Judul : KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 2)
link : KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 2)
KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 2)
LEBAH TUKANG (Xylocopa spp) merupakan sejenis lebah dari keluarga Xylocopidae yang terdapat diseluruh dunia dengan mempunyai lebih daripada 500 spesis. Apa yang mnenarik tentang lebah ini atau lebih dikenali sebagai 'Carpenter bees' adalah kerana sifatnya yang suka mengorek lubang sama ada batang kayu, buloh, papan, beruti, pokok kering, tunggul kayu sehingga merosakan kekuatan struktur. Daripada pengalaman penulis sendiri, saya dapati Lebah boleh dibahagikan kepada 5 keluarga iaitu Keluarga Adrenidae(Lebah liar yang suka tinggal dalam tenah), Megachiledae (Lebah yang suka memotong daun), Bombidae (Bumblebees), Apidae (Lebah Madu) dan akhir sekali adalah dari Keluarga Xylocopidae (Lebah Tukang Kayu). Lebah mempunyai beberapa cara berkomunikasi iaitu melalui bau, getaran dan juga interaksi secara fizikal. Terdalat jenis lebah yang suka bersosial atau berkoloni sementara ada juga yang tidak bersosial. Bagaimana pun kebanyak serangga lebah adalah mengunjungi bunga untuk mendapatkan makanan dan secara tidak langsung merupakan agen pendebungaan kebanyakan tumbuhan. Lebah lazimnya hanya mengunjungi bunga-bunga yang bersih dan segar dimana terdapat nektar yang digunakan sebagai sumber makanan untuk membekalkan tenaga. Lebah madu pula mengumpulkan nektar atau gula untuk dibawa balik kesarangnya yang kemudia diproses menjadi madu lebah. Bagaimana pun lebah tukang atau dikampong saya lebih mudah dipanggil sebagai 'kumbang hitam pengorek kayu' ini mempunyai perangai mengorek kayu kering sebagai sarangnya. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara mengawal serangga perosak kayu ini (Part 2) yang boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.
Kerosakkan kumbang tukang ini memang amat dirasai terutama dikawasan kampong yang mana rumah diperbuat daripada kayu. Kayu jenis lembut menjadi kegemaran untuk lebah ini mengirek lubang didalamnya sebagai tempat tinggal dan bertelut (Sila lihat foto disebelah). Lubang yang dibuat pada kayu gelegar atau tiang ini membahayakan struktur rumah yang membolehkannya menjadi patah atau runtuh. Melihat kepada permukaan kayu yang dibuat lubang, memang agak unik kerana ia berbentuk bulat yang mua-muat untuk memasukkan badannya kedalam lubang jauh kedalam kayu. Kalau semasa kanak-kanak dahulu ada lubang seperti ini, maka saya dan rakan-rakan akan mengambil botol kaca (bekan minuman air bergas) dan meletakkannya dipintu lubang. Kemudian kayu akan diketuk dan tidak lama kemudian kumbang tukang ini keluar masuk dalam botol. Kaki kumbang ini akan diikat dengan benang dan dilepaskan terbang berpusing menjadi permainan yang menyeronokkan. Begitu hebat kreativiti kanak-kanak zaman dulu bermain dengan kumbang tukang ini. Tetapi kini saya cuma menulis artikel mengenai bagaimanakah hendak mengawal populasi atau menhapuskan kumbang tukang berasaskan kepada kajian saintis berjudul "How to Get Rid of Carpenter Bees" dari luar negara untuk dijadikan panduan.
Kawalan kumbang tukang boleh disesuaikan dengan pelbagai cara lain (Sila lihat foto disebelah). Salah satu kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan menyumbat lubang kumbang dengan menggunakan bahan logam atau bahan keras lain yang mana kumbang tidak boleh menebuknya. Ambil logam atau besi yang saiznya sama dengan saiz lubang pada kayu. Kalau kumbang tersebut masih ada didalamnya maka ia tidak dapat keluar atau jika diluar ia tidak akan dapat masuk. Pastikan semua lubang yang terdapat pada kayu ditutup. Ia akan mengambil masa lama untuk mengorek dan kemungkinan kumbang tukang tersebut akan mati didalamnya. Ia seakan sel penjara bagi kumbang tukang. Cara ini juga murah, mesra alam dan amat mudah dilakukan asalkan anda tahu lubang.
Seterusnya penulis berfikir kaedah mengawal kumbang tukang yang sesuai. Kayu keras agak kurang diserang kumbang tukang berbanding dengan jenis kayu lembut dan hampir reput. Kaedah mengecat kayu atau menyapu dengan minyak hitam atau varnish akan menjauhkan kumbang tukang daripada datang menghampiri dan menebuk kayu (Sila lihat foto disebelah). Sapukan bahan perlindungan kayu seperti bahan minyak yang akan diserap kedalam kayu dimana selain daripada ia memberikan ciri ketahanan kayu daripada hujan panas malahan ia juga menghindarkan dari serangan serangga perosak menebuk kayu yang lain seperti Bubuk Kayu. Kumbang tanduk memang kurang mengunjungi jenis kayu yang telah dirawat dibandingkan dengan jenis kayu tidak dirawat.
Cara lain yang boleh dilakukan untuk mengawal kumbang tukang adalah dengan kaedah membuat semburan menggunakan larutan air limau atau 'tea tree oil spray'. Cecair ini boleh dibeli daripada penjual berlesen atau pun dibuat sendiri. Cecair ini aa yang telah dikhususkan untuk serangga kumbang tukang iaitu bahan bukan sintetik serta mesra alam. Potong beberapa biji kulit buah citrus dengan teliti dan kumpulkan dalam bekas. Kebanyakan jenis limau boleh digunakan seperti Limau Oren, Lemon, Limau Bali, Limau Manis, Limau Nipis dan sebagainya yang masih segar. Kemudian kulit limau ini direbus dengan sedikit air sehingga tinggal separuh dan ambil airnya sehingga sejuk. Masukan ekstrak air limau ini dalam botol penyembur untuk digunakan. Sembur larutan ekstrak limau ini pada kayu dan lubang lebah tukang sehingga basah semuanya. Lebah Tukan dan serangga lain memang tidak menyukai akan ada bau limau berhampiran sarang secara semulajadi seperti mana kulit limau melindungi isinya daripada diserang serangga. Ekstrak daripada 'Almond oil' and almond essence juga sesuai digunakan untuk mengawal kumbang tukang.
Kawalan lebah tukang juga boleh ditumpukan kepada larva yang berada dalam sarang. Cara membunuh larva dalam sarang ini akan menghentikan kitaran hidup kumbang ini sengan cekap dan berkesan. Membunuh lebah tukan dewasa memang tidak lengkap dan perlu dimusnah peringkat telur dan larvanya. Apa yang pasti larva memang berada dalam kayu disarang. Sebaiknya gunakan racun jenis debu (powder) diletakkan dalam sarangnya (Sila lihat foto disebelah). Racun jenis sistemik ini akan melekat pada badan kumbang tukang dewasa diserap oleh larva sama seperti serangga lain dimana akhirnya semua akan mati. Pastikan anda menutup semua lubang pada kayu setelah memasukan racun debu walau pun lebah tukang lazimnya akan mengorek lubang lain tetapi kesan racun sistemik ini akan mempastikan ia akan mati kemudian.
Cara terakhir yang penulis hendak berkongsi adalah dengan menutup semua lubang yang dibuat oleh lebah tukang pada batang kayu dengan bahan sesuai. Bahan seperti dawai, aluminium, tar, fiberglas, simen putih dan kayu penuutup lubang sebagainya boleh digunakan. Sapukan bahan 'sealer' pada permukaan lubang sehingga memasukki jauh kedalam lubang (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menutup lubang ini perlu dilakukan pada lubang baru yang masih aktif atau lubang-lubang lama yang telah ditinggalkan oleh lebah tukang. Lubang yang tidak ditutup ini akan memudahkan kumbang tukang baru untuk masuk dan bersarang didalamnya. Kaalau kayu yang digunakan dahulu adalah jenis kayuu gelap sebaiknya digantikan dengan jenis kayu keras yang lebih lasak. Sebaiknya bekas lubang yang ditutup disapu dengan cat agar kumbang tidak mahu merosakannya semula. Kumbang tukang walau pun ia memberi faedah kepada proses pendebungaan tetapi perosak kepada kayu. Kumbang tukang merupakan serangga yang mampu mendebungakan bunga durian belanda yang efektif. Penulis mengesyorkan meletakkan kayu didalam ladang durian belanda untuk kumbang iinii bersarang dan membantu proses pendebungaan ini.
Semuga artikel Part 1 dan Part 2 ini akan memberikan info berguna kepada anda. Artikel ini agak jarang ditulis sebelum ini. Wasallam!.
KUMBANG TUKANG... APA DIA...
MENEBUK KAYU... ROSAKANNYA...
BOLEH DIKAWAL...BANYAK CARA...
BACA ARTIKEL... BARU JUMPA..
By,
M Anem,
Senior Agromomist,
Room 687, Hotel Nouvelle,
Sungai Besi, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
(26 Rejab 1436H)

Demikianlah Artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 2)
Sekianlah artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 2) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kumbang-tukang-cara-kawalan-part-2.html