Judul : KOSTING - JAGUNG MANIS
link : KOSTING - JAGUNG MANIS
KOSTING - JAGUNG MANIS
JAGUNG MANIS (Zea mays) merupakan sejenis tanaman singkat masa yang amat popular ditanam di Malaysia setiap tahun. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari kawasan asal di sungai Balsas Lembah berada di Mexico Selatan sebagai tanaman makanan utama waktu itu/ Kajian mendapati terdapat sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression. Pada masa ini penanaman jagung manis kebanyakannya adalah dari jenis kacukan atau hibrid yang diimport dari luar negara. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,300 - 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 90% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mampu menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura. Jagung manis juga kini dijadikanan makanan snek yang popular menjadi produk 'cup corn' yang dijual di pusat membeli belah dan gerai di lebuhraya. Syarikat seperti Nelson diantara yang syarikat yang mempelopori produk berasaskan jagung manis cup corn terkenal di Malaysia (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Persoalannya adalah menanam jagung manis ini menguntungkan?. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting tanaman jagung untuk dijadikan panduan semua.
Penanaman jagung manis perlukan sistem amalan agronomi yang sesuai untuk mendapatkah hasil optima. Penyediaan Tanah bagi tanaman jagung manis boleh ditanam dibanyak jenis tanah di negara ini. Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm. Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah. Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat. Keperluan Biji Benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam. Menanam dilakukan dengan merendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus. Pengairan dikebun dengan sistem renjis boleh digunakan. Sekiranya kawasan bergantung kepada air hujan sebaiknya menanam rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat. Aktiviti pembajaan dengan menggunakan baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas. Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam. Kawalan Rumpai tanaman jagung pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting. Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual. Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam. Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 40,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).
3 BULAN TANAM...MENGIKUT BARIS...
BENIH HIBRID... BUKA TIN DIGURIS...
PASAR MALAM... MEMANG LARIS..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Titi Gantung (Luas Tanam Jagung),
Kompleks Pertanian Titi Gantung,
Bota, Perak,
Malaysia
(4 Syaaban 1436H)
Demikianlah Artikel KOSTING - JAGUNG MANIS
Sekianlah artikel KOSTING - JAGUNG MANIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOSTING - JAGUNG MANIS dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kosting-jagung-manis.html