KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1)

KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1)
link : KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1)

Kamu Bisa Download File KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1) di bawah ini !

Baca juga


KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1)

LEBAH TUKANG (Xylocopa spp) merupakan sejenis lebah dari keluarga Xylocopidae yang terdapat diseluruh dunia dengan mempunyai lebih daripada 500 spesis. Apa yang mnenarik tentang lebah ini atau lebih dikenali sebagai 'Carpenter bees' adalah kerana sifatnya yang suka mengorek lubang sama ada batang kayu, buloh, papan, beruti, pokok kering, tunggul kayu sehingga merosakan kekuatan struktur. Daripada pengalaman penulis sendiri, saya dapati Lebah boleh dibahagikan kepada 5 keluarga iaitu Keluarga Adrenidae(Lebah liar yang suka tinggal dalam tenah), Megachiledae (Lebah yang suka memotong daun), Bombidae (Bumblebees), Apidae (Lebah Madu) dan akhir sekali adalah dari Keluarga Xylocopidae (Lebah Tukang Kayu). Lebah mempunyai beberapa cara berkomunikasi iaitu melalui bau, getaran dan juga interaksi secara fizikal. Terdalat jenis lebah yang suka bersosial atau berkoloni sementara ada juga yang tidak bersosial. Bagaimana pun kebanyak serangga lebah adalah mengunjungi bunga untuk mendapatkan makanan dan secara tidak langsung merupakan agen pendebungaan kebanyakan tumbuhan. Lebah lazimnya hanya mengunjungi bunga-bunga yang bersih dan segar dimana terdapat nektar yang digunakan sebagai sumber makanan untuk membekalkan tenaga. Lebah madu pula mengumpulkan nektar atau gula untuk dibawa balik kesarangnya yang kemudia diproses menjadi madu lebah. Bagaimana pun lebah tukang atau dikampong saya lebih mudah dipanggil sebagai 'kumbang hitam pengorek kayu' ini mempunyai perangai mengorek kayu kering sebagai sarangnya. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara mengawal serangga perosak kayu ini (Part 1) yang boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.


Kerosakkan kumbang tukang ini memang amat dirasai terutama dikawasan kampong yang mana rumah diperbuat daripada kayu. Kayu jenis lembut menjadi kegemaran untuk lebah ini mengirek lubang didalamnya sebagai tempat tinggal dan bertelut (Sila lihat foto disebelah). Lubang yang dibuat pada kayu gelegar atau tiang ini membahayakan struktur rumah yang membolehkannya menjadi patah atau runtuh. Melihat kepada permukaan kayu yang dibuat lubang, memang agak unik kerana ia berbentuk bulat yang mua-muat untuk memasukkan badannya kedalam lubang jauh kedalam kayu. Kalau semasa kanak-kanak dahulu ada lubang seperti ini, maka saya dan rakan-rakan akan mengambil botol kaca (bekan minuman air bergas) dan meletakkannya dipintu lubang. Kemudian kayu akan diketuk dan tidak lama kemudian kumbang tukang ini keluar masuk dalam botol. Kaki kumbang ini akan diikat dengan benang dan dilepaskan terbang berpusing menjadi permainan yang menyeronokkan. Begitu hebat kreativiti kanak-kanak zaman dulu bermain dengan kumbang tukang ini. Tetapi kini saya cuma menulis artikel mengenai bagaimanakah hendak mengawal populasi atau menhapuskan kumbang tukang berasaskan kepada kajian saintis berjudul "How to Get Rid of Carpenter Bees" dari luar negara untuk dijadikan panduan.


Terdapat dua kaedah untuk mengawal kumbang jenis perosak kayu ini. Teknik pertama adalah dengan membunuhnya secara langsung (Actively Fighting and Exterminating Carpenter Bees) dan cara kedua untuk mengawal dari serangan kumbang tukang (Preventing from Carpenter Bees). Kumbang yang berwarna hitam dengan tompok-tompok kuning adalah jenis serangga yang kurang agresif. Hanya kumbang tukang betina yang sering menyengat itu pun kalau ia diganggu atau disergah (provoked). Serangga ini lazimnya terdapat dikawasan desa atau kampong dengan banyak tumbuhan dan tiada pencemaran udara. Paling senang untuk membunuhnya adalah dengan menyembur racun serangga jenis 'Aerosol' seperti Ridsect, Baygon, Shelltox terus kepada badan kumbang tukang. Apabila terkena ia akan mati tidak berapa lama kemudian (Sila lihat foto disebelah). Semburan aerosol juga boleh dimasukkan kedalam lubang kayu terus dimana kumbang akan mati akhirnya.  Selain itu racun serangga jenis serbuk yang diletakkan dilubang kayu juga sesuai digunakan seperti jenis racun Carbaryl (Sevin) and Asid Boric dan berkesan.


Cara lain mengawal kumbang tukang adalah dengan menyembur petrol atau disel pada lubang pada kayu yang telah ditebuk (Sila lihat foto disebelah). Kumbang ini memang tidak suka akan bau petrol dan disel iaitu murah dan mudah dan membunuh kumbang tukang. Bagaimana pun kena berhati-hati kerana petol memudahkan berlaku kebakaran jika ada api. Semasa membuat semburan juga kena pakai sarung muka, sarung tangan dan hidung agar tidak tersedut dan menganggu kesihatan.  Anda juga boleh gunakan tin aerosol dengan ada muncung tajam yang boleh ditusuk terus kedalam lubang. Cara ini adalah paling beri kesan kepada kemasukan bahan kimia dan petrol kedalam kayu. Kumbang tukang tidak akan tinggal lagi dalam lubang kayu yang telah disembur dengan petrol atau disel untuk jangkamasa waktu yang lama. Teknik semburan yang menggunakan muncung panjang ini dikatakan lebih cekap, selamat, murah dan juga mudah dilakukan (Sila lihat foto dibawah). Bagaimana pun pastikan anda menentukan  puntu lubang yang ada pada kayu sama hanya satu atau banyak disekeliling kayu ditebuk. Sebaiknya sembur semua lubang-lubang yang terdapat pada kayu tersebut. 




 Penulis agak setuju dengan satu lagi cara kawalan kumbang tukang iaitu dengan mengadakan bunyi muzik yang bising. Ini kerana kubang tukang memang tidak suka dan sensitif dengan bunyi bising dan getaran (sensitivity to vibrations). Paling mudah adalah dengan meletakkan radio atau 'soundbox or boombox' berhampiran dengan sarang kayu dimana ia tinggal. Pastinya kumbang tukang ini akan beredar dari kawasan tersebut (Sila lihat foto diatas). Teknik ini dikatakan paling mesra alam, selamat dan menghiburkan halwa telinga kita. Kalau kita suka dengan lagu Hindustan silakan, kalau suka lagu joget silakan tetapi agaknya kalau dipasang lagu Rock n Roll rasanya kumbang tukang akan lebih cepat meninggalkan sarangnya.



Kalau anda seorang ahli sukan badminton memang sesuai mengawal kumbang tukang ini dengan menggunakan Raket Badminton. Kumbang betina lazimnya akan bertelur dan memberi makanan kapada larva dalam lubang kayu. Lazimnya ia akan berlegar-legar berhampiran sarang dan masa itu kita boleh libas atau 'smash' dengan kuat gunakan raket badminton (Sila lihat foto diatas). Kumbang yang terkena libas ini akan mati serta merta dan cara ini akan mengurangkan populasinya dengan berkesan. Lazimnnya kumbang betina aktif bertelur dan keluar-masuk sarang dalam masa 2-3 minggu sahaja dan pastikan anda bersabar melalukannya sehingga terhapus. Cara yang paling mudah tetapi memerlukan kos adalah dengan panggil syarikat Kawalan Serangga (Pesticide control company) untuk datang membasmi serangan kumbang tukang, anai-anai, semut dan semua jenis serangga dikawasan ada serangan. Kos untuk kawalan ini berbeza mengikut jenis serangga, jarak, racun digunakan dan sebagainya. Kumbang tukang walau pun ia memberi faedah kepada proses pendebungaan tetapi perosak kepada kayu. Kumbang tukang merupakan serangga yang mampu mendebungakan bunga durian belanda yang efektif. Penulis mengesyorkan meletakkan kayu didalam ladang durian belanda untuk kumbang iinii bersarang dan membantu proses pendebungaan ini. Sila baca artikel sambungan Part 2. Wasallam!.
KUMBANG TUKANG... APA DIA...
MENEBUK KAYU... ROSAKANNYA...
BOLEH DIKAWAL...BANYAK CARA...
BACA ARTIKEL... BARU JUMPA..

By,
M Anem,
Senior Agromomist,
Room 687, Hotel Nouvelle,
Sungai Besi, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
(26 Rejab 1436H)




Demikianlah Artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1)

Sekianlah artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KUMBANG TUKANG - CARA KAWALAN (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kumbang-tukang-cara-kawalan-part-1.html