan makanan kepada lebih separuh penduduk dunia. Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu Padi Sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan Padi Huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan beberapa varieti terpilih. Pada masa artikel ini ditulis, 56% daripada varieti padi yang ditanam adalah MR220CL2. Lain-lain varieti seperti MR219 dan juga MR220. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di 8 kawasan Jelapang Padi Utama yang kebanyakannya berada di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3,500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang biasanya berpanjangan. Penanaman padi menjadi utama dibeberapa negara di ASEAN seperti di Vietnam, Thailand, Myanmar dan juga Indonesia. Kita di Malaysia menanam sekitar 660,000 hektar tanaman padi dengan purata hasil sekitar 4.3 mt sehektar. Artikel malam ini sambil menonton TV Australia PLUS saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan penanaman padi untuk info anda.
Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak dan dikawasan pendalaman di Pahanng dan Perak yang mana kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung. Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.
Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padisebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini. Kaedah Penanaman Padi Dalam penanaman padi terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam (transplanting) dan tabur terus (direct seeding). Pada masa in hampir 90% pesawah dikawasan Jelapang Padi Utama di Semenanjung Malaysia mengamalkan cara tanaman padi Tabur Terus.
Dalam kepercayaan lama, ada dikatakan iaitu 'Semangat Padi' dimana secara amnya kepercayaan semangat padi adalah sebahagian daripada animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh).Manakala Semangat padi ialah semangat yang khususnya dipunyai oleh padi. Pada konteks ini,penanaman padi merupakan suatu kerja yang melibatkan pelayanan dengan semangat padi.Perhubungan dengan semangat padi dilakukan dengan melalui bermacam upacara dan dengan menggunakan “bahasa jampi”. Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. Kepercayaan ini terdapat meluas dikalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja. Sesuai dengan sifatnya sebagai semangat, jasmaniah semangat padi adalah samar-samar.Terdapat pelbagai pendapat mengenai bentuk semangat padi, diantaranya adalah seperti berbentuk perempuan, ada yang berbentuk perempuan dan ada juga yang berbentuk lelaki seperti belalang atau serangga lain atau seperi burung dan akhir sekali seperti pusingan angin. Daripada pendapat-pendapat ini,bolehlah disimpulkan bahawa semangat padi tidak mempunyai suatu bentuk yang identik. Daripada pendapat-pendapat ini, bentuk yang dipunyai oleh semangat padi adalah dalam bentuk “jelmaan” selain daripada bentuk “maya” yang disepertikan sebagai “pusingan angin”.
Semangat padi bukan sahaja diberi pendapat yang bermacam-macam mengenai bentuknya bahkan nama yang diberi kepadanya juga bermacam-macam.Nama yang diberi kepada semangat padi bergantung kepada keadaan, tempat dan juga orang yang memanggilnya. Nama-nama yang diberikan kepada semangat padi adalah nama-nama yang berhormat.Gelaran “sidang” atau “tuk sidang” adalah panggilan hormat kepada ketua. Manakala “Seri” merupakan panggilan yang akan memuliakan raja. “Dang” pula merupakan gelaran kepada wanita yang tinggi kedudukannya. “Gemala” juga membawa maksud yang mulia,ia bermaksud “batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat”. Dengan itu,boleh disimpulkan bahawa semangat merupakan kuasa yang dihormati oleh petani Melayu. Apa juga yang dikaitkan dengan semangat padi kini disesuaikan dengan amalan teknologi penanaman padi yang betul seperti amalan MyGAP dan Rice-Check. Penghasilan padi kini disasarkan melebihi 6 mt sehektar malahan ramai pesawah di sekitar Sekinchan, Selangor yang mencapai lebih dari 10 mt sehektar. Beberapa varieti baru seperti MR220CL, MR219 dan MR220 didapati mampu memberikan hasil yang tinggi jika diuruskan dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna bertapa hebatnya penanaman padi dikalangan masyarakat Asia. Wasallam!.
Demikianlah Artikel TANAMAN PADI - HEBATNYA DIA
Sekianlah artikel TANAMAN PADI - HEBATNYA DIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TANAMAN PADI - HEBATNYA DIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/tanaman-padi-hebatnya-dia.html