PUTU BAMBU

PUTU BAMBU - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PUTU BAMBU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel PUTU BAMBU, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PUTU BAMBU
link : PUTU BAMBU

Kamu Bisa Download File PUTU BAMBU di bawah ini !

Baca juga


PUTU BAMBU

PUTU BAMBU merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Malaysia yang sering di jual dipasar malam, kedai makan, warung dan ada juga dijual dipasaraya. Putu Bambu (Buluh) tidak diketahui asal usul perkataan ini tetapi 'Bambu' mudah difahami iaitu sama dengan Batang Buluh dan yang serupa dengannya. Penulis merujuk kepada perkataan 'putu' dalam kamus dan diberi makna sebagai 'a cookie made from green pea flour' atau maknanya 'biskut daripada kacang pea'. Kuih ini memang disukai ramai kerana ia mempunyai rasa manis, lemak dan amat sesuai dimakan ketika suam panas. Penulis memang suka akan kuih putu bambu ini terutama yang dijual dipasar tani Mega Putrajaya. Selain putu bambu, kita juga sering mendengar akan 'Putu Piring' atau 'Putu Mayam' dan juga 'Putu Halba'. Selain putu bambu jenis yang juga amat diminati pelanggan adalah putu piring yang mempunyai rasa dan resepi hampir sama dengan putu bambu. Harga putu bambu juga murah tetapi yang paling penting adalah ia amat mengenyangkan tidak seperti makanan lain. Harga jualan sekitar RM2.00 sebungkus untuk 4 biji bergantung kepada lokasi dan jenis putu piring dijual. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai putu bambu sekadar berkongsi maklumat bersama pembaca semua.

Putu Bambu walau pun banyak dijual di pasar malam tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, tepung ubi yang berintikan manisan atau gula Melaka. Bentuk kuih ini seperti selinder dimana adunan tepung akan dimasukkan kedalam buluh bambu sebelum dikukus dalam kukusan khas (Sila lihat foto disebelah). Selepasmasak maka ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda. Terdapat juga putu bambu yang dicampurkan daun pandan menjadikan warna kehijauan. Lazimnya bahan-bahan untuk membuat putu bambu terdiri daripada (hidangan untuk sekitar 10 biji iaitu 2 cawan tepung beras, 3/4 sudu garam, 150ml air panas, 1/2 cawan kelapa parut (ambil yang putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam). Bahan lain adalah 1/2 cawan gula melaka (ia perlu diparut),  5-6 helai daun pandan, acuan batang buluh dan juga daun pisang digunting 2 inci persegi untuk dijadikan alas kuih ini. Bahan-bahan ini mudah dibeli daripada kedai runcit atau pasar tetapi perlu juga disediakan alat mengukus putu bambu yang boleh dibeli dari kedai alatan dapur. 


Putu Bambu  adalah sejenis makanan yang banyak dijual di pasar malam. Ia juga merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan sedikit tepung ubi yang berintikan manisan atau gula Melaka. Ia dinamakan kerana semasa ia dikukus lazimnya akan diletak di dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh sebelum dikukus di atas kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda. Penulis membuat temubual dengan penjual putu bambu di Melaka dimana beliau ada resepi tersendiri. Resepi Putu Bambu beliau gunakan sebanyak 400 Gram Tepung Beras, 300 ml Air, 3 Lembar Daun Pandan, 1/2 sudu Garam, 125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar dan 125 Gram Kelapa Parut. Kesemua bahan ini mudah didapati dan ada dijual dikedai runcit. Apa yang perlu adalah perkakasan kukus untuk memasak putu bambu. Alatan pengukus ini boleh diperolehi dari kedai menjual alatan dapor atau ditempah khas di kedai ayan. Kelongsong buloh boleh dicari sendiri dari pokok buluh tetapi pastikan saiznya sesuai.


Cara Membuat Putu Bambu tidaklah susah sangat asalkan ada ilmu dan kemahiran. Mula-mula direbus air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih. Kemudian apabila siap  ia angkat dan dibiarkan sampai hangat. Kemudian dimasukan tepung beras ke dalam sebuah bekas dan ia kemudian dimasukan air pandan tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata. Gunakan jenis penapis kasar dan kemudian masukkan adunan tepung dan diayak hingga adunan menjadi halus. Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan (atau daun pisang) sebagai alas. Lubangkan bahagian tengah adunan kemudian masukan butiran gula melaka secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup penuh dan ratakan. Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang kecil dimana ia kemudian diletakan kelongong buluh yang sudah berisi adunan putu dengan kedudukan berdiri tepat di atas lubang kukusan (Sila lihat foto disebelah). Kira-kira sekitar 10 minit dikukus maka ia sudah masak dan boleh diangkat dan keluarkan kuih putu dari kelongsong buluh dan sajikan di atas alas daun pisang diatas piring. Taburkan kuih putu bambu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa dan ada juga yang akan menambah dengan sedikit gula pasir. Semuga info ini berguna untuk anda. Wasallam!.


PUTU BAMBU...KUIH ENAK...
TEPUNG BERAS...LEMAK...
HARGA MURAH...LUNAK...
PASAR MALAM...BANYAK...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)


Demikianlah Artikel PUTU BAMBU

Sekianlah artikel PUTU BAMBU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PUTU BAMBU dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/04/putu-bambu.html