PADI - VARIETI TERKINI

PADI - VARIETI TERKINI - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PADI - VARIETI TERKINI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel PADI - VARIETI TERKINI, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PADI - VARIETI TERKINI
link : PADI - VARIETI TERKINI

Kamu Bisa Download File PADI - VARIETI TERKINI di bawah ini !

Baca juga


PADI - VARIETI TERKINI

TANAMAN PADI (Oryza sativa) di negara kita merupakan satu aktiviti penting dalam bidang pertanian. Tanaman padi merupakan tanaman yang ketiga terpenting di nagara kita selapas tanaman kelapa sawit dan getah terutama untuk padi sawah. Tanaman padi bukit kini semakin kurang popular dan hanya ditanam oleh penduduk pribumi dikawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak. Seluas lebih daripada 600,000 hektar kawasan padi sawah menghasilkan sebanyak 70% keperluan beras di Malaysia. Keperluan beras negara direkodkan pada tahun 2012 adalah sebanyak 700.7 mt yang mana sekitar 30% adalah diimpot daripada negara jiran. Tanaman padi merupakan tanaman yang paling banyak menerima kemudahan subsidi dari kerajaan untuk mempastikan ia masih diusahakan demin keselamatan makanan negara. Kepentingan tanaman padi memeng tidak boleh dibafikan kerana jika tidak ada beras maka negara akan mengalami masaalah kekurangan bahan makanan asasi. Pemerhatian penulis dari beberapa laporan mendapati kadar perkapita sebanyak 85 kg seorang setahun (2006) dan dijangka akan meningkat kepada 100 kg seorang setahun pada tahun 2013. Ini merupakan satu cabaran penting disektor pertanian kerana banyak kawasan tanah sawah telah diancam oleh proses perbandaran, penukaran kepada tanaman lain dan juga produktiviti yang perlu ditingkatkan. Penulis selama 35 tahun ini telah melalui proses 'kehilangan' tanah sawah padi akibat banyak faktur. Oleh itu pengenalan banyak baka padi baru sehingga kini dapat mengimbangkan penghasilan padi dalam negara. Kalau dahulu pesawah hanya menanam padi sekali setahun dengan produktiviti kurang dari 1 mt sehektar kini telah ada kawasan jelapang utama padi di Malaysia yang mampu menghasilkan padi sehingga maksima 10 mt sehektar. Faktor pengenalan baka padi merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang sepi. Kita patut berterimakaseh kepada penyelidik, pegawai pengembangan, pesawah dan juga pembilang padi diatas kejayaan ini. Artikel petang Ahad ini saya mengambil masa menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti padi yang popular diistiharkan oleh kerajaan untuk mempastikan bekalan beras akan terus stabil dalam negara kita. Anda juga boleh terus membaca artikel saya sebelum ini mengenai isu yang hampir sama (Sila klik disini), (Sila Klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel-artikel ini membincangkan dengan lebih jelas mengenai ciri-ciri varieti padi terkini yang popular dinegara kita.


(1) VARIETI MR 253
  • Mempunyai purata hasil CCT sekitar - 4.5-6.8 t/ha
  • Tempoh matang adalah 100-105 hari
  • Varieti ini mempunyai pokok jenis rendah 
  • Tumbuh secara separa tegak (Sila lihat foto diatas)
  • Biji padi tirus dan panjang
  • Kandungan amilosa sederhana
  • Rintang penyakit karah daun
  • Sederhana rintang kepada karah tangkai dan bena perang(BPH)
  • Sesuai untuk tanah jenis organicclay muck (OCM) dimana penyakit bintik perang dan keracunan unsuriron adalah masalah utama




2) VARIETI MR263
  • Purata hasil CCTsekitar 7.5-9t/ha (Sila lihat diatas)
  • Tempoh matang antara109 -112hari
  • Pokok dari jenis rendah dan separa tegak
  • Biji padi tirus dan panjang
  • Kandungan amilos sederhana
  • Rintang karah daun Rintang kepada karah tangkai dan bena perang (BPH)

3) VARIETI MR269
  • Purata hasil CCT sekitar 7.5 hingga 9.9 t/ha
  • Tempoh matang padi antara 104 - 112 hari
  • Pokok jenis sederhana tinggi (Rujuk foto diatas)
  • Biji padi tirus dan panjang
  • Kandungan amilos sederhana
  • Rintang dengan Penyakit karah daun
  • Sederhana rintang kepada karah tangkai dan bena perang (BPH)
  • Mudah rebah terutamanya pada musim utama. Kadar baja N yang dikurangkan adalah disyorkan
4) VARIETI MR220CL

  • Hasil purata sekitar7.0 - 9.9 t/ha
  • Tempoh matang sekitar 104 -109 hari
  • Pokok agak tinggi (Rujuk foto diatas)
  • Biji padi panjang dan tirus
  • Kandungan amilosa sederhana
  • Disyorkan untuk sawah bermasalah padi angin
5) VARIETI AEROB
  • Hasil purata sekitar 1.0 -3.0  t/ha
  • Tempoh Matang antara 90 - 95 hari
  • Biji padi panjang dan tirus
  • Kandungan amilosa sederhana
  • Rintang kepada penyakit karah daun
  • Bilangan anak padi yang kurang

6) VARIETI MRQ76

  • Hasil Purata antara 5.0 - 6.0 t/ha
  • Tempoh Matang antara109 -112 Hari
  • Pokok sederhana tinggi
  • Biji padi panjang dan tirus
  • Nasi lembut dan melekit
  • Ditanam khusus untuk kawasan luar jelapang

Pemilihan varieti padi yang telah diistiharkan oleh kerajaan membolehkan kadar kecukupan (SSL) padi negara mencapai 76%. Pada masa ini varieti MR220CL2 merupakan varieti paling luas ditanam di kawasan Jelapang Padi Utama di Malaysia melibatkan 56% daripada keseluruhan kawasan (Laporan CCS Padi, Jabatan Pertanian Malaysia 2014). Malahan varieti MR220CL2 ini mencecah hampir 90% dikawasan Projek Barat Laut Selangor (BLS) seperti di Sekinchan, Kuala Selangor dan Seberang Perak. Isu penggunaan benih padi sah telah menghantui pesawah kerana mereka ada yang tidak menggunakan benih tersebut menyebabkan berlaku kes-kes serangan penyakit dikawasan tanaman padi utama. benih padi sah (Sila lihat foto dibawah) perlu digunakan oleh semua pesawah. Semuga artikel ini menambah ilmu pengetahuan pembaca blog semua. Wasallam!..
VARIETI PADI... 6 YANG UTAMA...
MRCL220CL... LUAS KAWASANNYA...
BENIH BERMUTU...DISAHKANNYA...
PERLU DIKAWAL...PIHAK BERKUASA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sawah Sekinchan,
Selangor,
Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1436H)








Demikianlah Artikel PADI - VARIETI TERKINI

Sekianlah artikel PADI - VARIETI TERKINI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PADI - VARIETI TERKINI dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/04/padi-varieti-terkini.html