Judul : KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN
link : KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN
KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN
KOPI (Coffea spp) merupakan jenis tanaman minuman yang semakin kurang popular penanamannya di Malaysia semenjak 15 tahun dahulu. Penulis dalam mebuat rujukkan dengan data Jabatan Pertanian mendapati kini cuma dada seluas 3,714 hektar keluasan tanaman kopi dari jenis Liberica dan sebahagian lagi dari jenis Robusta. Kini negeri Sabah menanam lebih 60% penanaman kopi dengan seluas 2,226 hektar kopi disektor pekebun kecil dan sekitar 1,112 hektar di Negeri Johor dengan kopi Liberica. Pengeluaran biji kopi mentah dalam negara sekitar kurang dari 10% (sekitar 11,240 mt) daripada keperluan biji kopi dalam negara dimana lebih dari 100,000 mt kopi diimport untuk kegunaan tempatan dan eksport semula. Keperluan pengimportan biji kopi mentah dilakukan dengan sistem kawalan kuota import yang dilakukan oleh kerajaan semenjak tahun 1967 lai oleh MITI sebelum dipindahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 1987. Penanaman kopi kurang menarik minat petani kerana kerja pengurusan yang 'agak rumit' berbanding dengan tanaman kelapa sawit, getah dan buah-buahan. Ini kerana aktiviti cantasan pokok, memetik hasil dan mengawal perosak yang intensif untuk tanaman kopi dan harga buah kopi yang kurang menarik berbanding dengan komoditi lain. Bagaimana pun galakkan penanaman kopi perlu dilakukan agar kebergantungan pengimportan biji kopi tidak akan menjejaskan ekonomi dan Kadar Kecukupan Kopi (Self sufficiency Level) dalam negara. Tinjauan penulis kepada beberapa penanam kopi di Sabah, Johor dan Selangor mendapati mereka ingin meneruskan penanaman kopi jika ada insentif menarik diberikan. Pengurusan tanaman kopi perlu ditambahbaik untuk menghasilkan buah dan biji kopi yang menguntungkan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengurusan tanaman kopi jenis robusta untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
Kopi Robusta ialah sejenis tanaman minuman yang berasal dari kawasan tropika di bahagian yang berasal dari kawasan tropika di bahagian Barat Afrika. Kopi ini bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi arabica. Permintaan terhadap kopi robusta kini semakin meningkat selepas beberapa buah kilang memproses kopi segera didirikan di negara ini. Bagi memenuhi permintaan tersebut penanaman kopi robusta digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi ini dari negara luar. Di Semenanjung Malaysia dahulu jenis kopi ini banyak ditanam di negeri di sebelah utara terutamanya di Kedah tetapi kini sudah hampir pupus. Laporan Jabatan Pertanian tahun 2014 menyatakan hanya ada 1.0 hektar tanaman kopi robusta dilaporkan di Kedah dan tidak berhasil. Sabah menanam kopi robusta terutama di Daerah Tenom dengan keluasan keseluruhan seluruh Sabah sekitar 1,600 hektar. Permintaan terhadap serbuk kopi robusta juga tinggi di kalangan kilang memproses biji kopi kerana ia adalah antara jenis kopi yang termurah dipasaran. Kajian penulis mendapati purata harga biji kopi robusta yang diimport sekitar RM6.00 -RM9.00 sekilogram sedang kopi Arabica sekitar RM12.00 - RM18.00 sekilogram dan harga kopi beras Liberica sekitar RM20.00 - RM25.00 sekilogram.
Pokok kopi robusta ini kecil yang selalu berbentuk payung dengan tingginya mencapai tiga meter sekiranya tidak dicantas (Sila lihat foto disebelah). Daunnya lebih besar, berkerut dan nipis jika dibandingkan dengan kopi liberica. Bunganya keluar serentak dari ketiak daun, berwarna putih dan berkelompok-kelompok. Bunga kopi yang masih muda bewarna hijau dan akan bertukar menjadi merah tua apabila masak. Jangkamasa dari berbunga untuk menjadi buah yang matang ialah di antara 8 hingga 10 bulan. Buah kopi robusta berbentuk bulat, berkulit nipis dan berukuran 0.8 hingga 1.5 cm garispusat. Nisbah berat antara buah basah dan biji kering ialah 3:5:1 hingga 5:5:1 bergantung kepada keadaan sekitar. Bagi setiap sastu kilogram berat terdapat lebih kurang 3,500 biji kopi kering. Biji kopi kering mengandungi antara 2 hingga 2.5 peratus caffein. Peratus kandungan ini adalah tinggi berbanding dengan kopi liberika (1.5 – 1.6%) dan arabica (1- 1.5%). Ia mudah dikenali dengan brntuk pokok dan buahnya.
Kopi Robusta sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan tahunan antara 1,000 mm hingga 2,500 mm. Sukatan suhu yang sesuai pula ialah diantara 180oC. Pokok kopi robusta memerlukan satu jangkamasa kemarau walaupun singkat untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan menghalang pertumbuhan tampang. Sesuai ditanam di kawasan tanah pamah dan juga tanah tinggi tetapi sebaik-baiknya ialah di antara 300 meter hingga 750 meter dari paras laut. Pada umumnya ciri-ciri tanah yang sesuai untuk penanaman kopi robusta ialah dari jenis tanah subur yang dalam, sekurang-kurangnya 1.5 meter dan tiada lapisan keras. Sebaiknya tanah mengandungi banyak bahan organik serta tanah gembur dengan pengudaraan dan saliran yang baik. Tanah yang ada keupayaan menyimpan air serta nilai pH tanah antara 5 hingga 6.5 amat sesuai untuk tanaman kopi robusta. Kopi robusta ada yang ditanam tanpa naungan (terutama dikawasan tanah tinggi) atau ditanam dibawah naungan pokok gliricidia (Sila lihat foto disebelah). Pemerhatian penulis mendapati pokok robusta yang ditanam tanpa naungan cepat membesar lebih aktiviti untuk cantasan.
Penyediaan Anak Benih kopi Robusta sama seperti kopi lain. Ia boleh isediakan daripada Biji Benih atau pun dari Keratan. Lazimnya biji benih disemai ke dalam kotak semaian mengikut jarak 3 cm antara baris dan 2 cm dalam baris. Pasir halus ditabur untuk menutupi biji benih tersebut. Semasa menyemai pastikan permukaan biji yang berlekuk di bahagian bawah. Kotak semaian hendaklah diletakkan di bawah lindungan (50%) dan disiram dua hingga tiga kali sehari. Biji benih akan bercambah 6 hingga 10 minggu selepas disemai (Sila lihat foto disebelah). Anak-anak benih diubah ke dalam polibeg di peringkat butang atau di peringkat dua daun pertama. Selepas dicabut akar-akar anak benih direndam dalam air dan kemudian dicelup ke dalam air lumpur untuk memberatkan anak akar dan memperbaiki sentuhan dengan tanah dalam beg. Kemudian anak benih dipindahkan ke dalam polibeg dan diberi naungan sebanyak 50 peratus. Anak-anak benih boleh diubah ke ladang selepas 5 hingga 6 bulan di tapak semaian. Bagi menyediakan anakbenih daripada Keratan diambil daripada bahagian tengah pucuk air yang hijau matang daripada pokok-pokok yang terpilih. Pilih nod ketiga hingga ketujuh pada pucuk air tersebut untuk dijadikan keratan. Setiap keratan dibuat dengan memotong pada jarak 6 cm di bawah nod dan 1 cm hingga 2 cm di atas nod. Sebahagian daunnya eloklah dipotong. Jika perlu, keratan dibelah dua. Bubuh hormon di permukaan bawah keratan untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Keratan-keratan ini disemai sedalam 5.5 cm dan jarak setiap keratan ialah 6 cm antara baris dan 3 cm dalam baris. Naungan sebanyak 60% diberikan kepada siram sehingga betul-betul basah. Kotak semaian hendaklah ditutup dengan lapisan plastik dan disiram dua minggu sekali. Keratan akan berakar dalam masa 2 hingga 3 bulan. Keratan yang berakar ini direndam kemudian dicelup ke dalam air lumpur dan ditanam ke dalam polibeg di paras nod. Anak pokok perlu disiram setiap hari supaya sentiasa lembab. Cara menanam di ladang dan penjagaan seterusnya adalah sama bagi kedua-dua jenis anak pokok samada daripada biji benih atau keratan.
Penyediaan Tanah untuk menanam kopi robusta terlebih dahulu kawasan penanaman hendaklah dibersihkan. Di peringkat awal pertumbuhan, pokok kopi memerlukan 20 hingga 40 peratus naungan. Oleh itu pokok naungan seperti petai, ditanam terlebih dahulu atau dipilih dari pokok yang sedia ada. Selepas siap kawasan dibersihkan, lubang tanaman berukuran 50 cm x 50 cm x 50 cm digali. Jarak antara lubang-lubang tanaman tersebut ialah 2.75 m hingga 3 m antara barisan dan 1.25 meter hingga 3 meter dalam barisan. Semasa menggali asingkan tanah lapisan atas dan lapisan bawah, kemudian tanah tersebut digaul dengan baja ternakan dan baja “superposfat”. Beberapa hari sebelum menanam masukkan kembali tanah lapisan atas dan diikuti tanah lapisan bawah. Menanam: kopi dilakukan enam minggu sebelum menanam anak pokok perlu menjalani proses pengerasan dengan mengurangkan naungan secara beransur-ansur sehingga semua naungan dibuang pada peringkat dua minggu ditanam di ladang. Sebaik-baiknya penanaman dijalankan di awal musim hujan. Sebelum diubah ke ladang, anak pokok hendaklah disiram dahulu. Beg politin dibuang dan bahagian bawah anak pokok dipotong sepanjang 2.5 cm sebelum ditanam. Selepas ditanam berikan naungan sementara kepada anak pokok.
Pembajaan bagi pokok kopi robusta memerlukan baja yang baik pada semua peringkat pertumbuhan. Kadar untuk pembajaan bergantung kepada umur pokok dan banyaknya baja yang masih ada dalam tanah. Sebagai panduan, jadual pembajaan yang disyorkan adalah mengikut peringkat. Pada peringkat Anak semaian Larutan urea 0.001% (15 gm urea + 15 liter air) 2 bulan sekali dan kemudian dimasukkan kedalam lubangbaja organan atau baja ternakan dan CIRP 5 kg (1 pungkis) 250 gm sekali sahaja sebaiknya sebelum menanam. Peringkat anak pokok di ladang (tahun pertama) diberi baja Urea 20 gm sepokok (2 sudu besar) di keliling pokok 2 bulan sekali hingga akhir tahun. Pembajaan pokok kopi (tahun kedua) dengan jenis baja campuran NPK15:15:15 pada kadar 150 gm sepokok setahun diletak di keliling pokok 2-3 kali setahun. Pembajaan pada tahun ketiga & berikutnya dengan baja campuran NPK 12:12:17:2 dan unsur pekit dengan kadar 1 kg sepokok setahun dibubuh di keliling pokok sama ada ia ditabur sekaligus atau di bahagia dua. Kopi robusta mula berbunga 9 bulan selepas ditanam. Buah-buah kopi akan matang dan boleh dipungut 8 hingga 10 bulan kemudian. Hasil yang tinggi boleh diperolehi selepas empat tahun ditanam iaitu lebih kurang 600 hingga 1,900 kilogram sehektar. Tempoh masa ekonomik bagi pokok kopi robusta ialah diantara 10 hingga 12 tahun, tetapi dengan sistem cantasan dan kawalan penyakit serta perosak yang baik, pokok boleh mengeluarkan hasil sehingga suatu jangkamasa yang tidak terhad. Semuga tulisan ini memberi panduan kepada pembaca dan penanam kopi robusta di Sabah khususnya. Wasallam!.
PERLU KEMPEN... TANAM KOPI ...
TANAH RENDAH ... TANAH TINGGI...
JENIS LEIBERIKA... BUAH TAK HENTI...
JENIS ROBUSTA... KICEL SIAIZ BIJI
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Hotel,
Ortigas, Pasig City,
Manila, Philipines.
(17 JamadilAwal 436H).
Demikianlah Artikel KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN
Sekianlah artikel KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/05/kopi-robusta-pengurusan-dikebun.html