Judul : SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT
link : SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT
SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT
POKOK SELASIH (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih di percayai natif atau berasal dari India dan sekitarnya. Nama Selasih ada berbagai seperti Kemangi, Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Pokok selasih dan kemangi ini memang banya berbeza. Kajian menunjukkan daun kemangi banyak digunakan dalam masakan di Malaysia dan juga di Indonesia. Penulis dapati diantara ciri uniknya ialah baunya seperti bau serai yang meningkat selera hendak makan. Pokok selasih ada banyak jenis diantaranya sebagai nama 'English' atau 'Sweet Basil' yang termasuk dalam resepi masakan ala-barat (western cooking). Pemerhatian juga menunjukkan bahawa terdapat Jenis Selasih Hijau (ruku hijau, thulasi, holy basil) yang selalu ditanam oleh kaum India. Sementara itu juga terdapat Jenis Selasih Hitam dimana daunnya adalah kerinting dengan warna batang hitam merahan. Jenis Selasih Hijau adalah yang sering digunakan untuk menguatkan jantung. Sementara itu ada selasih ungu yang selalu dijual sebagai ulam. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" dan juga menerangkan selasih secara umum sebagai tumbuhan yang dikategorikan berkhasiat.
Kemangi dari jenis Ocimum basilicum juga terdiri dari dua jenis iaitu satu berdaun agak kerinting. Jenis ini amat popular dalam masakan Padang di Sumatera dan ia sering dimasak bersama ikan. Jenis kedua pula lazimnya mempunyai daun yang agak kecil dan sering dimakan sebagai ulam. Di India dan Afrika daun selasih atau pun kemangi digunakan sebagai produk teh yang boleh diminum menggantikan teh biasa. Disamping aromanya yang menyelerakan lazimnya ia akan disajikan ketika pertukaran musim untuk mengelakkan penyakit seperti batuk, selesema dan demam. Di Eropah pula minyak pati kemangi lazimnya diekstrak dan digunakan sebagai bahan campuran untuk ubat atau pun bahan rawatan tubuh badan seperti sabun, perfume, losyen dan minyak aromaterapi. Aroma minyak pati kemangi akan hilang selepas 24 jam selepas disapu pada tubuh dan ia dikelaskan sebagai minyak pati bernilai tinggi. Minyak patinya daun selasih dikatakan dapat membantu meringankan dan dapat menyegarkan tubuh badan. Kemangi didapati kaya provitamin A dan dimana setiap 100g kemangi mengandungi 5000 Sl vitamin A. Ia juga mengandungi banyak kalsium dan Posforus yang baik untuk kesihatan .Kemangi digunakan dalam masyarakat melayu untuk mengatasi masalah kembung perut bagi bayi dan kanak-kanak.Ramasan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kemangi segar yang dimakan sebagai ulam dapat menambahkan air susu, menghilangkan bau mulut dan bau badan. Ia juga dapat menyembuhkan masaalah seperti kes cirit birit, batu karang dan masalah albumin yang berlebihan dalam air kencing. Aromanya juga dikatakan dapat menghalau nyamuk.
Beberapa laporan menyatakan daun selasih mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi. Sebagai contoh bagi kaedah cara perubatan ayurveda yang berasal dari India, ia akan dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain daripada ia mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih. Dalam laporan kajian menunjukkan antara kegunaan pokok ini adalah dari segi perubatan. Antara jenis kegunaan selasih yang didakwa sebagai perubatan seperti mampu untuk Merawat demam. Dipercayai juga ia boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. Khasiatnya juga sebagai kemampuannya untuk meredakan muntah-muntah dan loya serta menngubati masaalah kecacingan. Ia juga boleh digunakan sebagai antiseptic dan ia juga digunakan juga sebagai analgesic (ubat tahan sakit). Sebenarnya daun selasih akan menolong untuk memperkuatkan fungsi hati. Khasiat daun dan pokok selsih amat diketahui ramai seperti dapat mengurangkan ketegangan (stress) dan tekanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai ubat batuk dan sebagai herba pencuci darah. Tumbuhan ini ia boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap (ringworm) dan boleh di tampal pada luka (setelah dihancurkan) untuk melegakan luka-luka. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" dan semua. Wasallam!...
POKOK SELASIH... KEMANGI SAMA...
SELASIH HIJAU... HITAM ADA JUGA...
RAWAT DEMAM... TERBIT AROMA...
BERKHASIAT.... ARTIKEL DIBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)
POKOK SELASIH... KEMANGI SAMA...
SELASIH HIJAU... HITAM ADA JUGA...
RAWAT DEMAM... TERBIT AROMA...
BERKHASIAT.... ARTIKEL DIBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)
Demikianlah Artikel SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT
Sekianlah artikel SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/04/selasih-tanaman-berkhasiat.html